Isnin, 6 April 2009

SUP TULANG/EKOR/LIDAH






There are two types of soup that my husband likes to eat. The light version (the soup with no rempah sup) and the heavy version (the soup with rempah sup). I normally use rempah sup when I cook sheep/lamb/beef/ ekor/lidah/kaki lembu, so the soup will be more tasty. I add blended quaker oat to ticken the gravy. You also can eat this with nasi himpit, sayur taugeh, bawang goreng dan sedikit daun sup- makan dgn sambal kicap- terus jadi soto!


Bahan-bahan

750 gram daging lembu + lidah (dihiris, dibuang lemak dan dibersihkan)
2-3 biji kentang (di potong kiub)
4 sudu makan (gunung) rempah sup adabi
2 sup bunjut
2 kayu manis
4 bunga lawang
3 buah pelaga
1 serai
1 ibujari halia
6 ulas bawang putih
1.5 biji bawang besar (saiz sederhana)
2-3 sudu makan (rata) quaker oat - di campur dengan sedikit air dan diblender.
Bawang goreng secukupnya
Daun sup/daun bawang/daun ketumbar
Air secukupnya




Cara-cara

1. Rebus daging dan lidah hingga hampir mendidih. Buang airnya. Gantikan dengan air yang baru. (air rebusan kali pertama di buang supaya kotoran pada daging tidak dimasukkan dalam makanan).

2. Rebus kembali dengan air yang baru hingga daging dan lidah betul-betul lembut.

3. Blender bawang putih, bawang merah, halia, serai dan serbuk rempah sup

4. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Hidupkan api. Masak hingga rempah mengering. Kemudian baru masukkan minyak. Teruskan menumis hingga rempah betul-betul garing. Tambahkan minyak juka perlu supaya rempah dapat garing dengan rata. Masukkan sekali kayu manis, buah pelaga, bunga lawang.

5. Masukkan bahan tumisan rempah sup tadi ke dalam periuk sup. Masukkan kentang. Sebatikannya. Masuk juga sup bunjut

6. Masukkan quaker oat yang telah diblender dengan sedikit air. (Note: kalau sup kurang pekat, boleh tambah quaker oat sedikit demi sedikit, ikut kepekatan yang diingini).

7. Teruskan merebus hingga kentang empuk. Perasakan ia.

8. Masukkan bawang goreng dan daun sup/ daun bawang yang dihiris

9. Hidangkan

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI