Ahad, 10 Mei 2009

NOVEL: HIKMAH HATI OLEH USTAZ MASZLEE MALIK


Pernah tak dengar kisah dari hadis sahih bukhari berkenaan seorang budak pintar bernama Ghulam yang terpilih menjadi ahli sihir raja. Tetapi si Ghulam ini menuntut ilmu dengan ahli sihir dan juga seorang rahib yang mengikut ajaran Islam sebenar. Beliau berjumpa dengan seekor binatang besar di tengah jalan dan melalui peristiwa itu Allah memberi petunjuk kepadanya. Beliau akhirnya dibunuh kerana menyebarkan agama Allah di kalangan kaumnya.
...
Aisyah asalnya nak tengok-tengok je dalam 1-2 mukasurat, tup-tup rasa macam novel nie best sangat tu yang terus baca sampai habis..hehehe...tak perasan pun. Novel ini menarik sebab tak meleret-leret dan banyak pengajaran yang boleh kita dapati darinya. Salah satunya adalah peringatan pada kita bahawa ramai orang yang telah lulus melalui ujian kesusahan, ujian kesakitan, ujian siksaan, ujian kesedihan dan lain-lain lagi. Tapi ramai yang gagal bila diuji dengan kesenangan, kemewahan, pangkat, harta dan wanita.
...
Itu lah kita manusia, bila kita di timpa masalah/bencana/kemalangan etc kita akan kata itu adalah ujian, tapi bila akita diberi kemewahan/kecantikan/kehebatan/pangkat/harta kita tak kata itu ujian pula! Padahal, itulah ujian yang lebih besar dan ramai orang gagal!.
...

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI