Sabtu, 8 Ogos 2009

CHEESE CAKE




Nie cake yang Aisyah buat masa birthday Aisyah yang lepas. Ramai yang meminatinya dan tanyakan resepi. Aisyah tak pandai sangat nak decorate cake, tu pun nak cepat jadi main letak je buah strawberry dan piping dengan strawberry jem. Terima kasih kepada penyumbang buah strawberry dan jem strawberry yang menjadi penyelamat pada hari tersebut. Hehehe. Resepi ini Aisyah dapat dari seorang rakan aisyah, Ustazah Hamidah.

Cheesecake
.
Bahan A
5 biji telur kuning
60gm gula caster
500gm cheese- soft cream cheese (Aisyah guna medium fat Philadelphia Cream cheese)
200ml whipping cream
100 gm tepung gandum
.
Bahan B
5 biji putih telur
120 gm gula caster
.
Bahan C (untuk base cheesecake)
Biskut marie 300gm packet – kisar halus
6-7 sudu marjerin (tambahkan sedikit lagi jika perlu)
.
Cara-cara
Untuk Membuat Base
- Panaskan marjerin hingga agak cair dan angkat. Gaulkan dengan biskut marie hingga sebati dan melekat kesemuanya. Jika adunan masih belum sebati, tambahkan lagi sedikit marjerin.
- Ratakan adunan base ini di dalam tin kek. Tekan-tekan supaya padat dan rata.
.
.
Untuk Membuat Adunan Cheese
1. Pukul bahan A, start dengan gula dan cheese, pukul hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. (Jangan masuk sekaligus). Pukul lagi.
3. Kemudian masukkan whipping cream, dan tepung gandum. Pukul hingga gebu. Ketepikan.
4. Gunakan bekas/ mangkuk yang baru. Pukul bahan B hingga kembang.
5. Kemudian satukan bahan A dan B. Pukul lagi hingga sebati.
6. Tuangkan atas base biskut marie tadi.
7. Bakar double boil 180 darjah selama 1 jam-1 jam 30 minit (bergantung kepada jenis oven yang digunakan). Kalau nak tahu dah masak atau belum, atas kek akan bertukar warna brown.
Tutup api dan biarkan kek di dalam oven selama 5 jam (untuk mengelakkan kek merekah). Simpan di dalam peti sejuk semalaman supaya kek menjadi moist and creamy.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI