Sabtu, 8 Ogos 2009

PAPRIK CAMPUR





Bahan-bahan
- Ayam (boneless) potong kiub 1 mangkuk saiz sederhana
- Udang (10 ekor)
- Daging (yang dah di rebus) dan hiris - 1 cawan
- 40 cili kering+ 1.5 bawang besar +6 bawang putih +1/2 ibujari belacan- blend dan tumis hingga naik minyak/ garing (ambil 3-4 sudu sahaja utk masak paprik, selebihnya simpan - so kalau nak masak lagi senang boleh terus guna)
-Sos tomato 5 sudu
-Sos tiram 2 sudu
-Sedikit kicap manis
-Sedikit sos ikan (fish sauce)
-1/2 cawan air
-Sayuran- lobak merah, cauliflower dan kacang panjang- hiris
-5 helai daun limau purut di siat (potong 2)
-1 biji bawang besar - hiris kasar
.
.Cara-cara

1. Panaskan minyak secukupnya, goreng ayam hingga kering airnya dan naik minyak. bagi biar garing sikit ayam tu supaya tak hanyir.
.
2. Bila air ayam dah kering, masukkan daun limau purut dan goreng seketika. Kemudian masukkan udang, daging, cili kisar dan bawang yang dah di tumis garing, semua jenis sos dan sedikit air. Masak hingga sebati dan agak pekat. Adjust kalau nak tambah pekat, masukkan lagi sedikit sos tomato, kalau nak agak berkuah boleh tambah sedikit air lagi. Tapi air jangan bayak sangat, tak best.
.
3. masukkan garam, sedikit gula dan perasa. Then masukkan sayuran dan bawang. Sebatikan sebentar dan terus tutup api supaya sayur segar ketika dimakan.

Husband Aisyah suka sangat makan lauk ala carte macam nie. Sesuai dimakan dengan nasi putih atau nasi goreng.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI