Jumaat, 12 Februari 2010

BASBOOSA


Assalammualaikum wbkt,
.
Ok kali ini kita cuba resepi padang pasir pulak, tukar selera dengan manisan dari negara arab. Basboosa ini adalah salah satu kuih yang popular di sana. Rasanya enak, lemak manis dan macam kuih talam bentuknya, dan membuatnya pun mudah. Resepi ini Aisyah dapat dari kawan Aisyah, Rania, seorang wanita dari Mesir yang pandai membuat kuih ini. Kuih ini juga sesuai untuk kenduri kendara, mana lah tau nak tukar selera dan juga cepat di sediakan. Resepi asal menggunakan kuantiti gula yang agak banyak. Jadi Aisyah modify dan kurangkan ikut citarasa Aisyah agar kuih tidak terlalu manis. Di bawah adalah resepi yang Aisyah gunakan setelah Aisyah kurangkan kuantiti gulanya ok.
.
Bahan A (untuk syrup gula)
1 cawan gula
1.5 cawan air
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil esen vanilla
.
Cara-cara
- rebus air, gula dan esen vanilla hingga mendidih dan gula menjadi larut. Ketepikan dan biarkan hingga betul-betul sejuk.
(Nota: kita kena buat syrup gula nie dahulu dan sejukkan ia sebelum di gunakan).
.
Bahan B
2.25 cawan semolina (tepung suji)- tak kira lah sama ada jenis fine (tekstur halus)atau coarse (tekstur kasar)
1 cawan marjerin (di cairkan atas api)
1 cawan yogurt perisa asli
1 cawan kelapa parut kering
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan gula
Sedikit kekacang (tak kisah lah sama ada nak guna kacang pistachios cincang/ badam cincang/ kepingan badam/ kacang tanah cincang) untuk hiasan.
.
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius
- Gaul semua bahan hingga sebati, kecuali kacang.
- Sapukan marjerin di atas loyang kuih
- Ratakan kuih di dalam loyang dan padatkan ia.
- Bakar dalam oven selama kira-kira 35-45 minit. Tapi kalau nak bahagian atas dan bawah kuih agak keperangan, tambah masa membakar.
- Keluarkan adunan dari oven dan terus siram dengan syrup gula yang di buat awal tadi. Kita memang akan nampak yang syrup gula tu bertakung atas adunan. Takpe, jangan risau, biarkan je selama kira-kira 30 minit dan kita akan lihat kuih tu akan absorb semua syrup itu.
- Taburkan dengan kacang yang telah dicincang kasar di atas kuih. Potong ikut bentuk yang di sukai.
(Nota: Aisyah hias dengan letakkan kacang tanah di setiap potongan kuih seperti dalam gambar)

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI