Jumaat, 12 Februari 2010

KUETEOW LADNA





Bahan-Bahan (Kira-Kira untuk 4 orang makan)
Kway teow secukupnya - kira-kira 2-3 genggam (di bersihkan)
3 sudu minyak masak
sedikit kicap pekat
.
Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali
- Masukkan kueteow dan kicap. Kacau rata sebentar. Terus angkat dan masukkan dalam pinggan.
.
Bahan-Bahan (untuk Kuah)
2 sudu minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu makan tepung jagung (di campurkan dengan sedikit air)
2 sudu makan sos tiram
1 mangkuk saiz sederhana rencah yang ada di dalam peti sejuk anda (tak kira la nak guna ayam, daging, udang, kupang dan sebagainya)
1/2 pati ayam maggi
Sayuran secukupnya (e.g. cendawan, sayur sawi, kailan, cauliflower, carrot, brocolli, cili benggala)
3 cawan air (Kalau rasa macam pekat sangat, tambah air lagi sikit. Kalau nampak macak kurang pekat, tambah lagi bancuhan tepung jagung). Adjust kepekatan ikut citarasa anda.
.
Cara-cara
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan ayam/daging/makanan laut.
- Masukkan air, bancuhan tepung jagung, sos tiram dan juga pati ayam. Biarkan mendidih. Masukkan garam secukupnya. Adjust kepekatan kuah ikut citarasa.
-Masukkan sayuran yang keras (seperti carrot) dan biarkan sebentar.
- Akhir sekali masukkan cendawan dan juga sayuran sawi/ kailan. Sebatikan dan terus tutup api. Jangan masak sayur terlalu lama, nanti sayur menjadi layu dan tak rangup.
- Tuangkan kuah di atas kwayteow.
-Taburkan dengan bawang goreng dan cili api (potong halus) jika suka. Boleh juga di makan dengan cili jeruk.
.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI