Rabu, 24 Mac 2010

BUKAN MAKIN BANYAK DUIT, TAPI...

Assalammualaikum wbkt..
.
Dah lama juga Aisyah tak ada entry baru. Sekarang nie, Aisyah agak sibuk dengan tugas dan tanggunjawab seharian yang perlu di selesaikan. Sebenarnya, ada banyak cerita yang Aisyah nak share dengan pembaca semua. InsyaAllah dari masa ke semasa Aisyah akan kongsi sedikit-sedikit untuk kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan tentang diri kita dan juga bagaimana kita hendak perbaiki diri dan keluarga dari masa ke semasa.
.
Cerita-cerita yang Aisyah paparkan ini bertujuan agar kita dapat buat muhasabah pada diri kita sendiri dan keturunan kita. Tiada niat pun untuk mengeji mana-mana manusia. Allah Taala telah terang dan nyata menyuruh seorang Muslim itu untuk mencegah perkara-perkara yang mungkar di dalam Al-Qur'an. Jadi, marilah kita sama-sama berpesan-pesan ke arah kebaikan dan berpesan-pesan ke arah kesabaran.
.
CERITA 1
.
Baru-baru nie Aisyah ada berbual dengan seorang rakan karib tentang beberapa perkara. Ceritanya berkisar tentang barangan bayi. Kami berbual tentang harga stroller yang digilai kaum ibu yang bercitarasa tinggi.
.
"Oh, yang saya pakai ini second hand saja. Yang baru lagi mahal tau". Jelasnya merendah diri.
.
"Kalau baru berapa harganya?" tanya saya.
.

Terbeliak biji mata saya bila diberitahu bahawa harganya mencecah ribuan Ringgit Malaysia. Teringat pula rakan yang lain yang memberitahu harganya ada yang mencecah sehingga RM3,000 ringgit.
.

"Ya, Allah, stroller buat sorong bayi tu pun sampai mahal begitu? Sungguh tak logik, ridiculos". Bidas saya.
.

Dia juga menceritakan perihal seseorang yang dikenalinya membelanjakan hingga ribu-ribuan ringgit untuk barangan bayinya yang baru sahaja lahir, kerana semua barangan yang dibelinya standard-standard belaka.
.

"Kenapa ye sampai berbelanja begitu rupa?" Tanya saya dengan naifnya.
.
"Entahlah, mungkin itu menunjukkan bahawa orang zaman sekarang ini sudah makin banyak duit" Jawabnya sambil ketawa. Kami menamatkan perbualan kerana destinasi yang dituju sudah tiba.

.
Adakah betul bahawa orang zaman sekarang makin banyak duit???


Tu soalan cepu emas. Hehehehe.
.
Amat susah untuk menilai apakah yang dimaksudkan dengan "makin banyak duit".
.
Apa-apa pun, gaya "macam nampak banyak duit" ini juga sangat sinonim dengan "makin banyak hutang". Dalam kata lain, orang zaman sekarang bukanlah makin memiliki banyak duit, tapi memiliki banyak HUTANG jika nak dibandingkan dengan orang dulu-dulu yang tak pernah pergi bank dan simpan duit bawah bantal.
.

Tak percaya ke? Cuba buat survey.
.
"berapa banyakkah kredit card yang anda ada?"

"err, yang mana? Gold ke silver?".
.
"err, bank mana? international ke local?"

.
Budaya supaya nampak gah tapi hutang keliling pinggang ini memang banyak sangat menimpa kaum Melayu di Malaysia. Bukanlah Aisyah nak kata yang Aisyah nie takde hutang, tapi nak berhutang tu biarlah berpada-pada dan ikut kemampuan. Orang yang banyak berhutang ini sebenarnya adalah orang yang hina. Makan dan pakailah ikut kemampuan, bukan ikut perasaan.


.
Kajian di sebuah negara maju menunjukkan bahawa jumlah hutang individunya adalah sebanyak 600% dari aset yang dimiliki oleh individu terbabit. Macammana tu? Jadi sebenarnya apa yang kita ada? Asset atau hutang? Fikir-fikirkan lah.
.
CERITA 2
"Huh, banyak betul duit habis untuk majlis pertunangan aku tak lama lagi". Adu rakan sejawat saya sewaktu kami mula bekerja di sebuah bank selepas tamat degree.
.
"Banyak ke kena belanja?" Tanya saya kehairanan sebab kurang arif tentang perkara-perkara seperti itu.
.
"Aku beli barang tu, barang ini...semuanya dalam RM2500. Tapi aku guna kredit card, jadi setiap bulan aku bayar RM250 je. kalau aku takde duit untuk bayar bulan tu, pun takde apa. Cuma interest je lah makin naik sikit". jelasnya dengan jujur.
.
Pening kepala saya mendengarnya. Tu baru je bekerja, (dengan kata lain takde lagi lah apa-apa aset pun- hanya harapkan gaji bulanan masuk tiap bulan), pun dah mula suka berhutang.
.
CERITA 3
"Banyak duit habis nak kahwin nie". Keluh seorang rakan saya yang akan bernikah tak lama lagi.
.
"Memang betul, tapi kalau dirancang dengan baik, insyaAllah takde masalah". nasihat saya.
.
"Terpaksa aku buat personal loan kat bank rakyat. kalau tak memang tak cukup". Ngaku nya tanpa di paksa.
..
Terkujat sebentar saya mendengar pengakuan ikhlasnya itu.
..
"Huh, kenapa la sampai nak buat hutang-hutang. Buat ala kadar saja sudah lah" leter saya, memandangkan kami kawan rapat jadi saya tahu dia memang dah tahu perangai saya dan tak kecil hati.
.
"Ya Allah mana taknya..mak bapak suruh sanding-sanding la. Tu belum lagi cerita baju pengantin la, hantaran lah..lain-lain lagi" leternya supaya saya faham situasinya.
.
Saya pun rasa kasihan kepada kawan saya, mungkin di sebabkan tekanan orang sekeliling, dia terpaksa berbelanja besar, sehingga terpaksa berhutang.
.
Terbayang pula saya akan seorang kenalan jauh yang terpaksa bayar hutang bulanan sebab buat pinjaman masa nak kawin, dan akhirnya bila dah beranak pinak pun masih belum habis lagi.
.
Huh, baru dengar cerita begitu pun Aisyah dah pening. Apa lagi agaknya orang yang mengalaminya sendiri. Tentu pening berganda.
.
Aisyah kurang berminat dengan trend pengantin-pengantin ini. Memang macam-macam. Ada yang pada hari biasa pakai tudung, tapi bila hari kahwin tak pakai tudung. Ada yang tukar-tukar baju dekat 20 pasang....sekejap baju jawa la, baju cina la, baju kimono la, dengan solekan tebal yang tak tutup aurat. Tu belum lagi dengan cameraman sana-sini yang mana pengantin lelaki dan perempuan tu dengan daringnya menunjukkan aksi-aksi yang tak ingin kita lihat. Ya Allah, suami mereka takde perasaan apa-apa ke bila melihat isteri mereka berpakaian kurang sopan di hari perkahwinan yang ribuan mata tertumpu kepada mereka? Pelik sungguh bukan?
.
Alasannya mudah; ala, kan kawin tu seumur hidup sekali, raja sehari lah katakan...biarlah ada kenangan manis untuk kita dan pasangan kita.
.
Cuba tunjuk gambar kawin kita tu kat anak-anak kita yang dah pandai bercakap dan kita hantar ke sekolah agama. Tentu dia boleh buat penilaian yang paling ikhlas;
"Mama, kenapa gambar mama nie tak pakai tudung. Not good la mama. Kan dosa kalau tak pakai tudung. Masuk api neraka".
.
Aisyah taklah bermaksud bahawa tidak boleh berpakaian cantik di hari perkahwinan. Pakailah baju apa pun yang anda suka, cuba apalah salahnya kalau menutup aurat. Itukan lebih baik bagi kita sebagai seorang wanita muslimah.
.
Teringat pula saya akan keluhan seorang senior saya yang terpaksa membuang semua gambar-gambar perkahwinanya kerana malu di lihat anak-anak nya yang semakin membesar. Bukan apa, takut di sindir pula, kerana dia mahukan anaknya menutup aurat, tapi gambar perkahwinannya umpama membuka pekung di dada sendiri. Lalu gambar itu semua di buangkannya dari di lihat oleh anak-anak.
.
CERITA 4
"Risau betul dengar cerita banyak orang buang bayi nie. Kasihan sangat tengok bayi yang takde dosa nie di buang begitu saja. Banyak juga kes zina kat Malaysia ya? Keluh saya semasa membaca akhbar bersama seorang rakan.
.
"Kat kampung aku, ada kes macam nie juga. Ada budak lelaki tu pinang budak perempuan, tapi mak budak perempuan tu demand tinggi nakkan hantaran RM10 ribu. Budak lelaki tu kerja biasa-biasa je la, jadi dia tak mampu. Tak lama lepas tu dengar citer budak perempuan tu mengandung. Kemudian budak pompuan tu kawin dengan budak lelaki yang pinang dia". Cerita kawan saya.
.
"Habis tu budak lelaki tu bayar la RM10 ribu yang mak budak perempuan tu nak?" Tanya saya dengan naifnya.
.
"Huh engkau nie, kalau dah jadi macam tu kira KAWIN FREE la". Sambung kawan saya sambil tergelak besar.
.
Terlopong saya mendengarnya.
.
Macammana lah nie. Kesian lah sikit kat budak lelaki yang baru nak hidup nie. Kalau letak hantaran tinggi-tinggi sangat, susah lah mereka nak kumpul duit. Tu belum kira hutang pinjaman pelajaran yang dah sedia wujud walaupun masa tu belum habis belajar.

.
CERITA 5
"MasyaAllah, cantik betul lah gambar akak dan suami akak. Memang padan, macam pengantin baru". Puji saya kepada seorang ustazah sewaktu saya menatap gambar mereka berdua di tengah salji yang turun lebat.
.
"Masa kawin dulu takde sanding-sanding pun, nie dah kawin baru la sanding". Balasnya sambil berjenaka.
.
Tersenyum saya mendengar jawapannya. Seronok saya melihat gelagat mereka sekeluarga. Sungguh romantik walau dah beranak 4.
.
Entahlah. Kadang kala manusia menilai perkahwinan melalui kad invitation yang mewah ataupun bunga telur yang hebat, wang hantaran yang tinggi dan sebagainya. Zaman nabi dulu orang Islam tak materialistik sangat sampai macam tu. Pelik betul kan? Sebab tu kebanyakkan pandangan manusia itu salah. Akhirnya sebab nakkan nampak mewah setanding kawan-kawan, terpaksa pula cipta hutang keliling pinggang. Fikir-fikirkan lah.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI