Khamis, 25 Mac 2010

CERITA RAKYAT

Assalammualaikum wbkt,



Kali nie Aisyah nak share beberapa 'cerita rakyat' yang merupakan kisah benar. Namun, sesetengah identiti bagi watak tersebut perlu Aisyah ubah supaya tidak di saman oleh orang yang empunya cerita. Hehehe. Kisah ini adalah kisah masyarakat yang kadang kala kita sering terlepas pandang dan di harapkan menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki. Nama-nama yang digunakan adalah nama samaran yang tidak berkaitan dengan mana-mana pun orang yang hidup atau yang mati.



CERITA 1

Nasir bekerja sebagai seorang pemandu lori bertauliah. Kali ini dia ditugaskan untuk menghantar barang di sebuah kawasan kampung di pendalaman.



"Eh, kesiannya tengok pakcik tu, terpaksa sorong motornya yang rosak". Bisik hatinya sewaktu terlihat seorang pakcik yang rosak motor di tepi jalan berhampiran kawasan ladang dan belukar.



Muhammad Nasir memusingkan kenderaan untuk membantu pakcik tadi.



"Mungkin juga rumahnya tak jauh dari sini, kerana ada kampung yang berdekatan dengan kawasan ini. Aku boleh tolong hantar ke rumahnya kerana aku pun melalui jalan yang sama". Fikir Nasir.



"Terima kasih nak, motor ini rosak pula tiba-tiba". Terang pakcik tu apabila Nasir menyampaikan hajat untuk membantunya.



"Takpe pakcik, susah nak dapatkan bantuan di jalan sepi macam nie. Saya tolong angkat ke dalam lori dan saya boleh turunkan motor ini di rumah pakcik sebab saya memang melalui jalan yang sama". Nasir pun menghantar pakcik tadi dan motornya yang rosak ke rumahnya dengan selamat.



"Nak, pakcik takde apa nak bagi, tapi ada buah cempedak 3 biji nie anak bawa lah balik". Ujar pakcik tadi.



"Takpe lah pakcik, terima kasih banyak". Jawab nasir sambil berlalu pergi untuk pulang ke rumah.



BUAH CEMPEDAK

"Sapa yang bagi kau buah cempedak nie Nasir?", tanya ibu Nasir bila dia sampai di rumah.



"Wak cempedak!" Jawab Nasir berjenaka. Nasir kemudiannya menceritakan hal tersebut kepada ibu dan bapanya. Ibu dan bapa Nasir gembira dan menyokong tindakan Nasir untuk membantu orang yang memerlukan.



Malangnya ketiga-tiga biji buah cempedak itu tidak boleh di makan kerana isinya rosak. Ianya terpaksa di bakulsampahkan.


POKOK CEMPEDAK

Pagi itu, ayah Nasir berjalan ke kawasan tanaman kontan yang mereka usahakan tidak jauh dari rumah. Di kawasan pertanian itu ada di tanam berbagai jenis hasil kampung seperti ubi, keledek, serai, pisang, sayur-sayuran, terung, cili dan sebagainya. Kerja-kerja menanam ini adalah hobi ayah Nasir sejak dulu lagi sebagai satu bentuk exercise di waktu lapang.

Tapi, pagi itu agak berlainan dari pagi-pagi yang biasa di laluinya. Sewaktu dia sedang menyiram sayur-sayurannya yang segar menghijau, kelihatan sepasukan burung sedang berlegar-legar di tengah kawasan dan mengerumuni sesuatu. Ayah Nasir merasa hairan dan membuat penyiasatan.

"Eh, bila masa pula aku ada tanam pokok cempedak nie? Tak pernah seumur hidup aku tanam pokok cempedak di ladang aku ini. Lagipun, pokok cempedak ini dah besar panjang dan berbuah lebat. Bagaimana aku dan isteriku tak perasan akan kehadiran pokok ini setiap kali aku menyiram dan menanam sayur di sini. Buah-buah cempedaknya masak ranum dan dikerumuni burung. Buahnya juga sangat berkualiti, manis, wangi dan tebal isinya juga cantik warnanya". Bisik hati ayah nasir kehairanan. Dalam hati di panjatkan kesyukuran atas nikmat yang ajaib yang diberikan oleh Allah Taala.

Dia membuat keputusan untuk pulang dan memberitahu hal itu kepada isterinya. Tiba-tiba, dia teringat pula akan kisah anaknya Nasir dengan Wak Cempedak beberapa hari lepas. Kisah itu membuatkan dia termenung panjang. Dia rasa sungguh bersyukur.

CERITA 2
"Assallammualalaikum waroh-matullah...Assalammualaikum waroh-matullah". Kedengaran Imam beru sahaja selesai menghabiskan solat jumaat di sebuah Masjid terkemuka di ibu negara.

Muhammad Razak baru sahaja menunaikan solat jumaat nya sebentar tadi. Dia bergegas bangun untuk mencari kasutnya. Jadualnya pada hari Jumaat memang sesak sebab dia perlu bergegas ke tempat kerjanya selepas itu. Sebagai seorang ekesekutif kanan, Razak memang sentiasa perlu bergerak cepat.

Dia mencari lokasi yang sesuai untuk memakai setokin. Kasut kulit berjenama yang di pakainya di letakkan di sisi. "Syukur kasut aku tak hilang", bisik hatinya.

Dia menoleh ke kirinya. Seorang lelaki sedang mengetatkan tali pinggangnya selepas solat.

Dia mempertajamkan lagi pandangannya kepada lelaki itu. Dia hampir tak percaya dengan apa yang di lihat. Lelaki itu bukannya mengetatkan talipanggang...tapi mengetatkan tali rafia yang sekaligus merangkap tali pinggang nya. Razak terpempan. Dia merasa sayu dan termenung panjang. Dia tak terfikir ada orang yang terlalu miskin hingga membeli tali pinggang pun tak berkemampuan!

CERITA 3

Adik Norliana sering mengikut ibunya ke pasar tani pada setiap hari Jumaat. Di pasar tani itu ada di jual bermacam-macam barang mentah yang selalu di beli oleh ibunya untuk stok dapur. Harganya juga agak murah dan biasanya barangannya segar-segar.

Ibu kepada adik Norliana berhasrat untuk pergi membeli sedikit buah anggur. Adik Norliana mengikut ibunya yang ke gerai buah anggur yang berdekatan sambil makan aiskrim. Dia melihat ada angggur yang berwarna hijau dan merah yang di jual di gerai. Buah-buah anggur juga di letakkan ke dalam bakul-bakul kecil yang berharga kira-kira RM10 setiap satu. Dia melihat sana-sini sambil ibunya berurusniaga dengan penjual anggur.

Dia melihat ada seorang lelaki berdiri di sebelahnya. Lelaki itu berusia kira-kira 40an. Lelaki itu melihat-lihat anggur yang di jual. Adik Norliana memerhatikan lelaki itu. Dengan segan silunya, lelaki itu kemudiannya bertanya kepada penjual anggur. "Err, berapa ya harga anggur yang ini"? Adik Norliana tertarik untuk melihat anggur yang di pilih oleh lelaki tadi. Tiba-tiba, dia menjadi sangat terkejut. Hilang seleranya untuk menghabiskan aiskrim tadi. Rupa-rupanya, anggur yang di maksudkan oleh lelaki tadi adalah selonggok anggur busuk yang hendak di buang oleh si penjual. Adik Norliana merasa sangat simpati dan merasa ingin menangis. Cepat-cepat dia berlalu bersama ibunya yang berpuashati dengan anggur yang di beli, agar lelaki tadi tidak merasa malu. Si penjual pula tersenyum sinis dengan soalan lelaki tadi. Dia sudah tak sanggup memperhatikan adegan itu lagi!. Dia ingin lari!.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI