Jumaat, 9 Julai 2010

KUIH DADAR/ KUIH GULUNG







Kuih ini adalah kuih yang paling hubby Aisyah suka....salah satunya sebab ianya menggunakan daun pandan...rasanya semua kuih yang menngunakan daun pandan asli mmg dia gemari....cuma kena guna daun pandan yang betul tau, yang perasa-perasa pandan nie tak original, so, biasanya kalau beli daun pandan tu Aisyah beli agak banyak utk buat stok.
.
Aisyah pernah buat kuih nie lama dulu...then tiba-tiba teringin pula nak makan. Kuih ini rasanya sedap sangat, terutama jika baru masak, rasa "warm" dengan kulit dadar tu bercampur dgn isi nya yang manis-manis gula merah berkelapa...fuh mmg mengancam!
.
Anak Aisyah tak gemar inti kelapa gula merah tu, instead dia suka jika di letakkan inti chocolate spread. Rasanya sedap! Tak pun, gantikan dengan homemade kaya (mmg ada kawan Aisyah yang pakar buat home made kaya nie) mmg best. InsyaAllah bila ada kesempatan Aisyah share resepinya ok.
.
Resepi asal kuih dadar ini dari Gert yang lama menetap di US. Resepi ini menghasilkan kira-kira 6 kuih dadar, jadi kalau yang berkeluarga besar, sila tingkatkan kuantiti anda ok, takut tak cukup. One more, gunakan kuali non-stick berkualiti tinggi utk dapatkan kulit dadar yang memuaskan.
.
Untuk Tepung dadar
1 cawan tepung
2 biji telur
1/2 cawan santan (Aisyah ganti dengan susu segar full cream)
1 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu makan minyak masak
3-4 helai daun pandan
.
Cara-cara
- blender daun pandan dengan 1 cawan air (yang ada dalam resepi ini). Tapiskan dan ambil airnya sahaja.
- Blender semua bahan (tepung, telur, air pandan etc etc). Tapiskan.
- Panaskan kuali non stick. Aisyah guna api 4. Jgn guna api terlalu besar ok, dan kalau terlalu kecil pula lambat sgt nak masak, jadi gunakan api yang sesuai (api sedarhana)
- sapukan kuali non stick dengan sedikit minyak.
- ambil 3/4 senduk bancuhan tepung, dan dadarkan dalam kuali (macam kita buat telur dadar tu).
- Biarkan hingga tepi-tepi nya nampak macam dah agak garing sikit. Terus terbalikkan ia. Biarkan selama 20 saat lagi dan angkat.
- isi inti dan boleh di hidang.
.
Untuk inti kelapa
2 cawan dessicated coconut
3/4 cawan air
3/4 cawan gula merah
gula pasir secukupnya (boleh adjust ikut nak manis/ tak manis). kalau rasa gula merah tu dah cukup manis, tak perlu campur gula pasir.
.
Cara-cara
- masak semuanya dalam periuk dengan api sederhana, dan masak hingga air agak mengering dan inti menjadi sebati.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI