Ahad, 18 Julai 2010

FAMILY PROJECT & IKAN MASAK SWEET SOUR












Assalammualaikum wbkt,
.
Actually Aisyah sangat lah sibuk pada masa sekarang nie, sampai ada azam taknak update blog dalam masa sebulan dua nie....Tapi, rasa excited lah pula nak kongsi tentang cerita ikan sweet sour yang Aisyah masak hari ini. Actually, resepi tu resepi biasa-biasa sahaja, orang kata, main campak-campak, tapi part ikan dia tu...he he he...yang buat rasa teruja nak share dengan readers dan juga di jadikan satu kenangan buat family Aisyah.

.
My hubby lately nie mmg ada hobby pi memancing, dan biasanya di temani dengan my daughter yang sangat suka ikut ayahnya memancing. Aisyah pun kadangkala tak faham dengan anak Aisyah nie sebab dia lebih suka ikut ayahnya memancing dari pi jalan-jalan. Biasanya hasil tangkapan biasa-biasa je, dapat lah 2-3 ekor, boleh la buat lauk sekali makan. Tapi syukur semalam, hasil tangkapan lebih memuaskan. My hubby takde la serius memacing nie, just for fun, especially hari weekend, so adalah activity keluarga pi jalan2 sambil sightseeing dan pancing ikan.
.
My family ada 3 pancing (fishing rod). My hubby punya pancing paling besar, pancing Aisyah kecil sedikit...dan pancing Jannah pula paling kecil...Jannah punya pancing mmg saiz budak, sangat kecil, cuma sebesar jari kelengking Aisyah sahaja....tapi tu lah kan nak cerita, Allah nak bagi rezeki, asyik pancing Jannah sahaja yang mengena...pernah tu sewaktu memacing, langsung pancing ayahnya tak di makan ikan, pancing dia pula, tak padan kecil sahaja pancingnya, tapi berjaya menaikkan beberapa ekor ikan.
.
Yang kelakarnya, sewaktu ayahnya pi memancing semalam, pancing Jannah dah naikkan 5 ekor ikan, baru la pancing ayahnya dapat seekor. Dan pancing Jannah pula dah pernah naikkan ikan kod beberapa kali...dan kali ini rezeki dapat ikan kod yang agak besar, melalui pancing dia. My daughter punya la seronok, sampai malam susah nak tidur sebab excited sangat dapat ikan besar hehehe. (Actually, takde la besar mana bagi seorang kaki pancing professional, tapi, sebab memancing ini just untuk suka-suka, jadi ianya sangat bermakna sebagai kenangan kami).
.
Tapi tu la kan, rasa sungguh bermakna bila makan ikan yang ditangkap sendiri. Memang la, ikan nie boleh sahaja di dapati di pasar, tapi bila kita makan yang tangkap sendiri ini, dan memasak makanan yang di masak sendiri, ianya jauh lebih segar dan sedap dan ada kenangan/cerita di sebalik kisah seekor ikan yang hanya kita sendiri yang boleh merasai.
.
Ok jom kita tengok resepi;
.
Bahan-Bahan
1 ekor ikan kod (di bersihkan)
sedikit serbuk kunyit
sedikit tepung jagung
sedikit garam
.
- Gaulkan semuanya dengan ikan, dan goreng hingga masak. Ketepikan.
.
Kuah Sweet Sour
- 1 batang serai (hiris halus)
- 3 biji bawang putih (hiris nipis)
- 1/2 ibu jari halia (hiris nipis)
- sos tomato secukupnya
- sos thai secukupnya
- 1 biji bawang besar (hiris kasar)
- 5 biji cili padi
- 2 pokok daun ketumbar (hiris kasar)
- 1/2 lobak merah (di potong batang mancis)
- gula secukupnya
- 2 biji tomato (potong kecil)
- Nenas secukupnya ( di potong kecil)- Aisyah takde nanas, jadi Aisyah tak masukkannya dalam resepi nie.
.
Cara-cara
- tumis bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
- masukkan sos tomato dan sos thai secukupnya. Masukkan sedikit air (kira-kira 1/2 cawan)
- masukkan gula dan garamnya. Rasakan ia, kalau boleh biar ada rasa masam dan manis sedikit.
- biarkan hingga mendidih.
- Masukkan lobak merah dan juga bawang besar dan nenas dan biarkan sekejap.
- Kemudian masukkan daun ketumbar, tomato dan juga cili padi.
- Gaul rata dan terus angkat. Tuangkan kuah sweet sour di atas ikan tadi dan terus hidangkan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam ziarah dari akak...memang best masak ikan tangkapan sendiri..ikan kod ni tak ada kat malaysia kan

Aisyah berkata...

Salam kak ina, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini... ya, ikan kod mmg takde di Malaysia, tapi rupa nya ala-ala ikan kerapu dan rasanya sedap, lemak dan gebu...kalau ada resepi yang menarik boleh la kongsi kan dengan Aisyah mana la tau ada kesempatan Aisyah boleh cuba dan kongsikannya dengan rakan-rakan lain.

KOLEKSI RESEPI