Jumaat, 20 Ogos 2010

PERGINYA WANITA MULIA (PART 1)

Assalammualaikum wbkt,

"Bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan rahmat dan bulan berkat. Bulan kebajikan pahala berganda, bulan keampunan doa di terima. Bulan keampunan doa di terima".

Ketika ini, aku sedang mendengar lagu kumpulan hijjaz (Rahmat Ramadhan) dari komputer ku. Hari ini adalah hari ke 10 dalam bulan Ramadhan yang diberkati, yang di tunggu oleh semua orang Islam. Dan hari ini adalah hari ke 3 aku pulang ke UK setelah 12 hari aku berada di Malaysia.

Ramadhan kali ini memberikan ujian yang besar buat aku dan keluarga. Seorang wanita mulia yang mengandungkanku, yang melahirkanku, yang sentiasa mendoakan hanya yang terbaik untuk ku sepanjang hidupku, telah pergi di jemput Allah. Aku masih lagi merasakan semua ini ibarat mimpi. Aku masih lagi lemah dan penat dan aku merasakan aku perlukan masa untuk rehat. Syukur kepada Allah yang menyampaikan aku pada bulan Ramadhan di kala ujian ini datang, yang aku rasakan sangat membantu untuk aku menjadi lebih tenang.

Di sini, ingin ku coretkan peristiwa yang besar yang berlaku dalam hidupku, yang ingin aku kongsi dengan pembaca semua, semoga ianya bermanfaat dan di jadikan iktibar. Ya, memang ibuku telah pergi, tapi apabila aku menghayati apa yang berlaku, semuanya adalah perancangan Allah yang mana terdapat pengajaran-pengajaran yang boleh di ambil iktbar, dari kejadian yang menimpa ku dan adik-beradikku yang lain.

AISYAH
DURHAM, UK
4 August 2010. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Alarm handphone suamiku berbunyi. Di waktu musim panas di UK, kami perlu bersolat subuh sebelum jam 4.30 pagi. Aku dan suami menunaikan solat subuh bersama sehingga lah kami menerima sms dari abang ku di Johor.

"Mak tengah kena heart attack sekarang. Dia critical. Tolong doakan".

Aku terkejut. Aku tahu bahawa ibuku di masukkan ke wad di hospital pakar puteri semalam. Tapi aku tak sangka keadaannya begitu kritikal. Jantungku seperti tersentap dengan berita tersebut. Aku tak pernah menerima sms seperti itu dalam hidupku. Lagipun, ini adalah kali pertama ibuku di serang penyakit jantung.

Sepuluh minit kemudian, sms di terima dari abangku lagi;

"Mak tgh critical. Please pray".

Sepuluh minit kemudian, adikku menalefon. Aku rasakan bahwa aku sudah tiada daya untuk bercakap dengannya. Kerana sms sebelum ini dari abangku telah menjadikan aku sangat terkejut, sedih dan lemah.

aku: hello
najib: (senyap)
aku: mak macammana?
najib: (menangis). Mak kat ICU sekarang....dia sakit, doakan dia kak, doakan dia kak! (adikku separuh histeria)
aku: (menangis, dan tak mampu untuk bercakap apa lagi dan terus matikan telefon).

Aku cuba tahan perasaan. Takde gunanya untuk aku terus menangis...terus bersolat dan berdoa...solat dan doa....solat dan doa bersama suami ku.

sms seterusnya dari abangku, kira-kira 10 minit kemudian.

"Mak makin stabil, pindah dari ICU ke kecemasan".

"Syukur". aku membalas sms abangku.

"Boleh tak aku nak cakap dengan mak?".

"Tak boleh cakap. Pakai oksigen".

Setengah jam selepas itu, aku menerima panggilan dari adikku di Australia.

Aku: hello
Rahmat: Assalammualaikum
Aku: Waalaikumussalam
Rahmat: kak nor
Aku: ya
Rahmat: kau nak balik
Aku: aku tak tahu
Rahmat: aku pun tak tahu
Aku: Abang kata mak makin stabil, kita tunggu dulu perkembangan dari abang.
Rahmat: Ok.
Aku: kalau aku balik, aku bagitau kau
Rahmat: Ok

Tiga jam selepas itu, aku menerima sms lagi dari abangku.

"Keadaan jantung mak kritikal, main artery blocked. Malam nie je dah 5-6 kali kena attack. Kalau tak ganggu study dan ada kemampuan, balik Malaysia".

SMS kali ini menjadikan aku terpempan!

sms dari Malaysia bertali arus lagi

"mak critikal. Please pray".
"Jantung mak berhenti time kena attack. Doakan".
"mak sangat tenat. doakan".
etc
etc
etc

Suami ku yang membaca sms tersebut terus meluru ke komputernya. Beberapa minit kemudian dia memanggilku. "Mama pi siap-siap sekarang ya, pukul 10 nanti ayah hantar pergi airport". Ketika itu, ku lihat jam pukul 8.30 pagi.

"Sekarang?"

"Ya, kalau mama ambil flight yang paling cepat ke Singapore, iaitu pukul 1.00 tengahari ini, jumlah perjalanan cuma 17 jam. Kalau mama ambil flight malam, atau esok, jumlah perjalanan 24 jam".

Aku seperti ingin pengsan. Aku tak pernah travel jauh berseorangan. Aku menghubungi adikku di Australia dan abangku di Malaysia, untuk memaklumkan tentang flight detail ke sana. Adikku juga balik ke Malaysia dan di jangka tiba di Changi Airport pada 5 August, jam 8 pagi, mana kala flight aku di jangka tiba di Changi Airport pada 5 August, jam 2 petang.

"Mama kena kuat. Mama kena tenang. Mama tak boleh menangis. Mama kena bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan. Mama kena doa banyak-banyak dan zikir. Banyakkan ajar mak mengucap dan sebut nama Allah, itu lebih baik dari menangis". Pesan suami ku di dalam perjalanan ke airport. Sampai di airport, kaunter check in dari Newcastle-Dubai telah di buka.

SMS dari Malaysia terhenti seketika.

Sewaktu menunggu boarding, arus sms kembali lagi;

"malam ini je dah 5-6 kali mak kena attack"
"in case no one pick u up, get your own transport"
"jantung mak terhenti lagi time attack"
"abang dan uncle tgh bincang dengan doktor tentang operation mak"
"Mak tak boleh cakap dan tak boleh makan"
"jangan bimbang, nanti abang ilo pick up aishah di airport dan terus hantar ke hospital" - sms dari sepupuku melancarkan lagi perjalanan. Syukur Alhamdulillah.


aku rasa seperti sudah tak mampu nak melangkah. Air mata menjadi terlalu murah.

Aku membalas sms abangku;
"Tunggu aku mak! Tunggu aku!". walau aku tahu ibuku tida dapat membaca sms itu, tapi aku yakin ianya sampai kepadanya.

"Aku kena makan. Aku kena makan. Aku kena kuat. Banyak benda nak kena buat".

Air mata berjuraian, di kala tangan kanan memegang roti dan tangan kiri menggigil membalas sms dari ramai saudaraku di Malaysia dan Singapura. 17 jam bagi ku satu tempoh yang sangat lama. Dalam keadaan ibuku yang sangat kritikal, dia mungkin pergi bila-bila masa sahaja sebelum sempat aku sampai ke Malaysia.

"Ya Allah. Berilah aku peluang untuk aku berbakti kepada ibuku walau sekejap!".

****************
ADI & NAJIB
MALAYSIA

Adi: Mak, adik balik mak, Aisyah pun balik. Adik sampai pukul 8.00 pagi dan Aisyah sampai pukul 2.00 petang. Mak nak jumpa adikkan?
Mak: angguk
Adi: Mak nak jumpa Aisyah kan?
Mak: angguk.

Airmata adi mengalir bagai air hujan.

Adi: Kalau ada apa-apa berlaku pada mak sewaktu rahmat dan kak nor dalam perjalanan, jangan beritahu mereka. Takut kalau jadi apa-apa kepada mereka dalam perjalanan.
Najib: Ok


*****************
AISYAH
DUBAI

sms diteruskan lagi;

aku: macammana mak
najib: mak ok, stabil.

tak sempat untuk bercakap apa lagi, terus berkejaran flight seterusnya. Aku harap sms dari adikku itu jujur dan bukan hanya untuk menyenangkan hati.

*****************
AISYAH
SINGAPORE

keluar dari pintu Arrival;

"Aisyah". panggil sepupuku.
"Najib bagitau yang mak Aisyah dan pindah ke Hospital Sultanah Aminah".
Aku merasa resah, namun aku bersyukur kerana ibu ku masih hidup sewaktu aku sampai di Singapura. Aku juga ragu jika sepupuku menyembunyikan sesuatu dari ku.

"Kenapa pindah dari pakar puteri ke HSA?". Adakah ibuku? oh!, aku tak nak memikirkan sebarang kemungkinan!

*************
MALAYSIA

"Jangan menangis, jangan terkejut, jangan sentuh mak, jangan cakap sangat dengan mak". Pesan adikku di luar wad ICU bahagian jantung.

"Ok".

Kali pertama memandang ibuku, hatiku bagai di tikam dan aku rasa seperti aku akan tumbang. Wayar-wayar di mana-mana dan keadaannya sangat tenat.

"Aku kena kuat, aku kena kuat, ya Allah berilah aku kekuatan".

"Mak, nie Aisyah mak".

Tiba-tiba ibu ku membuka matanya. mulutnya terkumat kamit umpama berkata "kakak, kakak balik kak. Mak minta maaf kak".

Aku menahan air mata. "Aku tak boleh menangis. Aku tak boleh menangis. Memangis tak boleh membantu apa-apa."

"Mak, ingat Allah mak. Allah. Allah hu Akbar. Laillahaillallah. Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Laillahaillallah......".

Lidah ibu ku bergerak menyebut nama Allah, penciptanya. Aku gembira. Ibuku tidak pengsan dan dia masih sedar. Aku makin bersemangat. Ini lah mungkin peluang yang terakhir untuk aku berbakti padanya, Dan saat ini sangat penting!

Aku meneruskan lagi...tanpa henti...."Allah, Allah, Allah...Laillhaillah...Allah...Allah..".

Beberapa minit setelah aku berjumpa dengan ibu ku, doktor menghampiri ayahku di sebelah hadapan katil ibuku;

"Pakcik, kumpulkan semua ahli keluarga, dan hubungi semua saudara mara. Bersedialah untuk menghadapi apa juga kemungkinan malam ini, dan teruskan begini"

Ayahku menghamburkan tangisan.

"teruskan apa ya doktor?"

"teruskan lah anak pakcik mengajarkan ibunya kalimah Allah".

Aku jadi makin bersemangat. Kutahan air mata dari keluar, dan saat ini sangat berharga bagi ku lebih dari wang rm10 juta! Saat ini sangat penting bagi ibuku, dan aku bersyukur Allah memberikan aku peluang untuk berada di sisinya.

"Allah...Allah...Allah...Laillahaillallah....Allah...Allah...."

Aku berada di sisi kiri katil dan abangku, adi, dan adikku rahmat dan najib berada di sisi kanan katil. Kami sama-sama mengajarkan kalimah tauhid itu kepada ibuku.

Syukur, walaupun ibuku tenat, tapi lidahnya masih boleh bergerak menyebut nama Allah walaupun keadaannya sangat lemah.

"Allah...Allah...Allah...Laillahaillallah....Allah....Allah..." Kami tidak berhenti. Walau kaki ku penat duduk dalam flight berjam-jam lamanya, segala kepenatan ku hilang entah ke mana bila mendapat peluang berjumpa dengan ibuku walau hanya seketika.

"Mak haus, haus". Beritahu ibuku dengan suara lemah dan bahasa isyarat.

"Mak haus ya, abang ambil air ye mak. Mak minum ye mak. Bismillah". Abangku menuangkan air di penutup mineral water dan di tuangkan ke mulut ibu ku. Cukup dua kali sahaja, ibuku memberi isyarat yang dia tidak lagi haus.

"Mak panas". Sambungnya perlahan.

Kami mengipas ibu dengan kertas tebal. Dia kembali diam dan lidahnya terkumat kamit menyebut nama Allah. Matanya tertutup rapat.

Aku pernah mendengar bahawa orang yang hampir dengan sakarat akan merasa haus dan panas. Aku merasa tertekan. Namun tetap kami ajarkan kalimah Allah agar ianya tetap di lidah dan di hati ibu walau nyawa sudah di penghujungnya.

Tiba-tiba, ibuku bagai tersedak kecil. Dan sesaat selepas itu, mesin jantungnya berhenti berdetik. Di sebabkan aku baru sampai ke hopsital, aku tak faham apa yang berlaku. Adikku najib telah menghamburkan tangisan yang tak tertahan lagi. Doktor yang memantau keadaan ibu ku dari tadi mendekati ibu dan membuat pemeriksaan pada mata, nadi dan sisi.

"Maafkan saya. Ibu anda telah tiada pada jam 7.10 tadi". Terasa longlai seluruh badan dan melayang dan seperti aku akan tumbang. Ku lihat adik-adik dan abang ku bertangisan. Tangisan yang ku tahan dari tadi, kini tidak mampu ku tampung lagi.

"Ya Allah, ampuni lah dosa ibu kuAllah. Peliharalah dia , Ya Allah ampunilah dosa ibu ku, Ya Allah, ampuni lah dosa ibu ku, kasihanilah ibuku ya sebagaimana dia memelihara kami sewaktu kami masih kecil".

"Amin, amin, amin".

Sayup di luar hospital, kudengari azan maghrib berkumandang.

"Malam jumaat" bisik hatiku kala aku berjalan ke surau hospital.

Innalillahi wainna ilaihi raji├║nn

Al-fatihah untuk Hajah Salimah bt. Saranon yang meninggal dunia pada 24 Syaaban bersamaan 5 Ogos 2010.

2 ulasan:

Iffah Nabiha Ahmad Jailani berkata...

Sayunya. Tak tertahan air mata ni Auntie. Auntie, takziah, semoga tabah mengharunginya.. Pemergian mak Auntie masih dalam bulan ramadhan, sama dengan Aki saya dahulu, Kakak x prnh lupa detik-detik waktu Aki pergi dulu.. Moga kita yg hidup dapat terus berbakti kepada Allah, dan saya kepada ibunda dan ayahanda sehingga ke akhirnya. Insyaallah.

Illaliqa' wa Inna Ilaihi Raji'un..

Iffah

Aisyah berkata...

terima kasih atas ucapan...mudah2 han iffah jadi anak yang baik dan dapat berbakti kepada ibu bapa hingga akhir hayat mereka

KOLEKSI RESEPI