Bahan-Bahan
5 sudu tepung gandum
3 sudu tepung naik sendiri
1 sudu cili kisar (yang telah ditumis hingga naik minyak)
2 biji bawang putih (ditumbuk/ dicincang halus)
2 biji bawang merah (ditumbuk halus/ dicincang halus)
Setengah sudu kecil serbuk jintan manis
Setengah sudu kecil serbuk jintan putih
10 ekor udang basah (kalau udang tu besar, boleh dipotong kecil-kecil)
Sedikit daun sup/ daun ketumbar (dihiris halus)
Garam dan perasa.
Air suam untuk membancuh
(Nota: Kalau tiada serbuk jintan, boleh juga guna jintan yang biji tu, Cuma perlu di tumbuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam bancuhan).
Cara-cara
1. Gaul rata semua bahan hingga sebati. Bancuh dengan air suam dan sebatikannya. Warnanya agak “orange” sewaktu membancuh kerana di campur dengan cili kisar. Goreng dengan minyak penuh hingga keemasan. Hidang dengan sos cili.
I should give a credit to my friend, Kak Ros Aniza because she gave me tips on how to make a good fritters. Campurkan dengan sedikit tepung naik sendiri, insyaAllah jemput-jemput yang dibuat akan tetap lembut dan sedap di makan walau dah sejuk. Semoga tips ini berguna untuk semua. Selain dari udang, boleh juga gantikan dengan ikan bilis. InsyaAllah lepas nie, anak-anak pun takkan pandang sebelah mata je lagi kat jemput-jemput tau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan