Jumaat, 16 Januari 2009

PULUT KUNING EXPRESS


Pernah tu ada buat majlis di rumah Aisyah, tapi masa tu takde idea nak masak apa, Aisyah sediakan pulut kuning…hehehe. nampak macam gempak kan, tapi jangan risau, jangan susah-susah nak kukus-kukus pulut kuning tu….masak dalam rice cooker pun insyaAllah sedap, senang dan menjadi. Sesuai juga dimakan dengan kari daging atau dengan ayam rendang senang (resepinya ada dalam kategori ayam)

Bahan-Bahan
4 cawan beras pulut di cuci (Aisyah biasanya guna cawan yang kita dapat bila kita beli rice cooker tu)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan santan (pun ikut saiz cawan rice cooker)
3 cawan air
Sedikit garam
Daun pandan (nie optional je)
(Air jangan lebih dari 4 cawan tau nanti lembik, pulut tak berapa cantik)

Cara-cara
1. Masuk semua bahan dalam rice cooker. Masak macam biasa. InsyaAllah mesti mak mertua terperanjat sebab tengok rajinnya menantu aku masak pulut kuning yang “complicated” macam nie! Hehehehe…Nie style baru tau! Jangan tak tau…Heheheheh…



Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI