Jumaat, 16 Januari 2009

KARI KAMBING/DAGING



Ini adalah kari version mudah punya. Biasanya Aisyah buat style ini untuk dimakan dengan pulut kuning, atau dengan roti canai, atau pun dengan lempeng. Sesuai juga dimakan dengan roti jala atau dengan nasi putih.

Bahan-Bahan
1 kilo kambing/ daging (direbus hingga lembut)
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 ibu jari halia
3 sudu besar serbuk kari, di campur dengan sedikit air suam dan dibuat paste (Aisyah suka mixed serbuk kari. 1½ sudu Jenama Adabi dan 1½ sudu jenama Babas)
Sedikit daun kari
1 ibu jari asam jawa (di buat paste)
2 biji kentang di potong kecil
1 biji lobak merah di potong kecil
½ cawan santan (Aisyah biasa gantikan dengan susu cair)
Minyak secukupnya untuk menumis
2 bunga lawang,
1 kayu manis
3 buah pelaga dan 3 cengkih

Cara-cara

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak. Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan cengkih. Masukkan bahan yang telah dikisar.
3. Tumis hingga naik minyak dan agak garing. Kalau kurang minyak boleh tambahkan sedikit lagi. Terus kacau.
4. Masukkan pes kari, dan tumis lagi hingga naik minyak. (Bab menumis nie memang kena serius sikit sebab kalau bawang dan kari tak ditumis hingga cukup garing rasanya akan jadi tak berapa best). Jadi pastikan rempah yang ditumis cukup garing sebelum ikut langkah seterusnya.
5. Bila rempah dah cukup garing, masukkan daging dan air daging itu sekali. (Jumlah air separas daging pun dah cukup, sebab nanti kita akan letak santan)
6. Masukkan kentang dan lobak merah. Masukkan air asam jawa. Masak sampai kentang empuk.
7. Bila kentang dah agak empuk, masukkan santan.
8. Masukkan daun kari, garam dan sedikit perasa.


Nota: Aisyah biasanya tak gemar letak santan terlampau banyak dalam kari. Kalau rasa-rasa nak tambahkan lagi sedikit santan dalam masakan ini, boleh saja buat modification. Terpulanglah pada citarasa masing-masing.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI