KUAH DAL ROTI CANAI
Sumberasal : Malaysian Hawker Favourites (dicilok dari blog http://koleksiresipi.blogspot.com/)
Bahan-bahan:
Sumberasal : Malaysian Hawker Favourites (dicilok dari blog http://koleksiresipi.blogspot.com/)
Bahan-bahan:
100g (3.5 oz) kacang dal
800 ml (3 1/4 cawan) air.
1/4 sudu makan kunyit
1 biji bawang besar (medium size) -dipotong kiub
1 biji carrot1 biji terung hijau bulat - dipotong kiub
1 biji tomato medium - dipotong baji
2 cili besar hijau - dipotong setiap 2cm (3/4 inch)
100 ml santan atau susu lembu
1 sudu kecil garam
sedikit perahan asam jawa
125 ml (1/2 cawan ) air
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil biji sawi (Mustard seeds)
1/2 sudu kecil jintan manis1 tangkai daun kari
2 bj. lada kering (dipotong setiap 2cm (3/4 inch)
3 bj bawang merah - dikupas dan dipotong halus
3 bj bawang putih - dikupas dan dipotong halus.
Cara-cara:
1. Basuh dan bersihkan kacang dal beberapa kali dan masukkan ke dalam periuk bersama 800ml (3 1/4 cawan) air dan kunyit. Masaklah sehingga mendidih dan kemudian kecilkan api.Biarkan di dalam api yang kecil selama 20 minit lagi. Masukkan bawang, carrot, terung dan tomato. Masak lagi selama 20 minit. , atau sehingga sayuran di dalamnya agak lembut.
2. Masukkan santan atau susu lembu dan masukkan garam. Tambah air asam jawa(agak-agak). Masak sehingga mendidih lagi sekali, kemudian perlahankan api apabila ramuan nampak agak mesra dan perlahankan api. Rasakan garamnya.Tambahkan cili hijau dan padamkan api selepas 5 minit dan asingkan
3. Panaskan sedikit minyak di kuali yang berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada kering, bawan merah dan bawang putih. Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar warna keperangan. Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu. Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas periuk dan padamkan api.
Aisyah buat some modification dengan menambahkan ayam yang dipotong kecil. Terpulanglah bagaimana hendak mengubahsuai mengikut citarasa anda dan juga mengikut apa yang ada dalam stock anda. Aisyah tak letak biji sawi pun sebab tiada dalam simpanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan