Ahad, 15 Februari 2009

MOVIE: CHILDREN OF HEAVEN

Pernah tak kita merasakan bahawa apa yang kita miliki ini semua masih tidak mencukupi? Contohnya, pakaian dah penuh satu almari dan tambah pula dengan almari yang lain, tapi balik-balik pakai baju yang sama lepas tu kita merasakan seolah-olah seperti kita dah takde pakaian?

Ataupun, kasut dah penuh kat rak, ditambah pula dengan kasut yang disimpan di dalam stor atau bawah katil (sebab rak kasut dah tak muat), kemudian koleksi kasut kita memang sesuai untuk semua occasion (kasut khas untuk jogging ada, kasut khas untuk main badminton ada, kasut khas untuk aerobik ada, kasut khas untuk aktiviti santai macam berkelah ada, kasut untuk kerja ada, kasut untuk menghadiri majlis formal/ tak formal ada, kasut khas untuk jalan pi pasar malam pun ada!...kasut kulit, kasut tak kulit, selipar getah macam-macam ada), tapi kita masih rasa macam takde kasut?

Kalau peminat jam tangan pula, tak cukup-cukup koleksi jam tangan dari yang untuk aktiviti casual sampai la formal semua ada jam yang khusus. Padahal, jam tangan tu sama je pakai bila-bila pun functionnya adalah untuk tengok waktu pukul berapa. Mungkin sekarang nie jam tangan dah tak berapa relevan lagi sebab sekarang semua orang ada handphone yang canggih dan ada jam juga di handphone. Tapi kita always rasa yang jam kita tak cukup. Sememangnya perkara ini sering berlaku termasuklah kepada yang empunya blog ini sendiri, tapi sama-sama lah kita berusaha dari masa ke semasa untuk memperbaiki akhlak kita.


Aisyah nak recommend untuk kita sama-sama menonton movie ini di masa kita lapang. Filem ini amat bagus untuk kita tontoni supaya dapat menginsafkan diri kita dan semoga dapat menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada, menggunakan wang dengan sebaik-baiknya kerana di saat kita hidup senang dan mewah, nun jauh di sana masih ada orang yang menangis kelaparan, yang melarat dan miskin, yang sakit dan memerlukan bantuan. Kita seharusnya merasa bimbang jika Allah melaknati kita kerana kebakhilan kita atau kerana kita terlalu mengikut perasaan bila berbelanja.

Seperti kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dalam syarahannya, "dalam hal-hal keduniaan, hendaklah kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih rendah tarafnya dengan kita, dan dalam hal-hal akhirat, hendaklah kita bandingkan dengan orang-orang yang lebih tinggi tarafnya dari kita. Dengan cara itu kita akan jadi manusia yang lebih bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita".

Mudah-mudahan kita dapat sama-sama memperbaiki diri kita, dan muhasabah diri kita bagaimana cara terbaik untuk kita belanjakan wang kita dijalan yang diredhai Allah. Waulahualam.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI