Ahad, 15 Februari 2009

TAFSIR AL-QUR'AN (SURAH AL-FURQAN AYAT 27-29)

Oleh Ustazah Hamidah Mat

Pengajaran ayat:

(1) Istidraj- iaitu keadaan dimana Allah memberikan masa lagi kepada kita untuk kita bertaubat, walhal kita masih lagi bergelumang dalam kemaksiatan. Mungkin kita terfikir "orang tu buat maksiat seperti minum arak, berzina, tidak solat, tidak puasa, etc tapi tengok hidup mereka ok je, senang, mewah dan takde bala bencana pun etc". Jadi Allah menagguhkan membalasannya supaya manusia itu bertaubat, bukannya semakin ligat dalam kemaksiatan. Mereka sebenarnya hidup di bawah kemurkaan Allah dan adalah sangat bahaya jika kita tidak cepat bertaubat sebelum pintu taubat telah tertutup untuk kita dan kita akan dihukum dengan sekeras-kerasnya atas dosa-dosa yang kita lakukan.

(2) Di akhirat kelak, orang-orang kafir akan merasa kesal yang teramat sangat kerana keingkarannya kepada Allah dan rasul-rasulnya, dan mereka menggigit jari atas apa yang telah mereka perbuat. Mereka juga mengatakan "Alangkah baiknya jika aku menjadi tanah" - kerana tanah tidak perlu menjalani proses timbangan amalan dan tidak akan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka, tetapi sebagai manusia, kita akan melalui proses tersebut.

(3) Orang-orang kafir juga akan turut merasa menyesal kerana salah memilih kawan. Disebabkan mereka berkawan dengan kawan-kawan yang jahat, maka mereka juga terjerumus kedalam dosa-dosa besar dan mensyirikkan Allah. Maka, adalah sangat penting untuk kita memilih kawan-kawan yang baik bagi memastikan kita tidak melencong dari landasan yang Allah telah tetapkan kepada kita. Kawan-kawan yang tidak baik sebenarnya adalah hampir kepada syaitan kerana dia dapat mempengaruhi kita untuk kita membuat dosa.

(4) Diakhirat kelak, apabila orang-orang yang bersalah/ berdosa menyalahkan syaitan kerana disebabkan syaitanlah mereka di masukkan ke neraka, pada masa itu syaitan akan berkata bahawa dia berlepas diri dari tuduhan yang mereka katakan ke atasnya. Syaitan langsung tidak akan bertanggungjawab dengan hasutan yang telah dia perbuat ke atas manusia.

Semoga kita sentiasa awas dengan hasutan dan bisikan syaitan dan semoga bermanfaat untuk semua. Waulahualam.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI