Ahad, 15 Februari 2009

TAFSIR AL-QURAN (SURAH AL-FURQAN AYAT 61 HINGGA AKHIR)

Oleh Ustazah Hamidah Mat

Pengajaran dari Surah Al-Furqan ayat 61 hingga akhir surah adalah berkaitan dengan sifat-sifat (character) seseorang hamba yang amat disukai oleh Allah. Antara sifat-sifat mahmudah yang perlu ada pada seseorang muslim untuk dirinya disayangi oleh Allah adalah terkandung dalam ayat-ayat ini adalah:

(1) Berjalan di muka bumi dengan rasa tawadduk dan sopan santun, dan sekali-kali tidak menyombongkan diri/ bermegah-megah.

(2) Menjaga percakapan/ lidahnya, tidak suka bertengkar dan emosional dalam berhujah dan tidak bercakap kasar. Ini adalah juga berkaitan dengan sebuah hadis sahih yang berbunyi "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia bercakap perkataan-perkataan yang baik dan jika dia tidak mampu berbuat begitu, maka adalah lebih baik jika dia diam".

(3) Memperuntukkan sebahagian waktu di malam hari untuk beribadat/ sujud kepada Allah.

(4) Selalu berdoa supaya dijauhkan dari api neraka

(5) Tidak membazir dalam berbelanja, tetapi tidak juga kedekut

(6) Apabila menafkahkan hartanya, dia tidak melampau-lampau tetapi tidak juga bersifat bakhil

(7) Tidak berdoa selain dari Allah/ tidak mensyirikkan Allah

(8) Tidak membunuh

(9) Tidak berzina

(10) Tidak bersumpah palsu

(11) Apabila diajak melakukan perkara yang sia-sia, maka dia meninggalkannya (tidak berminat untuk turut serta dengan perkara sia-sia/ lagha tersebut)

(12) Bila disebut ayat-ayat Allah maka dia akan dengar dengan teliti dan sedaya upaya akan mengikutinya

(13) Sentiasa berdoa agar di beri pasangan yang baik dan anak-anak yang baik. Bagi yang sudah berkahwin diharap doa tersebut akan dapat membaikkan lagi pasangan yang sedia ada dan juga membaikkan lagi diri sendiri.

Seterusnya di dalam Ayat 75, Allah memberi balasan berupa sebuah bilik yang special di syurga di atas kesabaran hambanya dalam mengusahakan/ melaksanakan perkara-perkara di atas yang di sebutkan tadi. Dan syurga itu penuh dengan kesejahteraan dan orang-orang di dalamnya sentiasa mengucapkan "salam, salam".

Kesimpulannya: Ada banyak sifat-sifat yang baik yang hendaklah kita praktikkan dalam kehidupan kita, dan ayat ini sebenarnya bersifat global dengan merangkumi adab-adab yang komprehnsif di mana ianya juga meliputi hal ehwal bersosial dengan society, hal ehwal kewangan dan pengurusan perbelanjaan dan juga hal pengurusan masa (time management).


Pada pendapat Aisyah,ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil iktibar dari ayat ini:

Manusia memang suka nampak cantik, bergaya, tampan dan hebat, maka kita sebagai manusia memang suka berbelanja besar agar di pandang hebat oleh orang lain. Dikalangan yang berduit sanggup menghabiskan ratusan ribu dan jutaan wang untuk memiliki barang kemas idaman, kereta mewah kesukaan dan menghias rumah dengan berlebih-lebihan/ melampau-lampau. Ada juga yang sanggup membuat pembedahan plastik, mengunjungi pusat-pusat perampingan badan hingga membelanjakan ribuan ringgit hanya untuk nampak menawan seperti artis kegemarannya.

Al Quran dengan ini memberikan panduan bagaimana untuk kita menghiasi diri kita seperti mana yang Allah suruh. Jika di teliti keterangan ayat di atas, langsung tidak disebutkan bahawa- hamba yang Allah sayang adalah yang paling kaya, atau yang paling pandai, yang jadi profesor dan sebagainya. Tetapi ciri-ciri tersebut mampu dilaksanakan tak kira seseorang itu adalah orang kaya atau orang miskin, orang cerdik atau orang bodoh, tetapi Allah bersifat MAHA ADIL dan memberikan peluang yang sama untuk semua orang untuk mendapat ganjaran ini.

Disamping menghiaskan diri kita dengan material duniawi, kadang kala kita lupa untuk menghias diri kita dengan hiasan sifat-sifat mahmudah contohnya seperti yang terkandung dalam ayat di atas.

Sebagai contoh, sekiranya kita bersahabat dengan seorang raja yang sungguh kaya, dan kita sebagai orang biasa tentu sangat gembira jika raja tu rapat dengan kita (mestilah kita sebagai orang biasa rasa seronok dapat kawan dengan raja yang kaya kan sebab glamer la kita nanti lepas tu mungkin kita boleh dapat macam-macam dari dia sebab dia kaya, dan mungkin saham/ reputasi kita akan meningkat sebab bergaul dengan golongan atasan). Jadi, tentu kita akan sedaya upaya akan berbuat sesuatu yang raja ini suka, dan kita tidak buat sesuatu yang raja ini tak suka. Ini adalah pemikiran logik akal seseorang manusia termasuk la saya sendiri.

Cuba kita reflek dari contoh yang saya beri tadi. Katakan lah, Allah itu sebagi raja dan kita sebagai hambanya. Dan di dalam surah Al-Furqan ini, Allah telah menggariskan kepada kita apa-apa sifat yang baik yang dia berikan guideline untuk hambanya mematuhinya, dan barang siapa yang memiliki sifat-sifat baik ini, ianya akan disukai oleh Allah (rapat dengan Allah) dan juga akan diganjari dengan sebuah bilik yang special di syurga.

Bayangkan lah betapa besarnya peluang ini untuk kita rebut. Kalau kita nie rapat dengan anak raja pun dah rasa bangga bukan main eg. "aku kenal rapat dengan raja xx tu sebab satu sekolah dengan dia"... ataupun betapa besarnya kegembiraan kita bila dianugerahkan sesuatu oleh raja (contohnya gelaran-gelaran tertentu atau bintang-bintang) e.g." ayah aku tahun ini dapat pingat darjah kebesaran" etc etc...tentu betapa gembiranya orang yang memperolehinya dan mungkin juga akan ada orang lain yang akan iri hati sebab ye la kan takkan la raja nak bagi pingat kat semua orang.

Jadi, bayangkan lah kalau Raja segala raja, Raja segala Kekuasaan, Raja segala Kekayaan, Pemilik mutlak bumi dan seisi alam, alam maya dan angkasaraya....bayangkan lah kalau dia nak bagi pingat/ hadiah/ anugerah yang mana berupa sebuah bilik di syurga yang mana tentu berjuta-juta/ berbillion-billion kali ganda-ganda lebih besar dari Hotel Al-Burj yang di katakan hebat itu. Dan bayangkan lah takde quota untuk mendapat ganjaran itu, jadi sesiapa pun boleh dapat asalkan mereka berusaha. Dan sesungguhnya peluang ini terbuka untuk semua, orang miskin orang kaya sesiapa sahaja.


Di dalam hadis sahih Bukhari ada menyatakan yang lebih kurang begini bunyinya: Apabila semua orang islam telah masuk ke syurga, dan tinggallah seorang yang terakhir keluar dari neraka dan akan dipindahkan ke syurga, Allah berkata kepada orang itu, masuk lah ke dalam syurga. Orang itu merasakan tentulah syurga telah penuh dengan orang ramai kerana dia adalah yang terakhir dapat masuk ke syurga, dan mungkin dia fikir dah tiada tempat lagi untuk dia. Tetapi Allah berkata kepadanya bahawa tempat untuknya adalah seluas sepuluh kali ganda dunia!

Penat-penat kita kumpul duit di dunia nie paling-paling dapat la membeli sebuah dua rumah idaman yang mungkin cuma beberapa square feet! Nak round satu dunia pun tak larat, apatah lagi 10 kali ganda dunia! Maha suci Allah. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dan semoga dengan tafsir qur'an yang sedikit ini dapat memotivasikan diri kita untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Mungkin di dunia yang serba sementara ini kita tidak memperolehi kecantikan, kekayaan dan kehebatan seperti orang lain, tetapi kita berusaha lah supaya Allah memberikan kita kesemuanya itu di akhirat (syurga) yang kekal abadi selama-lamanya. Waulahualam.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI