Jumaat, 16 Oktober 2009

AYAM PANGGANG ALA NANDOS





Assalammualaikum wbkt.
.
Aisyah nak share resepi ayam panggang yang senang tapi sedap. Beli sahaja sos peri-peri nandos kegemaran anda dan anda boleh praktikkannya di rumah.
.
Bahan-bahan
1 ekor ayam (whole chicken, di bersihkan) - Aisyah guna baby chicken sebab rasa dagingnya lebih lembut dan sedap
1/3 botol sos peri-peri nandos (marinade sauce)
2.5 sudu gula
2 sudu minyak makan
1/2 sudu lada hitam (tumbuk kasar)
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk cili
garam, dan perasa secukupnya.
1 biji bawang besar di potong baji
Nota: lada hitam, serbuk cili dan serbuk jintan manis boleh di tambah ikut citarasa masing-masing
.
Cara-cara
- Lumur ayam dengan semua bahan dan perap beberapa jam. Kalau boleh perap semalaman.
- Panaskan oven (220 darjah). Letak ayam atas baking tray dan letakkan bawang di sekeliling ayam. Cover dengan aluminium foil.
- Bakar selama 1 jam. Bila dah sampai 50 minit, keluarkan ayam dari oven, buka aluminium foil dan bakar lagi untuk 10-15 minit ikut kegaringan yang disukai.
- Bakar jangan sampai ayam kering sangat, nanti tak juicy.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI