Isnin, 2 November 2009

ASAM REBUS KELADI/ TERUNG










Ya Allah, tiba-tiba je tekak Aisyah teringin sgt nak makan sayur keladi masak asam. Fuh, mmg challenging...mana la nak dapat batang keladi tu? Terbayang pula masa kecik-kecik dulu makan sayur keladi masak asam dengan ikan masin sepat goreng, mmg la meleleh air liur, makan nasi dengan lauk tu je pun dah cukup..heheheheh
.
Tapi sebab dah terasa sangat nak makan, jadi Aisyah gantikan asam keladi tu dengan terung. Mmg la dari segi rasa tu tak sama, tapi boleh la buat lepas gian, hahahaha....My husband pun suka sangat, walau masak simple macam nie pun dia makan dengan seleranya.
.
Resepi asal dari Mat Gebu (bluetiffin.blogspot.com) dan Aisyah ada buat some modification ikut selera sendiri.
.
Bahan-Bahan
1 pokok keladi sayur - Aisyah tukar dengan 1 biji terung besar
4-5 ekor ikan masin selar kuning- Aisyah tak letak ikan masin sebab Aisyah goreng ikan masin sepat separately.
1 genggam daun selasih/ basil- Aisyah gantikan dengan daun kesum
3 keping asam gelugur- Boleh tambah ikut kadar ke'masam'an yang diingini
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
.
Bahan Kisar
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit kunyit hidup
3 batang cili merah - Aisyah gantikan dengan 10 biji cili kering (yang telah di rendam dalam air panas)
1 camca ikan bilis/ 1 kiub ikan bilis maggi - Aisyah gantikan dengan 1/2 cawan udang kering dan sedikit belacan
.
Cara-cara
- Batang keladi di buang kulit luar dan di kerat anggaran 4 inci. Rebus ubi keladi dahulu hingga 3/4 empuk, kemudian baru masukkan batang keladi. Rebus dengan 1 asam keping. Celur 1-2 minit. Tuskan. (Note: Aisyah tak guna keladi, jadi Aisyah tak perlu celur terung).
- Tumis bahan kisar hingga naik minyak. Masukkan air anggaran 700 ml dan masukkan terung.
-kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti daun kesum dan asam keping. Masak hingga terung lembut. Perasakan garam dan gulanya.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI