Khamis, 1 Julai 2010

MURTABAK MAGGI



Assalammualaikum wbkt,
.
Pernah tak terasa kadang-kadang tak tahu nak buat sarapan apa? Rasa macam dah biasa pulak makan sarapan yang selalu di hidangkan dan tekak pula mood nak makan benda yang lain dari yang lain...tapi, taknak la yang complicated sangat, nanti takut tak terbuat...Aaaaa...kalau itu yang berada di fikiran anda, apa kata cuba resepi murtabak maggi nie.
.
Actually murtabak maggi nie di perkenalkan oleh seorang jiran Aisyah, Ustazah Syidah yang bawa murtabak maggi nie masa sesi usrah di rumah Aisyah beberapa minggu lalu. Aisyah mmg takde stock maggi, tapi kalau jenis mee macam maggi tu ada - so yang ada maggi je la, perasa-perasa nya semua takde....jadi Aisyah modify sahaja lah bab rempah dia tu ikut suka nak letak apa, basically aisyah letak je serbuk kari dan sedikit serbuk lada putih serta boleh juga campurkan dengan sedikit pati ayam jika suka. Rasanya sedap, dan ok lah utk tukar selera sekali-sekala...hahahaha, ala-ala pizza pun ada.
.
Nie Aisyah sertakan resepinya dari blog Mat Gebu (dapur tanpa sempadan). Aisyah copy paste sahaja resepi ini darinya. Terima kasih banyak-banyak kerana berkongsi resepi ini. Rasanya asalnya resepi ini dari blogger lain, anyway, terima kasih kepada penyumbang resepi utama.

.
BAHAN-BAHANNYA :
2 paket mee ( mee nie jenis macam mee maggi tu - pakai jenama apa-apa pun boleh)
4 biji telur
1 cawan daging ayam - potong kecil-kecil ala dadu
1 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (cincang)
2.5 sudu makan rempah kari daging
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus
1 biji tomato (potong kecil)
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya


.
UNTUK MERTABAK MAGGI :
- Celur mee segera tadi hingga lembut, toskan dalam tapisan dan biar sejuk.
- Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan ayam dan kacau hingga ayam masak. Masukkan rempah kari, dan masak hingga naik minyak. Matikan api.
- Dalam satu mangkuk besar, pecahkan telur dan pukul sedikit. Gaulkan dengan mee dan semua bahan. Bahagikan kepada dua bahagian. Panaskan kuali non-stick dan sapu dengan sedikit minyak.
-Masukkan satu bahagian dalam kuali. Kemudian padat-padatkan ia. Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya kecoklatan. Terbali kan ia biarkan hingga masak. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk satu bahagian lagi tadi.
- hidangkan panas-panas dengan sos kegemaran anda.
(Nota: murtabak maggi ini mmg best, kadang-kadang rasa macam makan pizza dan tetap lembut walau dah di masak berjam-jam lamanya hahahhaha).

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI