Ahad, 14 November 2010

LASAGNE





Assalammualaikum wbkt,
.
InsyaAllah hari nie Aisyah nak share resepi Lasagne. Lasagne nie tak berapa sesuai makan selalu sebab cheesy sangat tau, namun sekali-sekala tukar selera best juga. Cara memasaknya juga tidak lah sukar, cuma mungkin di Malaysia cuma kedai tertentu je mungkin ada jual Lasagne sheet. Kalau ada sesiapa yang teringin, dan tak jumpa dengan lasagne sheet ini boleh je tukarkan lasagne sheet tu dengan macheroni (rebus dahulu macheroni ini) dan buat layer sperti buat lasagne.
.
Hari ini 8 DzulHijjah tau, dan insyaAllah esok adalah 9 DzulHijjah. Lusa pula umat Islam akan menyambut hari raya Aidil-Adha. Hari 9 Dzul-Hijjah ini sangat di galakkan untuk beribadah, berpuasa dan banyakkan berdoa, semoga Allah ampunkan segala dosa kita dan diberikan tempat yang baik di dunia dan akhirat. Petang tadi bincang-bincang dengan kawan-kawan dalam slot tafsir Qur'an, takut pula bila cerita pasal alam kubur dan saat kematian. Tu lah kan, kita nie mana lah tau bila kita akan mati. Sedangkan bila kita kat dalam bilik yang gelap pun rasa takut, apatah lagi di dalam kubur yang kecil dan gelap dan duduk sorang-sorang tu. Kubur itu adalah salah satu dari taman-taman syurga dan salah satu dari liang-liang neraka. Dahsyat kan?
.
Kemudian masuk lah pula cerita pasal saat kematian yang mana malaikat itu menjalankan tugasnya mencabut nyawa dengan keadaan manusia yang pelbagai. Ada yang di cabut nyawa hamba Allah dengan lembut dan juga ada yang di rentap dengan sangat keras. Ada tu rakan Aisyah yang beritahu - bahawa ada hamba Allah yang meninggal dunia waktu sedang bersujud di dalam solat. Masya Allah, mudah sungguh kematian dia kan? Mudah-mudahan Allah matikan kita dalam keaddan yang baik dan masukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang soleh.
.
Marilah kita sama-sama berdoa, di hari mulia 9 Dzul Hijjah ini, semoga Allah memberi kemudahan kepada urusan hidup kita di dunia, di alam kubur dan juga di akhirat. Kadan-kadang kita asyik sibuk sahaja doa tentang urusan dunia kita, dan kurang berdoa tentang urusan akhirat kita, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal abadi. Doakan lah juga sema umat Islam yang lain, semoga Allah memberi kekuatan kepada orang Islam untuk menegakkan kalimah Allah dan supaya kalimah Allah menjadi tinggi. Sesungguhnya apabila seorang hamba Allah berdoa untuk saudaranya, maka malaikat akan mengaminkan doanya dan berdoa untuk kebaikkannya juga.
.
Ok kita tengok resepinya ok.
.
Bahan-Bahan Sos Merah
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
500 gm daging kisar
1 botol sos spegheti (ada banyak di jual, jenama prego pun boleh, takpun buat je sendiri seperti kita buat sos spegheti tu)
3 biji cendawan butang (optional)
sedikit dried herbs (mixed oregano with rosemary, thyme etc)
1/2 cawan air
sedikit minyak zaitun
sedikit serbuk lada hitam
.
Cara-cara
- panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih
- masukkan daging dan masak hingga air daging agak kering
- masukkan semua bahan lain, dan didihkan ia.
- perasakan garamnya, ketepikan
.
Bahan-Bahan sos putih (sos bechamel)
50 gm butter
50 gm tepung gandum
500 ml susu segar
4 sudu makan parmesan cheese (lagi best kalau guna matured parmesan cheese)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
.
Cara-cara
- masuk semua bahan dalam periuk dan masak atas api kecil hingga semuanya sebati dan likat. ketepikan

.
Bahan-Bahan lain
15 keping lasagne sheet (Aisyah guna jenis yang tak perlu pre-cook)
1 biji mozarella ball - mozarella cheese yang ball shape tu
grated parmesan cheese secukupnya- lagi banyak lagi best!
.
Cara-cara
- panaskan oven pada suhu 200 darjah
- alirkan lasagne sheet dengan air dan susun dalam baking tray (5 sheet untuk satu lapisan)
- ratakan 1/3 dari sos merah dan 1/3 dari sos putih
- ulang proses yang sama hingga habis (semuanya akan ada 3 lapisan lasagne sheet)
- Di lapisan paling atas sekali taburkan dengan mozarella ball yang di hiris dan juga grated parmesan cheese. Sprinkle dengan dried herbs.
- tutup baking tray dengan aluminium foil dan bakar selama 45 minit.
- buka aluminium foil dan teruskan membakar lagi selama 15 minit untuk mendapatkan kegaringan yang di sukai.
.
Tunggu sejuk sikit baru cantik di potong.
Hidangkan dengan salad (chopped coriander, salad, tomatoes and cucumber).

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI