Isnin, 15 November 2010

NASI MINYAK MENAWAN




Assalammualaikum wbkt
.
Salam Aidil Adha untuk semua pemabaca. Semoga Allah menerima doa kita, memberkati hidup kita dan memperbaiki amalan kita. Kepada Allah tempat kita bertaubat, kepada Allah kita bertawakkal dan kepada Allah kita akan kembali. Mudah-mudahan kita akan menemui tuhan kita dalam sebaik-baik keadaan dan semoga Allah redha dengan kita dan juga amalan yang kita laksanakan. Semoga dengan hari yang mulia ini, kita akan berubah menjadi insan yang lebih baik, di jauhkan dari sifat-sifat mazmumah, dan semoga kita di jauhkan dari godaan syaitan dalam mana kita menempuh ujian hidup ini.
.
Hari ini adalah bersamaan dengan 10 Dzulhijjah, yang mana merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam. Bulan Dzulhijjah ini adalah bulan terakhir dalam Islam, di mana terdapatnya hari arafah yang merupakan hari kemuncak ibadah haji. Hari Arafah adalah hari yang sangat di galakkan untuk berpuasa dan banyak fadhilat-fadhilat dari hadis-hadis sahih yang kuat yang menggalakkan kita berbuat kebaikan dan berpuasa pada hari arafah ini. Dan selepas bulan Dzulhijjah, kita akan bertemu dengan bulan muharam. Bulan muharam ini adalah bulan pertama dalam kalender Islam. Di dalamnya terdapat hari Asyura yang mana hari Asyura ini sangat di galakkan untuk berpuasa dan bersedekah. Syukur, Alhamdulillah....kita sebagai orang Islam di beri banyak peluang bonus mega sale oleh Allah taala untuk beribadat dan memohon keampunan...puasa hari arafah menghapuskan dosa tahun lalu dan dosa tahun yang akan datang...manakala puasa hari asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun yang lalu...selain dari berpuasa pada hari asyura iaitu pada 10 Muharam, umat Islam juga di galakkan untuk berpuasa pada 9 Muharam yang juga di sebut sebagai hari tasu'a. Walaupun ganjaran dari puasa hari asyura ini ini adalah sedikit kurang dari berpuasa hari arafah, namun ianya adalah suatu amalan yang tak sepatutnya kita lepaskan.
.
Mungkin kita yang lemah ini tak mampu nak berpuasa sekerap mungkin, tapi dengan mengambil kesempatan pada hari-hari istimewa begini, kita mengharapkan agar Allah memberi kekuatan kepada kita untuk kita memperbaiki amalan kita dari masa ke semasa ke tahap yang lebih baik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, sangat prihatin kepada kita hambanya yang sangat lemah dalam beribadat. Dia memberi peluang kepada kita untuk menambahkan amalan kita, memberi ruang kepada kita untuk melipatgandakan pahala kita, dan memberikan kita kegembiraan selepasnya. Apakan tidak, selepas kita berpuasa seharian, kita akan merasa gembira tatkala ingin berbuka puasa, kita gembira dengan hari Aidil Adha, kita gembira dengan datangnya Aidil Fitri. Inilah antara sebahagian kecil dari jutaan nikmat yang di berikan oleh Allah taala kepada kita orang Islam.
.
Bagi yang menerima kunjungan tetamu di aidil adha ini, apa kata kita masak nasi minyak yang menawan ini. Alhamdulillah, aisyah dan family gembira dengan nasi minyak yang cun ini...heheheh. ...tapi seperti biasa, Aisyah ada buat sedikit modification. Di bawah ini adalah resepi yang Aisyah dah modified. Aisyah padankan dengan ayam masak merah, dalca daging dan juga acar nanas.
.
Aisyah copy dari blog kak Umi Kuantan dan resepi asalnya adalah dari Kak wan. Terima kasih kepada empunya resepi, dan Aisyah perpanjangkan di sini sebagai perkongsian ilmu dengan pembaca lain. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
.
NASI MINYAK
Sumber: Kak Wan (Citarasawan)
.
Bahan:-
  • 5.5 cawan beras basmati- ukuran cawan rice cooker
  • 2sb. butter + 4 sb. minyak masak
  • 6 cawan air rebusan daging (guna cawan sukat beras untuk ukur air)
  • 2 cawan susu fresh (guna cawan sukat beras untuk ukur susu)
  • 2 kiub pati ayam
  • garam secukupnya
  • sedikit pewarna kuning telur - di bancuh dengan sedikit air
  • Nota: untuk beras basmati, ukuran 1 cawan beras = 1.4 cawan air
.
Bahan Penumis:

  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
.
Bahan dikisar:

  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 cm halia
.
Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau. Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
  2. Masukkan semua bahan dalam rice cooker (kecuali pewarna kuning). Masak hingga nasi masak.
  3. Bila nasi dah masak, buat beberapa lubang pada nasi dan tuang air pewarna kuning telur tadi.
  4. Biarkan sebentar, supaya nasi cukup tanak, dan kemudiannya kirai-kirai nasi dengan garfu.
  5. Garnish dengan bawang goreng, kacang gajus, kismis dan juga daun bawang.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI