Khamis, 30 Disember 2010

MUSHROOM SOUP AND GARLIC BREAD




Assalammualaikum wbkt
.
InsyaAllah hari ini Aisyah nak share resepi mushroom soup and garlic bread...resepi homemade mushroom soup ini Aisyah dapat dari blog seorang chef mat salleh 3 tahun dulu...dan Alhamdulillah Aisyah dah cuba banyak kali dan di sukai oleh ahli keluarga :)
.
Sup-sup seperti ini adalah sangat popular di kalangan masyarakat barat....mereka menggunakan segala jenis sayur untuk membuat soup...contohnya leek soup, carrot and potato soup, peas soup, tomato soup, mushroom soup, couliflower soup dan macam-macam lagi...sayur-sayuran ini di rebus dengan chicken stock hingga lembut, dan di blender halus dan di makan dengan sedikit krim (untuk di curah di atasnya) dan juga di makan dengan aneka jenis roti & sticks sebagai menu starter dalam makanan mereka. Namun, kita masyarakat Malaysia memang tidak begitu arif dengan menu begini...sebab sup kita biasanya di campurkan dengan ayam, daging atau ikan dan di masukkan juga dengan sayur-sayuran (seperti kentang dan carrot). Sangat unik dunia masakan ini, kerana lain negara lain-lain pula jenis supnya.
.
Sebenarnya proses membuat homemade mushroom soup ini agak mudah. Aisyah pernah makan di Tarbush, KL yang menghidangkan mushroom soup sebagai starter...dan rasanya mmg tak tumpah seperti Mushroom soup yang Aisyah buat ini. Memang highly recommended. Sangat sedap hehehe.
.
Mushroom soup ini sesuai sekali di makan dengan garlic bread. Cara nak membuat garlic bread ini juga mudah. Anda boleh gunakan roti baguette (di Malaysia orang panggil roti perancis) yang ready made (ada di jual di pasaraya) ataupun boleh gunakan roti putih biasa. Aisyah lebih gemar gunakan roti putih nipis, yang mana ranggup jika di bakar. Untuk membuat 12 garlic bread (dengan roti putih), tumbukkan 6 biji bawang putih dan mixed dengan 3 sudu butter dan secubit garam. Gaul rata dan sapukan ke atas roti dan bakar dalam oven ikut kegaringan yang anda sukai.
.
Bahan-Bahan
1.5 biji bawang besar ( di cincang)
5 biji bawang putih (di cincang)
400 gram cendawan (Aisyah gunakan chestnut mushroom dan close cap mushroom)
2 cawan susu segar
3/4 liter air
3 sudu marjerin/butter
1 ketul stok ayam maggi
1.5 sudu tepung gandum
.
Cara-cara
- basuh cendawan dan hiris nipis-nipis, toskan.
- Gunakan api sederhana. panaskan butter dalam periuk dan masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis bawang tadi (Tapi kena pastikan ianya TIDAK TERLALU GARING). Jangan sampai bawang jadi brown.
- Bila bawang dah nampak sebati, masukkan mushroom dan tepung gandum dan gaul rata-rata selama 2-3 minit.
- Masukkan air kira-kira 3/4 liter. Masukkan kiub pati ayam dan rebus sebentar hingga air mendidih.
- Bila airnya dah mendidih, matikan api dan biarkan sup sejuk sebentar (sebelum kita nak blender sup itu).
- Blender sup hingga halus, dan masak sekali lagi sup di atas dapur dengan api sederhana. Sentiasa kacau supaya tak berkerak. Masukkan susu segar, dan adjust kepekatan ikut citarasa anda - jika mahu cair lagi, tambahkan lagi air panas dan teruskan merebus & sentiasa kacau hingga sup ada bubble kecil (tak ambil masa lama utk proses ini sebab mushroom dan kuahnya dah pun kita rebus sebelum ianya di blender tadi).
- Masukkan sedikit garam ikut citarasa anda.
.
Nota: Apa-apa jenis mushroom pun sesuai untuk resepi ini. Boleh juga masukkan sedikit serbuk lada hitam jika suka. Sedap di makan panas dengan garlic bread.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan