Khamis, 30 Disember 2010

SABAR SABAR SABAR





Assalammualaikum wbkt,
.
Baru-baru ini, ada beberapa orang rakan terdekat Aisyah yang menghubungi Aisyah untuk berkongsi/berbincang tentang masalah yang di hadapinya. Cerita-cerita mereka adalah pelbagai. Ada yang menghadapi masalah kerana kerap di sindir oleh keluarga mertua, ada yang mertuanya sangat suka membuat kaji selidik ketika berkunjug ke rumahnya, membuat intipan, dan menyebarkan cerita yang di reka-reka. Dia dan keluarganya di lemparkan dengan berbagai tuduhan menyakitkan. Ada yang kematian orang tersayang, ada yang kematian ayah, rakan rapat dan tidak kurang juga yang menghadapi masalah dengan keluarga sendiri. Ada juga yang di laser oleh kawan-kawan dan ada juga yang di cemuh/di keji separuh mati.
.
Aisyah merasa sangat simpati dengan rakan-rakan yang di timpa ujian berat seperti ini, kerana hakikatnya sangat pedih untuk mereka menerima kutukan atau cemuhan orang lain, yang datang bertalu-talu, walaupun hakikatnya mereka tidak bersalah/ tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ada yang di cemburui oleh orang lain (disebabkan rezeki yang lebih yang Allah beri) dan di intip segala gerak geri dan perbuatannya untuk mencari-cari apakah kelemahannya, apakah yang di milikinya dan sekaligus meningkatkan lah lagi perasaan hasat dengki dan kecemburuan dalam diri. Bila kecemburuan itu dah tak terbendung lagi, maka ianya pun di hamburkan dengan kata-kata dan tuduhan palsu yang pedih. Sungguh kasihan, bila melihat orang yang tidak bersalah di tuduh dan di laser secara membuta tuli.
.
Sesuatu yang kita tidak boleh nafikan adalah bahawa kita sebagai manusia tidak akan mampu untuk memuashatikan semua orang. Dengan kata lain, kita tidak akan mampu menjadikan semua orang di sekeliling kita merasa puas hati dengan kita. Kenapa? Kerana tidak semua manusia itu sama. Ada rakan kita yang kita sangat rapat, dan ada kimia dengan kita, dan ada juga rakan kita yang kita kurang kimia dengannya. Begitu juga dengan hubungan kita dengan ahli keluarga. Maka, bagaimanakah kita harus bertindak dalam keadaan seperti ini?
.
Dengan orang yang kita ada kimia, mungkin kita tidak menghadapi masalah komunikasi kerana memang "satu kepala" dalam semua hal, tetapi dengan orang yang kita kurang kimia ini, hendaklah kita sentiasa bermanis muka dan ucapkanlah kata-kata yang baik. Janganlah sekali-kali kita berlaku zalim kepadanya (jika kita ada kuasa) kerana itu adalah salah satu perkara yang sangat tidak di sukai oleh Allah. Seperti dalam ayat al-Quran - dan janganlah kebencian kepada sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk berlaku zalim kepadanya, dan berlaku adillah, kerana adil itu dekat dengan takwa.
.
Maka, handakah kita berusaha sebaik mungkin dalam pergaulan kita terhadap mereka. Bantu lah mereka jika mereka di timpa musibah atau masalah dan kita berharap agar Allah memberikan pahala yang melimpah ruah dan rahmat yang tidak putus-putus atas kebaikan yang kita buat kepada mereka. Kita berdoa agar Allah memberikan balasan yang terbaik untuk kita, dan memberi kita kekuatan untuk berhadapan dengan orang-orang yang seperti ini.
.
Jadi dengan orang yang kita close, kita bercampur gaul dengan baik dan ucap kata-kata yang baik, dan dengan orang-orang yang kita kurang close, tunjukkan wajah yang baik dan ucapkanlah kata-kata yang baik. Jika mungkin kita sudah tiada modal lagi nak bercakap, lebih baik lah kita diam - kerana diam itu hakikatnya lebih baik dari berkata tentang perkara-perkara yang tidak baik.
.
Tiada lain lagi yang Aisyah boleh pesan kepada rakan-rakan yang menghadapi masalah ini, agar mereka bersabar. Jika diherdik, bersabar. Jika di tuduh, bersabar. Jika kita di anggap bersalah (walau hakikatnya kita tidak bersalah), Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, maka kita bersabarlah. Mungkin kata-kata nista itu lahir dari kecemburuan mereka, dan bersyukurlah dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita dan berdoalah agar kita di berikan tempat yang sebaik-baiknya di dalam syurga. Allah Taala telah memilih mereka untuk melalui ujian ini dan mereka perlu redha dan syukur dengan peluang yang Allah telah berikan. Tidak semua orang hakikatnya menghadapi masalah seperti ini dan hakikatnya ini adalah peluang yang sangat besar baginya untuk mendapat syuga Allah.
.
Di dalam Al_Qur'an, ada di nyatakan dengan sangat jelas, bahawa pahala orang yang sabar ini di hitung tanpa batas (Az-Zumar, ayat 10). Besarnya pahala bagi orang yang sabar ini, hanya Allah yang tahu. Bayangkan jika pahala kita adalah "TANPA BATAS", seperti yang di sebut dalam ayat Allah tadi. Cuba bayangkan, di mana pada hari pembalasan nanti, kitab-kitab amalan kita akan di pulangkan kepada kita. Ada yang di pulangkan dari sebelah kanan kanan, adayang dari sebelah kiri (nauzubillah) dan dari sebelah belakang (nauzubillah). Dan sekiranya kita menerima buku catatan amalan itu kita terima dari sebelah kanan, dan tercatat tentang amalan baik dan buruk kita, dan di catat juga bahawa PAHALA kita adalah tanpa batas, maka tentulah SYURGA tempat tinggal kita yang kekal kelak. Perkiraan ini sangat mudah, jika kita buat doa yang jumlahnya 100, dan pahala kita adalah infiniti (pahala yang tanpa batas), maka tentulah pahala kita lebih berat dari dosa, dan perkara ini melayakkan kita untuk dapat masuk syurga.
.
Memang seronok kan? Bayangkan, jika itulah ganjaran yang Allah beri, tentu kita "langsung tak heran" pun dengan kata-kata manusia di dunia ini. Tiada apa yang mencacatkan kita dan keluarga kita. Semuanya baik-baik belaka. Dan bila ada orang yang mencari-cari kelemahan kita, hakikatnya kelemahan diri nya lah yang makin terserlah, dan kebodohan mereka lah yang makin ternampak. Dan bagi orang-orang yang sabar, Allah lah yang menjadi pelindung dan sebaik-baik pemelihara, dan di sisi Allah lah tempat sebaik-baiknya kita akan kembali.
.
Semua orang di sekeliling kita, hakikatnya adalah ujian kepada kita. Allah menurunkan kita orang yang baik, jiran yang baik, rakan-rakan yang baik, ahli keluarga yang baik - dengan sebagai peluang kita untuk dapat pahala dari Nya. Bila kita berlaku baik dengan rakan-rakan kita yang baik, berbagai peluang dalam bentuk pahala boleh kita perolehi. Kita mempunyai ruang untuk mendapat pahala sedekah, untuk mendapat pahala tolong-menolong, untuk dapat pahala silaturrahim, dan macam-macam lagi.
.
Dan bila Allah memberikan kita orang yang kurang baik di sekeliling kita, atau orang-orang yang sentiasa cari pasal dan bermasalah dengan kita - maka itu juga adalah satu sumber rahmat yang Allah hendak berikan kepada kita. Iaitu, Allah hendak beri kita ruang atau peluang untuk mendapat pahala "SABAR" yang mana pahala ini adalah sangat "MAHAL" dan ganjaranya, tidak lain adalah "SYURGA".
.
Sekiranya kita bercampur gaul dengan rakan-rakan kita yang baik sahaja, maka tentulah kawan-kawan kita sentiasa cakap perkara yang baik (manis mulut, tidak menyakitkan hati) dan tentulah kita tidak dapat pahala sabar (kerana tiada ruang utk dapat pahala sabar tadi kerana semua orang baik dengan kita).
.
Tetapi, pahala sabar itu datang bila kita bercampur dengan orang yang negatif terhadap kita. Itu juga sebenarnya satu rahmat yang besar, dalam bentuk ujian kepada kita, untuk melihat antara kita semua, SIAPAKAH YANG PALING BAIK AMALNYA.
.
Dan kita kena sentiasa berusaha, agar kita tidak gagal dalam ujian ini. Kita perlu berusaha keras agar kita tidak gagal. Kita juga kena pastikan bahawa kita tidak gagal. Kerana jika kita gagal dalam ujian ini, kita terlepas peluang untuk mendapat ganjaran yang besar dari ALLAH iaitu SYURGA.
.
Dunia ini memang tempat ujian. Di sini semua perkara adalah penjara bagi orang-orang mukmin. Tiada apa yang seronok di dunia ini. Di penuhi dengan ujian-ujian untuk kita mengumpulkan amalan dan kita akan menemui tuhan kita selepas dari alam ini. Di syurga, semuanya adalah orang-orang yang baik. Di syurga, semuanya mengucapkan kata-kata "salam, salam" yang bermaksut, selamat sejahtera dan di syurga ini tiada orang yang mulut laser, tiada orang yang akan menyakiti hati kita dan tiada juga orang yang mengintip-ngintip dan mencari-cari kesalahan kita. Kita bebas berbuat apa sahaja yang kita suka, dan kita bebas dari orang-orang yang jahat. Di sana, kehidupan yang di janjikan Allah itu adalah kekal abadi untuk selama-lamanya.
.
Tiada apa yang perlu di takutkan oleh orang yang beriman dan beramal soleh. Allah sentiasa berada di sisi mereka dan "defend" mereka setiap masa. Apabila Allah menjadi penolong mereka, tiada apa yang mereka khuatirkan lagi, tiada apa yang mereka takutkan lagi. Persetankan dengan orang-orang yang "terlebih banyak pahala" dan tidak takut untuk jadi orang yang bankrup di akhirat, kerana orang yang banyak mengumpat itu akan manjadi orang yang rugi dan bankrup, kerana pahalanya berpindah ke akaun orang yang di umpat. Bergembiralah orang yang di umpat dan di keji tadi di sebabkan pahala free yang di transfer dari akaun si pengumpat. Sibukkan lah diri kita dengan amal-soleh yang di janjikan syurga, bukannya dengan amalan yang dekat dengan neraka.
.
Kepada mereka yang sedang di uji, berdoalah agar Allah memberi kekuatan kepada kita, untuk kita tetap menjadi orang yang sabar, walau diri dan keluarga kita di hina, walau apa juga ujian yang datang melanda. Berdoalah agar semakin banyak kita di keji mereka, semakin banyak jugalah pahala di berikan kepada kita atas kesabaran kita, dan semoga Allah menjadikan perkara itu berlalu begitu sahaja dan menjauhkan kita dari menjadi seorang pendendam. Semoga Allah meneguhkan hati-hati kita, sewaktu di timpa ujian, dan menjadikan kita lali dengan ujian tersebut, dan menjadikan kita pemenang di dalam ujian ini. Sekiranya Allah menolong kamu, tiada siapapun yang dapat mengalahkan kamu. InsyaAllah, Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan