Jumaat, 17 Disember 2010

SERIKAYA




Assalammualaikum wbkt,

InsyaAllah hari ini Aisyah nak share resepi serikaya...pernah tak buat homemade serikaya? Actually masa Aisyah form 5 kan, ada kawan Aisyah bawa seri kaya nie balik ke hostel...sedap sangat tau...tapikan, pada waktu tu Aisyah tak dapat nak menuntut kat dia macammana lah resepi nak buat kaya yang sedap, sbbnya dia lupa resepinya macammana...yang dia tau mak dia letak santan ngan telur....hehehhe..jadi terpaksa lah Aisyah batalkan hasrat murni nak cuba buat kaya tu sbb resepinya telalu kabur!

Tapikan, kaya yang homemade nie lain rasanya dari yang beli di kedai...sebabnya tentulah kita tak pakai bahan pengawet, jadi baunya harum dan rasanya sangat original...takde lah macam terasa bahan pengawet ke, atau rasa yang macam pelik ke....sangat sesuai bila di makan dengan butter jenama lurpak yang sangat sedap dan lemak...kaya nie sesuai di makan dengan roti bakar, kalau dapat yang bakar atas arang tu lagi power...

ok, resepi asalnya Aisyah ambil dari myresepi, yang di sumbangkan oleh Haziq (http://www.myresipi.com/top/detail/805) dan telah di cuba oleh ramai orang dan masing-masing berpuas hati dengan rasanya yang sedap...Aisyah ada buat sedikit modification dengan mengurangkan jumlah gula yang di gunakan...Aisyah copy and paste resepinya di sini untuk perkongsian ilmu membuat kaya dengan kawan-kawan yang lain ;)

Bahan-Bahan

2 cawan gula pasir (Aisyah cuma gunakan 1.3 cawan gula sahaja sebab pada Aisyah 2 cawan gula tu terlalu manis)
1/2 cawan air
2 ringgit santan pekat (500gm santan pekat) - yang pati santan tau
5 biji kuning telur
2 sudu makan tepung kastard ( di bancuh dengan sedikit air)
1 helai daun pandan


Cara-cara

- Masukkan gula dalam periuk dan panaskan atas api hingga gula cair dan menjadi karamel.
- Bila 3/4 gula dah cair dan menjadi karamel (warna kuning keemasan), masukkan air (hati-hati sikit masa masukkan air tu, takut terkena muka)
- gaul rata-rata gula dengan air tu....anda akan dapati gula tu ada sebahagian gula yang berketul...tapi jangan bimbang, biar je...nanti dia cair juga bila dah di campur dgn santan
- masukkan santan dan kacau rata-rata hingga gula tu sebati dengan santan
- padamkan api dan sejukkan hingga betul-betul sejuk
- kemudian, letak atas api semula dan masukkan kuning telur, tepung kastard, dan daun pandan
- kacau atas api sederhana hingga mendidih. Bila kaya ini sejuk ia akan jadi pekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan