Jumaat, 17 Disember 2010

BEBOLA ROTI GORENG



Assalammualaikum wbkt.

Hari ini Aisyah nak share resepi bebola roti goreng...Aisyah ternampak resepi ini kat blog kak hana (http://hanamemories.blogspot.com/2010/08/roti-bebola-daging.html) dah lama dulu, dan tiba-tiba teringat pula kat dapur ada roti yang dah nak expired....jadi daripada tak termakan, Aisyah pun transform jadi bebola roti goreng ini...Alhamdulillah, takdelah jadi terbuang roti tu....tu lah kan, kadang kala bab masak-memasak nie kena gunakan kreativiti sikit, jadi makanan kita tidak mambazir...contohnya kalau ada biskut balance2 yang anak kita tak termakan tu, kita boleh simpan dan gunakan untuk pekatkan kuah mee bandung....takpun kalau ada lebihan nasi, boleh masukkan dalam cekodok/ jemput-jemput untuk breakfast, jadi nasi tu tidak lah kita buang begitu saja...

Bagi sesiapa yang nak mencuba, bebola roti ini sangat sedap tau...rasanya macam makan chicken ball...betul, tak tipu punya....dan ianya tak serap minyak....Aisyah pun rasa terkejut juga mula-mula tu macam tak percaya je rasanya sedap begini...anyway, terima kasih banyak lah kepada empunya resepi Lizahanum atas perkongsian resepi ini...Aisyah perpanjangkan di sini sebagai rujukan kita semua ok


Bahan-Bahan
  • 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil (saiz 1/2 ibu jari)
  • 2 biji telur (saiz besar)
  • 3 batang cili merah ~ dihiris
  • 1 biji bawang besar ~ didadu halus2
  • sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  • Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
  • Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata.
  • Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  • Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
  • Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan