Ahad, 19 Disember 2010

SURAH AL-KAHF (PART 1)


Assalammualaikum wbkt,


Hari ini Aisyah nak share tentang satu surah dalam Al-Qur'an yang merupakan antara salah satu surah yang sangat di anjurkan untuk kita membacanya, terutama pada hari Jumaat yang mulia, iaitu Surah Al-Kahf (Gua). Ada beberapa hadis yang menyatakan tentang kemuliaan surah ini, antaranya adalah seperti yang tercatat dalam Sahih Bukahri:

.
"Seorang lelaki sedang membaca surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan 2 tali, maka awan pun datang menyelubunginya, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala di pagi hari beliau mendatangi Nabi dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi: Itu adalah ketenangan yang turun di sebabkan bacaan Al-Qur'an."
.
Di samping itu, surah ini juga sangat di anjurkan untuk kita menghafalnya bagi menjauhi fitnah Dajjal. Fitnah yang di bawa oleh Dajjal ini sangat lah berat dan ramai yang akan menjadi sesat kerananya, dan kita sangat di galakkan untuk memperbanyakkan doa bagi menjauhi dari fitnah Dajjal yang terkutuk ini. Seperti mana yang tercatat dalam Sahih Muslim:
.
"Sesiapa yang menghafal 10 ayat awal surah al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal, dan dalam riwayat yang lain, siapa yang menghafal 10 ayat terakhir daripadanya".
.
Di dalam hadis-hadis lain juga, ada di sebutkan di mana, sesiapa yang membacanya pada hari Jumaat, maka Allah akan berikannya cahaya/ keampunan sehinggalah Jumaat yang akan datang. Begitu istimewa sekali surah ini dan ianya sangat penting untuk bekalan kita menempuh kehidupan kita di akhir zaman ini.
.
Mari kita menelusuri beberapa ayat dari surah ini, semoga kita mendapat rahmat daripadanya:
.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
.
(1) Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan hambaNya Al-Kitab (Al-Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya;
.
Di dalam Tafsir Al-Qur'an, perkataan "tidak mengadakan kebengkokan" itu bermaksud bahawa Al-Qur'an ini bersifat sangat konsisten, tidak bercanggah faktanya antara satu sama lain, tidak menyimpang dari kebenaran, dan tidak berbelit-belit.
.
Cuba kita fikirkan, ada ke mana-mana buku yang kita baca dalam dunia ini yang penulisnya berani menyatakan - "Buku ini tidak ada sebarang kecatatan, atau buku yang saya tulis nie mmg sempurna sebab segala faktanya adalah betul, konsisten dan tak berbelit-belit". Tentu kita tak pernah jumpa buku yang sedemikian berani untuk announce bahawa buku yang di tulisnya adalah sempurna.
.
Malahan, boleh di katakan semua buku/kajian ada membuat satu section khas yang menghuraikan tentang "kekurangan/ limitations" yang ada pada buku tersebut. Kenapa kita buat sedemikian? Sebab sebagai seorang penulis kita tahu bahawa isi kandungan buku kita tidak perfect, ada kekurangan, ada "bias" dan "noise" di sana-sini, tapi Al-Qur'an ini sangat berani untuk defend dirinya sendiri dengan membuat declaration bahawa - "buku ini perfect dan tiada kesalahan".
.
Siapalah manusia yang berani buat declaration sebegitu? Sebab Al-Qur'an ini adalah dari Allah, yang mana Allah itu sifatnya perfect, maka Al-Qur'an ini juga perfect - dan mmg lah Allah sahaja lah yang boleh declare bahawa kalam-Nya adalah perfect. Kita sebagai manusia, walau sehebat mana sekali buku yang kita tulis, kita sendiri pun sepatutnya rasa malu nak declare yang buku kita adalah perfect, sbb kita sendiri tahu mana bahagian yang tak perfect, betul tak? hehehe Tapi sungguh hebat keajaiban yang Allah berikan kepada kita, betapa Allah sayang kepada kita dan di berikannya Al-Qur'an sebagai berita gembira untuk kita;
.
(2) sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,
.
Jadi Al-Qur'an yang Mulia ini, ianya adalah bertindak sebagai pembimbing kita, atau juru pandu kita untuk melalui jalan yang lurus, ataupun untuk kita sentiasa berada di jalan yang benar, dan supaya kita dapat menjauhkan diri dari siksaan Allah yang sangat pedih. Dan Al-Qur'an ini juga merupakan berita gembira bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik dari Tuhannya.
.
Banyak ayat-ayat dalam Al-Qur'an yang menggabungkan dua sifat penting ini, iaitu (orang-orang yang beriman dan beramal saleh), seperti mana yang terdapat dalam ayat ini dan juga ayat-ayat yang lain. Ayat ini memberi gambaran kepada kita bahawa "beriman dan beramal saleh" ini mestilah seiringan dan tidak boleh dipisahkan. Sekiranya kita beriman dengan Allah dan ayat-ayatnya, ianya mestilah di terjemahkan dengan amal saleh. Ianya tidak boleh menjadi sesuatu yang "substitute", tapi bersifat "complement". Kalau kita beramal saleh tapi tidak beriman pun tidak di terima Allah (contohnya ramai orang kafir yang berbuat baik, tapi pada masa yang sama menyekutukan Allah- maka dia tak termasuk di dalam golongan ini).
.
Allah beritahu kita, bahawa Al-Qur'an ini adalah bertindak sebagai pembawa berita gembira untuk hambanya yang beriman + beramal saleh. Jadi, turunnya Al-Qur'an ini bukan tujuannya untuk menyusahkan atau membebankan kita, tapi Allah yang maha pengasih dan penyayang, menurunkan Al-Qur'an ini sebagai satu bentuk kegembiraan untuk kita. Jika kita susah hati, jika kita risau, jika kita resah, Al-Qur'an ini lah ubatnya. Dan Allah menjanjikan bagi mereka yang beriman + beramal saleh itu suatu pembalasan yang baik,
.
(3) mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya
.
Masya Allah...ganjaran dan balasan baik yang Allah anugerahkan kepada mereka yang beriman + beramal saleh ini adalah syurga yang kekal selama-lamanya. Cuba kita bayangkan, bagaimanakah agaknya hidup yang kekal abadi selama-lamanya? tak terbayang kan? Jadi segala penat lelah kita di dunia ini semuanya sementara sahaja. Setiap tahun kita sambut hari jadi kita, sebenarnya makin dekat kita dengan kematian kita (iaitu permulaan kepada hidup yang kekal abadi).
.
Katalah umur Aisyah adalah 31 tahun, dan katalah Allah takdirkan Aisyah meninggal dunia pada usia 51 tahun, jadi tinggal 20 tahun je lagi Aisyah hidup di muka bumi Allah ini. Ish, takut pulak dengar. Itu pun kalau lah memang di takdirkan mati pada umur 51, tapi bagaimana kalau mati pada usia 40 tahun, jadi tinggal 9 tahun je lagi Aisyah hidup. Ish lagi seriau.
.
Cuba kita bayangkan, kata lah kita memang mati pada umur 40 tahun, jadi kita kena terima hakikat lagi 9 tahun je lagi kita akan tinggal di muka bumi Allah ini, ya Allah takutnya!.
.
Itu pun kalau lah memang mati pada usia 40 tahun, sebab zaman sekarang nie ramai juga orang yang mati pada usia muda. Macammana lah kalau pada usia 35 tahun, tak pun 34 tahun, takpun tahun depan, tak pun besok?
.
Manalah kita tahu kan bila kita akan mati, semuanya yang ghaib ini berada di dalam gengaman Allah. Bila kita dah mati, perkara yang kita risaukan dalam dunia nie kita takkan fikirkan lagi. Ianya adalah satu bentuk kerehatan yang kekal abadi. Bagi yang tak habis belajar tapi dah mati, dia pun takkan fikir lagi tentang paper dah siap ke belum, assignment dah siap ke belum, exam dah get ready atau tidak - padahal sebelum ini perkara-perkara itu begitu penting sekali dalam hidup seseorang, tapi bila dah mati nanti semua benda yang "macam penting" tiba-tiba menjadi perkara yang "langsung tak penting". Ish dahsyatkan?
.
Aisyah pun dah takut nie. InsyaAllah di lain waktu nanti Aisyah sambung lagi ya. Minta maaf banyak-banyak ye kepada para pembaca jika Aisyah ada buat silap/salah, jika tergurau atau terkasar bahasa, harap jangan kecil hati. Semoga Allah mengampuni dosa kita, merahmati kita dan membantu kita dalam setiap urusan kita di dunia dan akhirat. Semoga Allah mati kan kita dalam keadaan yang terbaik. Lain kali kita sambung lagi cerita dari Surah Al-Kahfi ini, InsyaAllah.
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan