Isnin, 2 November 2009

RICH CHOCOLATE PUDDING






Resepi Rich Chocolate Pudding ini mmg Aisyah dah cuba beberapa kali dan memang sedap sangat. Rasanya sungguh chocolaty..dan tak dapat nak describe bagaimana kesedapannya. Hihihihi.. Cubalah, insyaAllah budak kecik dan budak besar pun pasti suka. Resepinya pun mudah dan cepat disediakan.
.
Resepi asal dari junjs11@ Myresepi. Thanks sister for sharing with us this perfect pudding recipe.
.
Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4.25 cawan air
4 sudu besar tepung jagung (tapis dulu)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket agar-agar serbuk (anggaran 10-11 gm)
Cara-cara
- Gaulkan semua bahan hingga sebati (kecuali butter). Ini adalah untuk memastikan tepung jagung tak berketul.
- Masak atas api hingga mendidih. Sentiasa kacau supaya tak berkerak.
- Akhir sekali masukkan butter
- Angkat dan masukkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk di dalam fridge.
.
Nota: Ini ada tips bagaimana nak keluarkan puding dari mould/ loyang dengan mudah. Basahkan loyang/ mould dengan air paip sebelum kita tuangkan puding. InsyaAllah, mudah nanti bila nak keluarkan dari loyang dan puding dapat di bentuk dengan cantik.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI