Memaparkan catatan dengan label BUBUR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUBUR. Papar semua catatan

Ahad, 23 Ogos 2009

CENDOL PULUT







Resepi cendol yang Aisyah petik dari sumber dari sitimariam@myreseoi.com

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur (Aisyah tak letak air kapur sebab tiada dalam simpanan)
sedikit pewarna hijau (option)
.
Cara-cara
-masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
-kacau selalu supaya tidak hangit.
-sediakan bekas yang berisi air sejuk
-masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
-kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
-simpan sekali dengan airnya di dalam peti sejuk.
.
Nota: pada Aisyah elok cendol itu disimpan semalaman agar ianya lebih kental dan sesuai dimakan keesokan harinya. Jika terus di makan ianya agak rapuh.
.
Hidangkan dengan pulut, kacang merah yang telah direbus dan juga jagung manis yang telah direbus.
.
Untuk pulut, masak 1 cawan pulut dengan 1 cawan air di dalam rice cooker hingga masak. Rebus kacang merah hingga empuk (ambil masa agak lama). Boleh juga beli kacang merah yang ready made (ada di jual di pasaraya).
.
Untuk kuah cendol, aisyah gunakan susu segar yang dicampurkan dengan sedikit air. Boleh juga gunakan santan yang disampurkan dengan air bagi sesiapa yang minat menggunakan santan. Untuk air gula merah pula, masakkan 2 sudu gula merah dengan 4 sudu gula pasir dengan 1 cawan air hingga sebati. Sejukkan ia sebelum digunakan.
.
Satukan semua bahan dan hidangkan sejuk.

PULUT SERAWA DURIAN




Sesuai juga di jadikan pencuci mulut di bulan puasa ini.
.
Untuk Pulut
- masak 2 cawan pulut dengan 2 cawan santan cair, beserta secubit garam di dalam rice cooker hingga masak. Sejukkan ia.
.
Untuk Kuah Serawa Durian (sumber dari : Almari Resepi)
- 4 ulas isi durian
-2 sudu gula merah
-2 sudu gula putih
-1 cawan santan pekat (Aisyah tukar dengan susu cair)
-2 cawan air
.
Cara-cara
- Rebus durian tu dgn 2 cawan air hingga durian menjadi kembang. Kemudian masukkan santan pekat, gula merah & gula putih. Kacau sehingga sebati dan pekat.
.
Nota: Biasanya serawa durian Aisyah warnanya agak kecoklatan. Tapi, hubby request agar diletakkan daun pandan kerana dia gemar dengan bau daun pandan. Jadi Aisyah blend daun pandan dengan sedikit air dan masukkan ke dalam kuah serawa durian dan titiskan dengan sedikit pewarna hijau, dan warnanya menjadi agak kehijauan.

Isnin, 10 Ogos 2009

PENGAT KELEDEK


When I was child, I dont like to eat certain traditional malay kuih. I felt that Pengat, Kuih Apam, Lepat Pisang/ubi, kuih koci were sort of old taste and foods for old people and I tried to avoid it if my mum force me to eat. I prefer popiah, epok-epok and pulut cawan as compared to pengat- which I think it was much too sweet and full of fat-since coconut milk is one of the main ingredients. But my tastebuds changed according to my age. Although I can consider myself as "not very old", I found that this is one of my favourite desserts now, and I substitute the coconut milk with the evaporated milk/ fresh milk as to reduce the calories. Now, I can say that I enjoy both traditional and modern treats and I feel very grateful because it seems that my daughter is not being very fussy on every food that I cooked.
Bahan-Bahan
4 keledek saiz sederhana (Aisyah prefer guna keledek orange).
4 sudu gula merah
4 sudu gula putih
air secukupnya
1 sudu kecil garam
4-5 sudu sagu
Susu cair 1 tin (400ml)- atau gantikan dengan santan bagi yang suka guna santan
Cara-cara
- rebus keledek dengan air hingga 80% lembut. Masukkan gula merah, gula putih, garam dan sagu. Masak sebentar hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan santan dan biarkan ia sebati - lebih kurang 10 minit- masak dengan api agak kecil.
- sesuai dimakan sejuk/ panas.

Khamis, 11 Jun 2009

Sabtu, 17 Januari 2009

BUBUR KACANG HIJAU


Sesuai di buat untuk minum petang. Especially di waktu hujung minggu. Sedap di makan dengan roti putih. Sorry gambar tak berapa clear sbb Aisyah snap gambar tengah berasap-asap lagi bubur tu hehehehe.

Bahan-bahan
250 gram kacang hijau
3 cawan susu segar/ 1-1.5 cawan santan pekat
2 sudu makan gula merah
4 sudu makan gula pasir
3 sudu makan biji sagu
Daun pandan di ikat
Air secukupnya

Cara-cara

1. Rebus kacang hijau hingga betul-betul kembang. Memang ambil masa sikit waktu merebus ni. Sabar, sabar.
2. Masukkan gula merah, daun pandan dan sagu. Rebus hingga sagu agak kembang
3. Akhir sekali masukkan susu segar dan perasakan manisnya.

KOLEKSI RESEPI