Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan

Ahad, 14 November 2010

LASAGNE





Assalammualaikum wbkt,
.
InsyaAllah hari nie Aisyah nak share resepi Lasagne. Lasagne nie tak berapa sesuai makan selalu sebab cheesy sangat tau, namun sekali-sekala tukar selera best juga. Cara memasaknya juga tidak lah sukar, cuma mungkin di Malaysia cuma kedai tertentu je mungkin ada jual Lasagne sheet. Kalau ada sesiapa yang teringin, dan tak jumpa dengan lasagne sheet ini boleh je tukarkan lasagne sheet tu dengan macheroni (rebus dahulu macheroni ini) dan buat layer sperti buat lasagne.
.
Hari ini 8 DzulHijjah tau, dan insyaAllah esok adalah 9 DzulHijjah. Lusa pula umat Islam akan menyambut hari raya Aidil-Adha. Hari 9 Dzul-Hijjah ini sangat di galakkan untuk beribadah, berpuasa dan banyakkan berdoa, semoga Allah ampunkan segala dosa kita dan diberikan tempat yang baik di dunia dan akhirat. Petang tadi bincang-bincang dengan kawan-kawan dalam slot tafsir Qur'an, takut pula bila cerita pasal alam kubur dan saat kematian. Tu lah kan, kita nie mana lah tau bila kita akan mati. Sedangkan bila kita kat dalam bilik yang gelap pun rasa takut, apatah lagi di dalam kubur yang kecil dan gelap dan duduk sorang-sorang tu. Kubur itu adalah salah satu dari taman-taman syurga dan salah satu dari liang-liang neraka. Dahsyat kan?
.
Kemudian masuk lah pula cerita pasal saat kematian yang mana malaikat itu menjalankan tugasnya mencabut nyawa dengan keadaan manusia yang pelbagai. Ada yang di cabut nyawa hamba Allah dengan lembut dan juga ada yang di rentap dengan sangat keras. Ada tu rakan Aisyah yang beritahu - bahawa ada hamba Allah yang meninggal dunia waktu sedang bersujud di dalam solat. Masya Allah, mudah sungguh kematian dia kan? Mudah-mudahan Allah matikan kita dalam keaddan yang baik dan masukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang soleh.
.
Marilah kita sama-sama berdoa, di hari mulia 9 Dzul Hijjah ini, semoga Allah memberi kemudahan kepada urusan hidup kita di dunia, di alam kubur dan juga di akhirat. Kadan-kadang kita asyik sibuk sahaja doa tentang urusan dunia kita, dan kurang berdoa tentang urusan akhirat kita, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal abadi. Doakan lah juga sema umat Islam yang lain, semoga Allah memberi kekuatan kepada orang Islam untuk menegakkan kalimah Allah dan supaya kalimah Allah menjadi tinggi. Sesungguhnya apabila seorang hamba Allah berdoa untuk saudaranya, maka malaikat akan mengaminkan doanya dan berdoa untuk kebaikkannya juga.
.
Ok kita tengok resepinya ok.
.
Bahan-Bahan Sos Merah
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
500 gm daging kisar
1 botol sos spegheti (ada banyak di jual, jenama prego pun boleh, takpun buat je sendiri seperti kita buat sos spegheti tu)
3 biji cendawan butang (optional)
sedikit dried herbs (mixed oregano with rosemary, thyme etc)
1/2 cawan air
sedikit minyak zaitun
sedikit serbuk lada hitam
.
Cara-cara
- panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih
- masukkan daging dan masak hingga air daging agak kering
- masukkan semua bahan lain, dan didihkan ia.
- perasakan garamnya, ketepikan
.
Bahan-Bahan sos putih (sos bechamel)
50 gm butter
50 gm tepung gandum
500 ml susu segar
4 sudu makan parmesan cheese (lagi best kalau guna matured parmesan cheese)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
.
Cara-cara
- masuk semua bahan dalam periuk dan masak atas api kecil hingga semuanya sebati dan likat. ketepikan

.
Bahan-Bahan lain
15 keping lasagne sheet (Aisyah guna jenis yang tak perlu pre-cook)
1 biji mozarella ball - mozarella cheese yang ball shape tu
grated parmesan cheese secukupnya- lagi banyak lagi best!
.
Cara-cara
- panaskan oven pada suhu 200 darjah
- alirkan lasagne sheet dengan air dan susun dalam baking tray (5 sheet untuk satu lapisan)
- ratakan 1/3 dari sos merah dan 1/3 dari sos putih
- ulang proses yang sama hingga habis (semuanya akan ada 3 lapisan lasagne sheet)
- Di lapisan paling atas sekali taburkan dengan mozarella ball yang di hiris dan juga grated parmesan cheese. Sprinkle dengan dried herbs.
- tutup baking tray dengan aluminium foil dan bakar selama 45 minit.
- buka aluminium foil dan teruskan membakar lagi selama 15 minit untuk mendapatkan kegaringan yang di sukai.
.
Tunggu sejuk sikit baru cantik di potong.
Hidangkan dengan salad (chopped coriander, salad, tomatoes and cucumber).

Isnin, 1 November 2010

HOT PLATE NOODLE




Assalammualaikum wbkt,
.
Hari ini Aisyah nak share resepi hot plate noodle. Makanan nie sangat digemari oleh adik beradik Aisyah, tapi kena jaga-jaga tau...kebanyakkan hot plate noodle ini di masak oleh orang bukan Islam, kerana ianya adalah jenis masakan cina. Jadi bagi sesiapa yang rasanya nak cuba sendiri sebenarnya tidak lah susah memasaknya. Cuma kita perlu ada hot plate (seperti mana yang Aisyah gunakan dalam gambar tu).
.
Sebenarnya hot plate ini ada di jual. Fungsi hot plate ini adalah untuk mamastikan makanan tetap panas berasap-asap walaupun makanan dah terhidang di meja makan. Sebenarnya kalau makanan ini di hidang atas pinggan biasa pun boleh sahaja. Tapi kalau nak rasa keistimewaannya dengan asap-asap tuh dan kepanasan yang mantap, serta aromanya yang di letakkan sedikit minyak bijan mmg memancing selera. Lagipun makanan ini tak pedas dan kanak-kanak pun suka.
.
Beberapa minggu lepas, hubby Aisyah ada beli 3 hot plate nie. Tu yang rasa seronok sangat nak mencuba. Kebetulan waktu jalan-jalan di Tesco ada cendawan shitake segar yang di jual dengan harga murah. Jadi Aisyah pun apa lagi, rembat lah satu pek. Hot plate noodle nie akan jadi lagi asli jika guna cendawan shitake. Mmg la cendawan apa-apa pun boleh je digunakan (jangan cendawan beracun sudah la!), tapi kurang la sikit originalnya. Biasanya orang cina menggunakan daging itik dalam resepi ini. Ish mana nak cari daging itik kat tempat sejuk-sejuk macam nie? Takpe, ada daging ayam pun boleh juga hehehhe.
.
Resepi asalnya adalah dari Myresepi oleh Lilydvalley tapi Aisyah ada ubah sikit-sikit, saja ikut citarasa sendiri. Bagi yang tidak jumpa cendawan shitake yang segar, boleh juga gunakan cendawan shitake yang dried, cuma baunya agak kuat, jadi kena rendam dengan air panas lama sikit ye..
.
Bahan-Bahan (utk 3 orang makan)
Mee secukupnya (bab mee nie Aisyah rasa ikut lah apa yang nak digunakan. Biasanya orang cina gunakan Yee Mee, tapi sebab Aisyah ragu-ragu dengan status halalnya, jadi Aisyah guna je mee kering (ala-ala maggi tu), tapi kalau nak guna spaghetti pun boleh, atau mee kuning ke, ikut suka lah. Kalau guna mee maggi tu, tak perlu direndam dengan air panas.
5 ulas bawang putih (di cincang halus)
5 biji cendawan shitake segar (di potong 2)
daging ayam secukupnya (di potong kecil) - nie ikut suka lah nak letak banyak mana ye!
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis (Aisyah guna jenama ABC)
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia di hiris nipis
sedikit serbuk lada putih
sedikit minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung ( di bancuh dengan sedikit air)
Air secukupnya ( dalam 2-3 cawan air sahaja)
sedikit minyak untuk menumis
1 pokok sayur pak choi

.
Cara-cara membuat kuah hot plate noodle
- tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
- masukkan ayam dan gaulkan sebentar dengan halia & bawang putih tadi
- masukkan air, dan semua bahan-bahan lain (kecuali mee dan pak choi)
- biarkan mendidih dan rasakan ia. Adjust kepekatannya ikut citarasa sendiri.
.
Cara menghidang
- Panaskan hot plate atas api hinga berasap-asap
- pecah-pecah kan mee maggi/ mee kuning/ spageheti yang dah di celur
- letakkan sedikit sayur pakchoi segar yang telah di hiris
- tuangkan kuah hot plate tadi ke atasnya dan terus hidangkan
.
Sedap makan dengan cili jeruk!


Ahad, 1 Ogos 2010

MAC AND CHEESE






Assalammualaikum wbkt,
.
Hari ini Aisyah nak share resepi macheroni and cheese yang mudah dan dapat di siapkan dalam tempoh 1 jam je...teringat dulu (about 3 yrs ago) pernah buat mac and cheese nie, dan jemput kawan office atang rumah dan makan, mereka suka sangat sebab ianya sangat lah cheesy terutama kalau masih panas, so cheese tu masih cair lagi...fuh mmg best!. Anyway, biasanya Aisyah guna daging cincang utk buat mac and cheese nie - yang mana resepi ini lebih kurang je macam kalau kita buat lasagne...tapi kali ini Aisyah saja je tukar dengan tuna dan seafood coctail, so rasanya pun sedap dan takde la rasa heavy sgt...sbb kalau dah la guna daging cincang, pastu letak cheese byk pula... macam agak cepat muak...dan nampaknya kalau guna tuna dan seafood cocotail ini rasanya agak light dan tak muak di makan...mari jom kita tengok resepinya..
.

Bahan-Bahan
350-400 gram macheroni yang belum di rebus (tak kisah la bentuk macammana, spiral ke, bulat ke etc)
1 botol sos spegheti (Aisyah guna brand Tesco - ada macam-macam brand, e.g. prego - pun sedap juga)
1 tin kecil tuna flake
1 mangkuk sederhana seafood coctail (campuran squid, mussel and prawn)
2 sudu makan tomato puree
250 gram mozarella cheese (grated)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
sedikit cili padi (jika suka - sbb kalau pedas sikit rasa macam kaw bila combine dengan macheroni yang cheesy tu- Aisyah tak potong cili tu just biar je sebiji-sebiji macam tu sebab anak Aisyah tak makan sangat)
gula secukupnya
sedikit mushroom (jika suka)
sedikit mixed herbs
.
Cara-cara
- Rebus macheroni dengan air panas dan sesudu minyak hingga lembut. Toskan ia.
- Tumis bawang putih dan merah yang telah di potong dadu dengan sedikit minyak hingga naik bau.
- Masukkan tomato puree, seafood coctail, tuna flake, dan juga sos spegheti. Kacau rata.
- Masak sebentar hingga kuah agak pekat sikit, masukkan gula secukup rasa, lada hitam dan garam.
- Angkat kuah dan gaul dengan macheroni tadi hingga sebati
- Masukkan macheroni ke dalam loyang saiz besar. Taburkan atasnya dengan grated mozarella cheese.
- sprinkle dengan mixed herbs.
- Panaskan oven pada suhu maximum. Cover macheroni dengan aluminium foil dan bakar selama 10 minit.
- Buka foil dan teruskan membakar 10 minit lagi - atau hingga cheese sudah cukup cair dan bertukar warna sedikit (seperti dalam gambar) - tapi hati-hati, jangan sampai hangus tau!
- Hidangkan bersama salad
.
Resepi Salad
- 2 pokok daun ketumbar
- 3 biji tomato
- 1/2 biji timun
- 1/2 biji bawang besar
.
Cara-cara
- potong kecil semua bahan dan gaulkan sebati (tak perlu letak garam ke apa), terus je hidang. Sedap di makan bersama dengan mac and cheese.

Jumaat, 12 Februari 2010

KUETEOW LADNA





Bahan-Bahan (Kira-Kira untuk 4 orang makan)
Kway teow secukupnya - kira-kira 2-3 genggam (di bersihkan)
3 sudu minyak masak
sedikit kicap pekat
.
Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali
- Masukkan kueteow dan kicap. Kacau rata sebentar. Terus angkat dan masukkan dalam pinggan.
.
Bahan-Bahan (untuk Kuah)
2 sudu minyak masak untuk menumis
4 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu makan tepung jagung (di campurkan dengan sedikit air)
2 sudu makan sos tiram
1 mangkuk saiz sederhana rencah yang ada di dalam peti sejuk anda (tak kira la nak guna ayam, daging, udang, kupang dan sebagainya)
1/2 pati ayam maggi
Sayuran secukupnya (e.g. cendawan, sayur sawi, kailan, cauliflower, carrot, brocolli, cili benggala)
3 cawan air (Kalau rasa macam pekat sangat, tambah air lagi sikit. Kalau nampak macak kurang pekat, tambah lagi bancuhan tepung jagung). Adjust kepekatan ikut citarasa anda.
.
Cara-cara
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan ayam/daging/makanan laut.
- Masukkan air, bancuhan tepung jagung, sos tiram dan juga pati ayam. Biarkan mendidih. Masukkan garam secukupnya. Adjust kepekatan kuah ikut citarasa.
-Masukkan sayuran yang keras (seperti carrot) dan biarkan sebentar.
- Akhir sekali masukkan cendawan dan juga sayuran sawi/ kailan. Sebatikan dan terus tutup api. Jangan masak sayur terlalu lama, nanti sayur menjadi layu dan tak rangup.
- Tuangkan kuah di atas kwayteow.
-Taburkan dengan bawang goreng dan cili api (potong halus) jika suka. Boleh juga di makan dengan cili jeruk.
.

Ahad, 27 Disember 2009

MIE AYAM PANGSIT (MEE AYAM WANTAN)












Kali ini Aisyah nak share resepi mee yang popular di Indonesia. Masakan Indonesia/ Jawa memang mempunyai significant relationship dengan Aisyah kerana memang berketurunan Jawa. Syukur juga kerana suami Aisyah yang berketurunan Cina Melayu pun gemar dengan makanan ala-ala jawa seperti nasi ambeng, ayam ungkep dan ayam penyet.
.
Masakan jawa ini ada kelainanya sedikit dengan masakan Melayu. Ianya banyak menggunakan kaedah 'stir-fry' dan mempunyai banyak jenis sambal yang tidak kita jumpa dalam masakan Melayu. Contohnya, sambal ketuk ikan bilis- yang mana ikan bilis goreng di tumbuk bersama dengan bawang dan cili yang telah digoreng, sambal udang kering, dan juga ulaman-ulaman/ kerabu yang di sebut 'urap' di masukkan akar dan daun cekur serta kelapa parut segar dan lain-lain menu sampingan yang banyak berasaskan tempe. Makanan Indonesia ini juga popular di kalangan masyarakat di Singapura dan Malaysia, contohnya Restoran yang menjual nasi ambeng dan nasi ayam penyet di terima ramai di kedua-dua negara kerana citarasa yang sama dengan selera Malaysia.
.
Ok, kita balik semula kepada resepi mee kali ini. Ikut bahasa Indonesia, ejaan mee adalah 'Mie'. Jadi Aisyah kena lah juga gunakan nama asalnya supaya tidak di tuduh plagiarism..hehehehe. Ok, resepi asal adalah dari IndonesiaFoods yang availabe di You Tube. Mudah sekali untuk memasaknya sebab resepi dan cara membuatnya sekali ada di tunjukkan step by step di You Tube ini. Tajuknya adalah Mie Ayam Pangsit. Pangsit ini adalah bahasa Indonesia yang bermaksud 'mee wantan'. Resepi asal memang menggunakan mee wantan, tapi Aisyah gunakan mee kuning sebagai pengganti kerana bimbang dengan status halal mee wantan yang di jual di sini. Apa-apa pun, mee yang popular di tanah Jawa ini memang sangat sedap dan sangat cepat di sediakan. Cubalah, kerana penggunaan minyak bawang putih yang digaul dengan mee sewaktu menghidang memberikan rasa dan aroma berbeza berbanding mee yang pernah kita makan di Malaysia.
.
Mee ini biasanya di hidangkan dengan Bakso (sup bebola daging yang juga popular di Indonesia), tapi sebab Aisyah takde bebola daging, Aisyah serve dengan sup ekor lembu. Anyway, bagi sesiapa yang nak cepat, tak perlu letakkan bebola daging, kerana menu ini pun sudah cukup sedap dengan menyediakan mee, kicap minyak bawang, ayam kicap dan sayuran. Seperti biasa, Aisyah ada buat sikit modification ikut citarasa Aisyah sendiri.
.
Mie Ayam Pangsit
.
Bahan-Bahan untuk Kicap Minyak Bawang (Garlic Oil)
- sedikit minyak sayuran (Aisyah gantikan dengan extra virgin olive oil)
- 5 biji bawang putih (di hancurkan dengan garlic crusher- ataupun tumbuk dengan lesung batu pun boleh)
- 2 sudu besar kicap manis (Aisyah gunakan kicap manis ABC yang popular di Indonesia- boleh di dapati di kedai/ pasaraya. Kicap ini lebih pekat berbanding kicap kipas udang)
- 3 sudu besar air
.
Cara-cara
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga kecoklatan. Masukkan kicap manis dan juga sedikit air. Kacau sebentar dan angkat.
- Nota: Aisyah pernah come across satu resepi yang mana untuk menghasilkan minyak garlic yang kaw-kaw mestilah menggunakan kulit ayam. Hahahaha. Caranya adalah, hiris kulit ayam halus-halus dan goreng dengan sedikit minyak hingga lemak-lemak ayam tu cair bersama dengan bawang putih yang telah di lumatkan, kemudian masukkan kicap dan juga air (sama seperti diatas). Tapi ini sebagai nota je, dan Aisyah tak mencubanya sebab ayam yang Aisyah beli semua skinless, jadi tiada kulit ayam di rumah Aisyah. Apa-apa pun, walau tak guna kulit ayam, mee ini tetap enak dan lebih sihat).
- Aisyah letak sekali sedikit tulang ayam (sebab isi ayam di buat ayam kicap, jadi tulangnya Aisyah letakkan di garlic oil) bersama dengan bawang putih dan Aisyah asingkan tulang ayam tu sebelum angkat.
.
Bahan-Bahan untuk Ayam Kicap
1 keping dada ayam (di hiris dadu) - Aisyah gunakan 1 mangkuk sederhana isi ayam yang di dadu
1/2 kiub pati ayam
Kicap manis ABC secukupnya
sedikit lada putih- Aisyah masukkan lebih kurang 1/2 sudu kecil lada putih
sedikit air - Aisyah masukkan kira-kira 1/4 cawan
Minyak secukupnya
(Nota: Aisyah masukkan juga 4 biji cendawan yang dihiris nipis dan juga sos tiram (dalam 3 sudu makan).
.
Cara-cara
- Panaskan minyak. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam menjadi putih dan air ayam menjadi kering. Masukkan air, kiub pati ayam, lada putih, cendawan dan semua bahan-bahan lain. Masak hingga kuahnya menjadi agak pekat. Kuantiti kicap yang digunakan adalah agak banyak. Adjust ikut citarasa anda.
(Nota: Tak perlu letakkan garam kerana kicap yang digunakan telah menjadikan lauk ini masin. Tetapi, bagi yang suka masin, boleh masukkan sedikit garam ikut citarasa masing-masing).
.
Bahan-Bahan Lain
- Mee wantan/ mee kuning secukupnya
- Daun Bawang di hiris
- Bakso (sup bebola daging)
- bawang goreng
- sayuran di celur (gunakan sayur sawi atau kailan)
(Nota: Aisyah potong cili padi untuk beri rasa sedikit pedas).
.
Mee ini biasanya di hidangkan dengan kuah sup bakso dan juga sambal. Tapi sebab nak cepat Aisyah hiris sahaja cili padi dan tabur atas mee.
.
Cara Menghidang
- Gaulkan mee dengan sesudu kicap minyak bawang. Gaul rata-rata dan letakkan ke dalam pinggan. Letakkan sayuran yang telah di celur. Letakkan sesenduk ayam kicap ke atas mee. Taburkan dengan daun bawang, cili padi, bawang goreng dan bebola daging.
- Letak kuah sup bebola daging di mangkuk berasingan. Kuah sup ini optional sahaja, kalau tiada pun tidak mengapa.

Isnin, 2 November 2009

PASTA GORENG/ MAKERONI GORENG



Emmm....ini menu yang family Aisyah suka sangat. Especially untuk sarapan pagi atau nak masak dengan kadar kecepatan tinggi sewaktu pulang kerja. Semuanya main campak-campak je, tapi insyaAllah kalau kita berselawat waktu memasak, makanan yang di masak lebih berkat dan semua ahli keluarga menyukainya.
.
Bahan-bahan
250gm makeroni (tak kisah la bentuk penne, spiral etc)- asalkan dalam kategori pasta
3 sudu makan cili kisar
1/2 biji bawang besar - di hiris dadu
3 biji bawang putih - dicincang
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
Rencah (udang/ sotong/ ayam/ daging yang telah di rebus/ sosej/ mince meat)- ikut citarasa dan ikut stock apa yang ada- potong kecil
Sos tiram (2-3 sudu makan)
Sos tomato (secukupnya)
Kicap manis
Minyak untuk menumis
3 biji telur
1 mangkuk sayur campur (carrot, corn, kacang peas, etc)
.
Cara-cara
- Rebus makeroni dengan sedikit minyak hingga lembut. Angkat, cuci dengan air paip dan toskan. Minyak perlu di masukkan supaya makeroni tak melekat.
- Panaskan sedikit minyak. Goreng telur pecah-pecah. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak. Masukkan udang/ sotong/ ayam/ daging/ sosej. Masukkan sos tomato dan sos tiram serta serbuk jintan manis dan sedikit kicap manis. Masukkan sayur campur. Masak hingga sebati dan agak pekat. Tambahkan sos tomato jika nampak kurang pekat.
- masukkan gula dan garam serta perasa. Sebatikan ia.
- masukkan makeroni dan telur. Gaul rata sebentar dan angkat.

Selasa, 4 Ogos 2009

MEE BANDUNG



Hidangan kira-kira untuk 10 orang makan.

- Daging (direbus hingga lembut dan jangan di buang airnya- hiris), udang, sotong (dibersihkan dan hiris) – anggaran dalam 1 besen saiz sederhana bagi semua bahan ini.
- Tauhu 3 keping (potong kecil)- optional
- 20 cili kering+4 bawang putih+1 bawang besar saiz sederhana+belacan ½ ibu jari. Blender dan tumis hingga naik minyak
- Udang kering 6 sudu makan (blend dengan sedikit air)
- Quaker oat 3 sudu- blender dengan sedikit air
- Biskut digestive atau biskut marie (4-5 keping)- blender dengan sedikit air
- Telur (4-5 biji)
- Sayur sawi dan cili merah.
- Kacang tanah tumbuk- optional (taburkan sewaktu menghidang)
Nota: blend udang kering, quaker oat dan digestive biskut berasingan. Blend dengan sedikit air.

Cara
- Tumis bahan cili dan bawang yang di kisar hingga naik minyak/ garing. Boleh kurangkan sedikit jika tak mahu terlalu pedas.
- masuk air secukupnya (kira-kira 2/3 periuk).
- masuk daging/ udang, udang kering, quaker oat, biskut digestive dan tauhu (tauhu tu hancurkan sikit sewaktu nak masuk periuk, bagi kuah tu nampak lebih meriah dan pekat). Gunakan api sederhana sahaja, jangan guna api besar. Sentiasa kacau supaya tak berkerak.
- Didihkan kuah. Then masuk gula dalam 5-6 sudu gula, garam dan perasa secukupnya. Adjust kepeketan kuah seperti yang diingini. Kalau tak cukup pekat boleh tambahkan lagi biskut digestive/ quaker oat yang diblender.
.
Untuk menghidang
- Panaskan 3/4 cawan air di dalam periuk kecil hingga mendidih. Pecahkan sebiji telur di dalamnya dan biarkan seketika sehingga telur masak di dalam air mendidih tadi. Masukkan 2-3 senduk kuah, sebatikan ia. Masukkan sayur sawi dan terus matikan api. Hidang dengan mee kuning.
Nota: Jangan masukkan sos cili/ sos tiram/ asam jawa ke dalam kuah mee bandung sbb nanti ianya akan merosakkan rasa asli udang kering yang kita guna dalam kuah tu.

Selasa, 23 Jun 2009

Ahad, 14 Jun 2009

Ahad, 24 Mei 2009

Jumaat, 3 April 2009

LAKSA JOHOR




Assalammualaikum wbkt.


This time I would like to share with you the recipe of Laksa Johor. As usual, this recipe has been copied from Kak D website at http://resipidiana.blogspot.com/. Many thanks to kak D for sharing her mum's recipe with all of us here. I am not a fan of Laksa Johor actually but I used to ate it when I was at my auntie house. It was so marvelous and fantastic! After few years, I have an intention to do it by my own and I suddently found this recipe.
....................
The original Laksa Johor use ikan tenggiri, instead of ikan selayang in Laksa Penang. The fish taste is strong and it is not sour as compared to Laksa Penang. I used tuna in canned since it was the only fish available in hand. The taste was great, even my husband who banned laksa for years also not able to resist the temptation of this laksa Johor. I believe that the taste will be much better if you used fresh ikan tenggiri from the market. I make a sambal belacan to accompany this Laksa Johor and my husband said it was perfect! hehehehe..
.........
LAKSA BONDAKU
Bahan untuk Kuah Laksa
750 gram ikan tenggiri, direbus dan ambil isinya
3/4 cawan rempah kari ikan
1/2 cawan kerisik
1 cawan air
2 kotak kecil santan KARA (2 biji santan kelapa) (Aisyah substitute dengan full cream milk)
4 batang serai, (dititik)
dititik2 inci lengkuas,
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
...
Bahan untuk Sambal (Dikisar)
20 biji cili padi thailand
6 -8 batang lada merah hidup
(Untuk sambal belacan, Aisyah goreng dengan minyak bahan-bahan berikut-
10 biji cili padi
1 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji cili besar
2 biji tomato
1.5 ibujari belacan (ikut taste nak byk mana)
(Note: semua bahan di hiris dahulu dan di goreng berasingan dengan sedikit minyak. Tumbuk dengan lesung batu dan campurkan sedikit garam dan perasa, jika suka).
...
Bahan untuk Hiasan
2 kilo mee laksa, (Aisyah guna speghetti- letak minyak sikit lepas merebus supaya spagheti tak melekat)
kerang rebus
fishcake
tahu kering
timun (kupas kulit, buang hatinya dan hiris halus)
tauge
daun kesum
...
Cara-caranya
1. Isi ikan dikisar bersama air rebusan ikan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik bersama rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan kerisik, gaul rata. Masukkan pula rempah kari ikan dan 1 cawan air. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan isi ikan yang telah dikisar. Masukkan pula santan, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka.
5. Jika kuahnya agak pekat boleh tambah sedikit lagi air.
...
Cara untuk menghidang Laksa
1. Letak mee laksa dalam mangkuk, letakkan sedikit kerang rebus, fishcake, tahu kering dan tauge. Kemudian tuangkan kuahnya.
2. Hiaskan pula dengan timun, daun kesum dan sambal. Sedia untuk dimakan.

Ahad, 22 Mac 2009

MEE HONGKONG




Salah satu resepi mee yang mudah dan cepat. Sesuai kalau orang dah nak datang rumah, tapi kat rumah takde makanan apa-apa, jadi sekejap ke bersilat di dapur makanan dah pun siap!

...


Bahan-Bahan

3 biji bawang putih (di pecahkan)

1 kuib pati ayam maggi

2 sudu tepung jagung di bancuh dengan sedikit air (untuk memekatkan kuah)- kalau kurang pekat, tambah lagi sedikit demi sedikit.

sotong saiz besar/ udang secukupnya/ ayam/ kupang (apa-apa sahaja yang disukai atau yang ada dalam simpanan)

Sayur-sayuran (brocolli, cauliflower, sayur sawi, carrot - dipotong kecil)

Mee kuning secukupnya

Sedikit sos tiram

Air secukupnya

2-3 biji telur

...


Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan air secukupnya.

2. Masukkan kuib pati ayam maggi. Masukkan sos tiram, dan juga sotong/udang/ayam. Masak hingga seafood masak.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kalau kepekatan masih belum mencapai tahap yang diingini, tembahkan lagi sedikit demi sedikit. Api jangan terlampau besar supaya kuah dapat mereneh dan menjadi pekat

4. Perasakan kuahnya. Pecahkan telur, dan gaul telur denga kuah. Akhir sekali masukkan sayuran dan terus matikan api supaya sayur tetap crunchy.

Jumaat, 20 Mac 2009

MEE REBUS TULANG STYLE JOHOR






Mee rebus adalah antara menu popular di negeri Johor. Biasanya, ada 2 version mee rebus yang Aisyah biasa makan. Kalau di Johor, mee rebusnya banyak menggunakan daging dan lemak daging untuk menyedapkan kuah, tapi di bahagian utara banyak menggunakan udang kering untuk membuat kuah.

Ada sesetengah tempat menggunakan tepung taburan yang di campurkan dengan udang kering untuk garnish mee rebus sewaktu menghidang. Tepung taburan udang kering ini ada yang version crispy dan bersaiz kecil dan ada juga yang minat dengan ala-ala cucur udang yang di campurkan dengan sedikit udang kering. Kedua-duanya sedap! Bergantung lah kepada cita rasa masing-masing. Telur rebus, bawang goreng, cili besar hijau, dan sedikit daun bawang dan daun sup, menambah selera mee rebus ini.

Kali ini Aisyah nak berkongsi mee rebus style Johor yang menggunakan daging/tulang untuk membuat kuah. Masak kuah mee rebus ini agak time consuming, jadi bagi sesiapa yang memang dah lapar, tidak digalakkan untuk memasak menu seperti ini. sesuai untuk di praktikkan bila ada masa lapang supaya dapat memasak dengan tenang. Walaupun mungkin nampak complicated, berdoalah banyak-banyak dan berselawat sewaktu memasak, supaya makanan yang di masak menjadi seperti yang kita inginkan.


MEE REBUS TULANG


KUAH MEE REBUS

1 kilogram tulang/ daging (tak kisah la tulang lembu atau daging) - di rebus hingga betul-betul lembut dan di potong kiub jika dagingnya agak besar. Airnya jangan dibuang.
1 biji bawang besar
6 biji bawang putih
2-3 biji kentang saiz sederhana- di hiris dan di rebus dan kemudiannya di blender (biasanya Aisyah gunakan keledek yang warna orange untuk memekatkan kuah, tapi sebab takde stok keledek, Aisyah guna je kentang dan alhamdulillah rasanya masih menjadi)
3-4 keping biskut digestive, di blender dengan sedikit air (biskut ini Aisyah gunakan untuk memekatkan kuah. Actually pakai biskut apa-apa pun boleh, macam biskut marie, atau pun biskut jagung. Jangan guna biskut coklat chips sudah la!)
3 sudu besar cili kisar yang telah di tumis hingga naik minyak
2.5 sudu makan serbuk kari daging Adabi (bancuh dengan sedkit air untuk di buat paste)
1.5-2 sudu makan udang kering (di kisar dengan sedikit air)
Minyak untuk menumis
Air untuk merebus tulang secukupnya


Cara-cara
1. Rebus tulang hingga betul-betul lembut.
2. Kisar bawang putih dan bawang merah, dan tumiskan hingga naik garing. Kemudian masukkan paste serbuk kari daging dan masak lagi hingga betul-betul garing dan naik minyak.
3. Masukkan tumisan bawang dan kari ke dalam periuk yang mengandungi tulang dan air rebusan tulang tadi. Kacau dan sebatikan ia.
4. Masukkan kentang yang telah di kisar sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan juga biskut digestive yang telah dikisar tadi. Masuk cili kisar yang telah di tumis, dan udang kering kisar. Kacau rata
5. Sekiranya kuah masih agak cair, buat adjustment dengan memasukkan beberapa keping biskut digestive yang di blender hingga mencapai tahap kepekatan yang diingini.
6. Masukkan gula, garam, dan perasa.



CUCUR UDANG KERING
3 sudu makan tepung naik sendiri
3 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu makan yis ( di bancuh dengan 1/2 cawan air suam dan di biarkan dalam 10-15 minit di tempat panas
1/2 biji bawang besar - di cincang
2 biji bawang putih
2 sudu makan udang kering- di kisar dengan sedikit air
sedikit daun ketumbar/ daun sup - di hiris halus
sedikit serbuk kunyit (untuk warna kuning)

Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan termasuk yis yang telah di bancuh dengan air suam tadi. Gaul hingga sebati. Tambahkan air jika perlu, dan adunan mestilah macam kita hendak buat cucur. Masukkan garam dan perasa.
2. Biarkan adunan di tempat yang agak panas selama 1 jam, supaya yis tu boleh bertindak balas
3. Goreng dengan minyak penuh seperti menggoreng cucur. Hiris saiz kiub sebelum di hidang.


BAHAN-BAHAN LAIN
Mee kuning di celur dan di tuskan
Cili besar (hijau dan merah) di hiris halus
Telur rebus ( di hiris baji)
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
Limau kasturi (di potong 2) - optional.



Cara Menghidang
Masukkan mee ke dalam pinggan. Masukkan juga cucur udang kering. Masukkan kuah. Kemudiannya hiaskan dengan bahan-baan lain seperti telur, cili besar bawang goreng dan lain-lain.

Aisyah nak beri komen sedikit tentang perbezaan dari menggunakan keledek atau kentang untuk membuat kuah mee rebus. Pada pendapat Aisyah (setelah Aisyah mencuba kedua-duanya untuk membuat kuah mee rebus), Aisyah dapati dengan menggunakan kentang, rasanya lebih sedap dari menggunakan keledek. In my opinion, keledek tu rasanya manis, jadi macam tak berapa match sangat dengan kuah mee rebus tu yang di campurkan dengan kari. Tapi, kentang lebih match dengan kari, sebab tu kita biasa masukkan kentang ke dalam ayam masak kari, atau dalca atau apa-apa yang berasaskan kari, tetapikita tak pula masukkan keledek dalam kari daging kita! Anyway, terpulang lah kepada citarasa masing-masing. Kalau cuma ada kentang dirumah, tak perlu membazir untuk membeli keledek, gunakan stok apa yang ada insyaAllah takde la significant sangat perbezaannya.
One more, pernah tak ada stok biskut yang anak-anak makan tak habis, pastu macam dah nak lemau dalam tupperware, ...nak dibuang sayang pula, dan nak di makan jadi macam dah tak selera, jadi Aisyah sugestkan kita gunakan biskut ini untuk memekatkan kuah. tak kiralah bila kita masak mee bandung/ mee rebus atau apa-apa mee yang bersesuaian, ataupun masak kari ke, jika kita nak jenis kari daging yang agak pekat, kita boleh juga tumbuk halus/ blender biskut ini untuk memekatkan kuah. Jadi, ada juga manfaatnya. Tapi jangan pula kita masukkan biskut yang berkrim/berperisa coklat/ chocolate chip ke dalam lauk/ kuah, kalau tak jadi, jangan salahkan saya! hehehheh

Sabtu, 24 Januari 2009

BIHUN SUP TULANG/DAGING








Ada dua version bihun sup tulang/daging yang Aisyah biasa buat. Samaada version yang light atau yang kaw-kaw (jenis berempah). Kedua-duanya sesuai dimakan dengan bihun atau dijadikan kuah soto dan masing-masing ada keistimewaan tersendiri. InsyaAllah pada kesempatan yang akan datang Aisyah akan share resepi untuk bihun yang kaw-kaw nie yang mana popular di negeri kelahiran Aisyah.

Resepi bihun sup tulang/ daging kali ini adalah version yang light dan sedap dihirup. Tidak pedas dan sedap, serta mudah sangat untuk disediakan. Boleh juga gunakan daging ataupun tulang. Di dalam resepi ini Aisyah gunakan tulang sebab takde stock daging dalam simpanan. Makan dengan sambal kicap baru kaw!


BIHUN SUP TULANG/ DAGING

1 paket bihun (direndam dalam air panas hingga kembang dan digunting supaya senang nak makan dan tak panjang sangat. Setelah kembang, tuskan bihun tersebut)
1.5 kg tulang lembu/ kambing (atau 1 kg daging lembu)
3 ibu jari halia (dihiris)
2 biji kentang (dibuang kulit dan di potong saiz kiub)
1 sup bunjut
1 kayu manis (saiz besar, kalau kecil letak 2 kayu manis)
3-4 bunga lawang
4 buah pelaga
8 biji bawang putih (ditumbuk)
7 biji bawang merah atau 1.5 biji bawang besar (dihiris halus dan digoreng hingga garing dan sedikit kecoklatan- tapi jangan sampai jadi bawang goreng)
Air secukupnya

Untuk hiasan
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup/ daun ketumbar dihiris halus
Sedikit taugeh (optional) (direndam dalam air panas sebentar)
Suhun (digoreng) (optional)
...
Cara-cara
1. Rebus tulang/ daging (yang telah dihiris nipis) dengan halia yang dihiris hingga betul-betul lembut.
2. Setelah tulang/ daging lembut, masukkan bawang putih yang telah ditumbuk, bawang merah yang telah digoreng, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, sup bunjut dan kentang. Rebus lagi hingga kentang lembut dan kuah sebati. Perasakan ia.

Sambal Kicap
3-4 biji bawang putih
4 biji cili padi (Aisyah guna 4 biji cili je sebab cili padi yang ada dalam stok Aisyah nie memang pedas sangat, jadi terpulang lah ikut kadar kepedasan masing-masing)
Kicap manis secukupnya
1-2 sudu air masak
½ sudu gula
...
Cara-cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih. Gaulkan dengan gula, kicap dan air.
...
Aisyah suka buat sambal kicap jenis yang pekat gitu, jadi terpulang la kalau nak tambah air itu ikut citarasa sendiri ok. Satu lagi Aisyah nak share tips untuk rebus daging/tulang dengan cepat adalah dengan memasukkan beberapa batang akar pokok pandan sewaktu merebus. Tips ini Aisyah pelajari dari seorang tukang masak di KL tahun lalu. Alhamdulillah mudah dan cepat daging/ tulang tu lembut.

Sabtu, 17 Januari 2009

BIHUN GORENG SINGAPORE



I don’t know whether this recipe truly come from Singapore. However my mum really like to cook this especially when I was small and my little brother loves this very much.

It is very practical to cook this in the case you have limited stock in fridge but still want to serve something easy and sumptious for your family’s breakfast. Let’s give a try!

Bahan-Bahan

1 paket bihun (di rendam dalam air paip dan di gunting, supaya takde la panjang sangat bihun tu dan supaya senang di goreng)
½ biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris halus)
3 biji telur
2 sudu penuh udang kering (dibersihkan)
Sedikit sotong (di bersihkan)
Sedikit udang (dibersihkan)
Sedikit sayur campur (mixed vegetable, ataupun apa-apa sahaja sayur yang ada dalam simpanan anda seperti cauliflower, broccoli, mushroom, lobak merah)
2 biji cili besar (dihiris)
½ -1 sudu serbuk lada putih (ikut kepedasan yang anda inginkan)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng telur pecah-pecah hingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan sotong. Biarkan sekejap. Tuskan bihun yang sedang direndam dan masukkan ke kuali. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga bihun betul-betul lembut dan kembang. Kacau rata.
4. Bila bihun sudah lembut, masukkan serbuk lada putih dan sayur campuran. Perasakan garamnya. Sebatikannya dengan bihun.
5. Akhir sekali masukkan cili yang dihiris, dan telur yang telah digoreng tadi.
6. Hidang bersama dengan bawang goreng dan sedikit daun ketumbar yang dihiris kasar. Yummy!

Jumaat, 16 Januari 2009

MEE HAILAM



Ini adalah antara menu keluarga Aisyah jika nak cepat tapi sedap dan meyelerakan. Tak susah nak masak, dan gunakan apa sahaja yang ada dalam peti sejuk. Yang penting baca selawat banyak-banyak waktu memasak dan gunakan tahap konsentrasi yang tinggi…hehehehe…insyaAllah, walaupun masak main agak-agak hasilnya menggembirakan…Lagi satu untuk masak mee yang berkuah seperti nie, hati-hati sikit bila masukkan air sebab kalau air terlampau banyak, kuah mee hailam akan jadi cair dan tak berapa best, jadi kalau air terkurang kita boleh tambah sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap kepekatan yang kita kehendaki…Here we go!


Bahan-Bahan
Bawang putih 3 ulas (diketuk dan dicincang kasar)
1 sudu cili kisar (boleh tambah lagi jika hendak pedas)
Air secukupnya
Sotong 6 ekor
Udang 6 ekor
Telur 2 biji
Lobak merah (di hiris)
1 biji tomato ( dihiris)
Daun sawi (di hiris)
Sedikit cendawan (di hiris)
Sedikit cili benggala (dihiris)
Kicap manis (Aisyah guna brand kipas udang)
Sos tiram
Sedikit kicap pekat (untuk warna hitam)
2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit minyak untuk menumis
Mee kuning secukupnya (dicuci dengan air panas dan dituskan)

Cara-caranya:

1. Tumiskan bawang putih yang dicincang dan cili kisar hingga garing.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, udang dan sotong, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. Didihkan. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan air.
3. Masukkan garam, pecahkan telur ke dalam periuk dan kacau rata. Masukkan sayur-sayuran dan matikan api segera. Hidang dengan mee kuning.

KOLEKSI RESEPI