Memaparkan catatan dengan label NASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Januari 2011

NASI AYAM IPOH


Salam,

Aisyah suka sangat makan nasi ayam...begitu juga dengan family aisyah....antara resepi nasi ayam, yang paling aisyah suka adalah nasi ayam ipoh...memang sedap tau...nasi tu di campur dengan sos tiram dan baunya sungguh sedap dan lain dari yang lain....biasanya kalau aisyah masak nasi ayam, my daughter makan mmg bertambah-tambah, selain dari masak ayam kurma yang jadi favorite nya...ye lah kanak-kanak biasanya kureng sikit jika makanan pedas (e.g. ikan masak asam pedas atau masak lemak cili api), jadi menu ini memag sesuai untuk kanak-kanak dan ibu bapanya juga :)

Minggu lepas ada gotong royong di rumah rakan aisyah, ustazah hamidah jadi aisyah masak nasi ayam nie...ada kawan yang tanya kan resepi ayam ini bagaimana...actually hari tu punya lah kalut byk urusan pula, jadi tak sempat ambil gambar nasi pun, just gambar ayam je..hehehe..anyway, bagi sesiapa yang tercari-cari resepi yang best, boleh cuba resepi ini, insyaAllah anda puashati...

Kadang-kadang bila aisyah masak nasi tomato, nasi minyak atau nasi beriyani, aisyah suka je lawankan dengan lauk ayam nie, senang dan sedap...kemudian buat acar atau raita....insyaAllah menu mudah anda dah lengkap. Resepi asal oleh Quinnie dari my resepi dan telah di cuba oleh ramai blogger-blogger masakan. Terima kasih Quinnie atas perkongsian resepi yang best ini.


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras (Aisyah gunakan 4 cup beras basmati)
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam (Aisyah gunakan 5.5 cup air rebusan ayam)
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah (Aisyah hanya letakkan satu sudu kecil sahaja, sebab bila aisyah letakkan 1 sudu besar lada sulah ianya jadi terlalu pedas - jadi pandai2 lah adjust ikut citarasa anda ya)
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. (Nota: Aisyah perap ayam dengan semua bahan perapan dan biarkan 1/2 jam, kemudian cover dengan aluminium foil dan bakar dalam oven pada suhu 220 darjah selama 1 jam. Kemudian keluarkan ayam dan curah ayam dengan kuah dengan air perapan di dalam loyang pembakar, dan teruskan membakar selama kira-kira 10-15 minit (ikut kegaringan yang anda sukai).
  6. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  7. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  8. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  9. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

(Note: aisyah tak gunakan sengkuang pun, sebab mana lah nak cari sengkuang di sini, tapi alhamdulillah rasanya masih menjadi).

Isnin, 15 November 2010

NASI MINYAK MENAWAN




Assalammualaikum wbkt
.
Salam Aidil Adha untuk semua pemabaca. Semoga Allah menerima doa kita, memberkati hidup kita dan memperbaiki amalan kita. Kepada Allah tempat kita bertaubat, kepada Allah kita bertawakkal dan kepada Allah kita akan kembali. Mudah-mudahan kita akan menemui tuhan kita dalam sebaik-baik keadaan dan semoga Allah redha dengan kita dan juga amalan yang kita laksanakan. Semoga dengan hari yang mulia ini, kita akan berubah menjadi insan yang lebih baik, di jauhkan dari sifat-sifat mazmumah, dan semoga kita di jauhkan dari godaan syaitan dalam mana kita menempuh ujian hidup ini.
.
Hari ini adalah bersamaan dengan 10 Dzulhijjah, yang mana merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam. Bulan Dzulhijjah ini adalah bulan terakhir dalam Islam, di mana terdapatnya hari arafah yang merupakan hari kemuncak ibadah haji. Hari Arafah adalah hari yang sangat di galakkan untuk berpuasa dan banyak fadhilat-fadhilat dari hadis-hadis sahih yang kuat yang menggalakkan kita berbuat kebaikan dan berpuasa pada hari arafah ini. Dan selepas bulan Dzulhijjah, kita akan bertemu dengan bulan muharam. Bulan muharam ini adalah bulan pertama dalam kalender Islam. Di dalamnya terdapat hari Asyura yang mana hari Asyura ini sangat di galakkan untuk berpuasa dan bersedekah. Syukur, Alhamdulillah....kita sebagai orang Islam di beri banyak peluang bonus mega sale oleh Allah taala untuk beribadat dan memohon keampunan...puasa hari arafah menghapuskan dosa tahun lalu dan dosa tahun yang akan datang...manakala puasa hari asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun yang lalu...selain dari berpuasa pada hari asyura iaitu pada 10 Muharam, umat Islam juga di galakkan untuk berpuasa pada 9 Muharam yang juga di sebut sebagai hari tasu'a. Walaupun ganjaran dari puasa hari asyura ini ini adalah sedikit kurang dari berpuasa hari arafah, namun ianya adalah suatu amalan yang tak sepatutnya kita lepaskan.
.
Mungkin kita yang lemah ini tak mampu nak berpuasa sekerap mungkin, tapi dengan mengambil kesempatan pada hari-hari istimewa begini, kita mengharapkan agar Allah memberi kekuatan kepada kita untuk kita memperbaiki amalan kita dari masa ke semasa ke tahap yang lebih baik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, sangat prihatin kepada kita hambanya yang sangat lemah dalam beribadat. Dia memberi peluang kepada kita untuk menambahkan amalan kita, memberi ruang kepada kita untuk melipatgandakan pahala kita, dan memberikan kita kegembiraan selepasnya. Apakan tidak, selepas kita berpuasa seharian, kita akan merasa gembira tatkala ingin berbuka puasa, kita gembira dengan hari Aidil Adha, kita gembira dengan datangnya Aidil Fitri. Inilah antara sebahagian kecil dari jutaan nikmat yang di berikan oleh Allah taala kepada kita orang Islam.
.
Bagi yang menerima kunjungan tetamu di aidil adha ini, apa kata kita masak nasi minyak yang menawan ini. Alhamdulillah, aisyah dan family gembira dengan nasi minyak yang cun ini...heheheh. ...tapi seperti biasa, Aisyah ada buat sedikit modification. Di bawah ini adalah resepi yang Aisyah dah modified. Aisyah padankan dengan ayam masak merah, dalca daging dan juga acar nanas.
.
Aisyah copy dari blog kak Umi Kuantan dan resepi asalnya adalah dari Kak wan. Terima kasih kepada empunya resepi, dan Aisyah perpanjangkan di sini sebagai perkongsian ilmu dengan pembaca lain. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
.
NASI MINYAK
Sumber: Kak Wan (Citarasawan)
.
Bahan:-
  • 5.5 cawan beras basmati- ukuran cawan rice cooker
  • 2sb. butter + 4 sb. minyak masak
  • 6 cawan air rebusan daging (guna cawan sukat beras untuk ukur air)
  • 2 cawan susu fresh (guna cawan sukat beras untuk ukur susu)
  • 2 kiub pati ayam
  • garam secukupnya
  • sedikit pewarna kuning telur - di bancuh dengan sedikit air
  • Nota: untuk beras basmati, ukuran 1 cawan beras = 1.4 cawan air
.
Bahan Penumis:

  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
.
Bahan dikisar:

  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 cm halia
.
Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau. Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
  2. Masukkan semua bahan dalam rice cooker (kecuali pewarna kuning). Masak hingga nasi masak.
  3. Bila nasi dah masak, buat beberapa lubang pada nasi dan tuang air pewarna kuning telur tadi.
  4. Biarkan sebentar, supaya nasi cukup tanak, dan kemudiannya kirai-kirai nasi dengan garfu.
  5. Garnish dengan bawang goreng, kacang gajus, kismis dan juga daun bawang.

Sabtu, 20 Februari 2010

NASI TIM AYAM




Assalammualaikum wbkt.
.
Dari resepi India (vadai) dan padang pasir (basboosa), china (kuetiau ladna), sekarang kita balik ke nusantara pulak (Indonesia). Sekali imbas macam Nasi Magluba dari negara arab, tapi nasi tim ayam nie dia lain sikit sebab kita masak dengan cara mengukus nasi tersebut. InsyaAllah di kesempatan lain Aisyah akan berkongsi resepi nasi magluba dengan kawan-kawan semua.
.
Apa-apa pun, jika nakkan kelainan dari menu biasa, nasi tim ayam nie menjadikan kita lebih seronok dan nampak best. Actually nasi tim ayam nie rasanya lebih kurang macam Mie Ayam, sebab cara memasak ayamnya adalah sama. Cuma Mie ayam kita makan ayam kicap tu dengan mee, tapi untuk Nasi Tim Ayam nie kita makan lauk ayam kicap tu dengan nasi.
.
Sila rujuk resepi Mie ayam pangsit di dalam blog ini (untuk cara membuat garlic oil dan juga ayam kicapnya). Di sini Aisyah share resepi untuk membuat sup mudah dan juga cara memasak nasi tim ayam. Sediakan garlic oil dan juga ayam kicap untuk menu ini. Kuah sup ayam ini akan di gunakan untuk memasak nasi nanti.
.
Nota: sediakan dahulu garlic oil dan juga ayam kicap.
.
Bahan-Bahan Untuk Sup
- Tulang ayam (isi ayam digunakan untuk membuat ayam kicap, dan tulangnya digunakan untuk buat sup).
- Air secukupnya (kira-kira separuh periuk)
- 4 biji bawang putih (di tumbuk halus)
- 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- garam dan perasa secukupnya
- sedikit daun bawang dan daun sup.
.
Cara-cara
- Rebus tulang ayam dengan air hingga mendidih. Kemudian, masukkan semua bahan lain. Perasakan ia.
- Tabur dengan daun sup dan daun bawang sewaktu menghidang.
.
Bahan-Bahan untuk Nasi
- Rendam 2 cawan beras (ikut cawan rice cooker) dengan air selama 1 jam. Kemudian toskan ia.
- Ambil 4 cawan air (ikut sukatan cawan rice cooker) dan masukkan dalam periuk. Didihkan ia. Masukkan 3-4 sudu garlic oil. Masukkan beras dan masak hingga airnya menjadi kering. Kacau-kacau supaya rata masaknya. Pada tahap ini, beras tu biasanya dah masak dalam 80%. Ketepikan.
.
Cara Mengukus nasi
- Ambil bekas yang sesuai untuk mengukus (Aisyah gunakan besen steel saiz sederhana).
- Masukkan ayam kicap kira-kira 1/3 dari besen. Kemudian, masukkan nasi tadi.
- Kukus hingga masak sepenuhnya. Jika nampak nasi masih agak keras, taburkan sedikit air sup ayam ke atas nasi yang telah di kukus.
- Terbalikkan nasi waktu menghidang di atas dulang besar.
- Hidangkan dengan ulam-ulaman, sup dan juga sambal yang digemari.

Khamis, 12 November 2009

NASI BERIYANI KAMBING















Kali ini Aisyah nak share resepi nasi beriyani kambing. Resepi ini senang je sebab Aisyah pakai rempah beriyani shan (bombay biryani) yang ada di jual di kedai-kedai dan pasaraya. Jadi tak perlu buang masa sediakan rempah itu dan ini. Guna je rempah beriyani ini, insyaAllah menjadi.

Nasi beriyani ini sedap dimakan dengan Raita (vegetables+yogurt) dan rasa masam-masam pada raita ini meyeimbangkan rasa beriyani dan menjadikannya lebih sedap hehehehhe...

Secara ringkasnya, (kena brief dulu), kita masak lauk dan nasi berasingan, kemudian kita akan lapis-lapiskan ia, baru kaw, sebab aroma dari lauk tu akan sebati dengan nasi dan nampak best je sebab daging tu tertimbus di dalam nasi. Tapi bab nak rebus nasi tu kena hati-hati sikit sebab kalau rebus hingga terlembik, maka nasi tak cantik dan melekat-lekat, kalau terkurang masak pula, nanti nasi jadi keras. Jadi banyakkan salawat sewaktu memasak, sebab kadang-kadang kalau tersilap sikit, terus frust tukang masak bila makanan tak menjadi..heheheh..

Alhamdulillah, sebenarnya takde la ambil masa lama sangat untuk memasaknya. Aisyah rebus daging waktu malam dan terus perap (marinade) dengan bahan-bahan dan biarkan semalaman. Esoknya, Aisyah rendam beras, masak nasi dan lapiskan dengan daging. Dalam 1 jam 15 minit dah siap dah memasaknya.

Bahan-Bahan Untuk Perapan Daging

800 gm daging kambing - pilih bahagian yang best seperti rib, shoulder, leg. - rebus dengan air hingga betul-betul lembut dengan api sederhana. Airnya jangan dibuang sebab nak guna untuk masak nasi.

1-1.2 cawan yogurt perisa asli

1 kotak rempah beriyani shan (bombay biryani)

2 sudu kecil serbuk cili

2-3 batang cili besar (cili hijau)- di hiris kasar

1 cekak daun ketumbar - hiris halus

4 bawang putih dan 1/2 ibu jari halia - di kisar

1 ibujari halia (hiris kasar)

Cara-caranya

- Gaulkan semua bahan di dalam besen besar dan perapkan semalaman. Bahan ini akan digunakan untuk memasak lauk daging beriyani keesokan harinya. Kalau tak dapat perap semalaman, perap untuk beberapa jam pun ok.

Resepi Daging Beriyani

Daging yang telah di marinade semalaman (resepi seperti di atas)

3 sudu makan ghee (minyak sapi)

1 biji bawang besar di cincang

Cara-cara

- Tumis bawang besar dengan minyak sapi. Masukkan daging kambing dan juga kuah marinade tadi. Masak hingga naik minyak. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Masukkan gula jika suka lauk beriyani agak manis.

(Nota: lauk beriyani ini mmg rasa spicy sgt, tapi jangan bimbang, bila kita combine dengan nasi nanti, rasa spicy yang kuat tadi akan di transfer kepada nasi juga. Hehhehe - boleh faham ke bahasa Aisyah pakai nie)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bahan-Bahan untuk Nasi

4 cawan beras basmati (aisyah guna cawan beras rice cooker tu)- cuci dan rendam dalam air paip selama 40-45 minit. Kemudian, toskan ia.

6 buah pelaga

2 bunga lawang

1 batang (saiz jari kelengking) kayu manis

1/2 senduk minyak masak

Air rebusan daging. Tambahkan lagi air paip jika tidak mencukupi. Kuantiti air dalam 3/4 periuk.

2 sudu makan penuh garam (Nota: garam nie jangan terlupa, habis nanti nasi jadi tawar)

Sedikit perasa

Cara-cara

- Rebus air dengan segala bahan-bahan rempah dan minyak. Biarkan hingga menggelegak. Perasakan garamnya. Kalau rasa macam tawar sangat boleh tambah garam lagi. Kalau masin sangat, tambah air sikit. Part ini sangat penting untuk memastikan nasi kita just nice je rasanya.

- Bila dah menggelegak, masukkan beras yang telah di tuskan tadi. Rebus hingga 7-8 minit. Waktu itu sepatutnya beras dah 85% masak. Rasa nasi tadi dah sampai ke 80% atau belum. hati-hati part ini, jangan sampai nasi terlembik atau terkeras.

- Angkat 1/2 dari nasi dan tuskan. Biarkan baki nasi di dalam periuk rebusan dan rebus lagi sehingga 2 minit sampai nasi masak hingga 90%. Angkat dan tuskan. Angkat beserta dengan bahan-bahan rebusan itu sekali (e.g kayu manis, buah pelaga etc).

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara Melapis Nasi dan Daging

Sediakan bahan-bahan taburan berikut:

2 gengam bawang goreng

2 gengam daun ketumbar

2 gengam kismis

2 gengam gajus yang telah digoreng

1 cawan susu cair ( di campur dengan pewarna kuning telur)- bagi warna macam orange sikit.

2 genggam daun pudina (jika suka)

(Nota: kalau ada za'faran (saffron), boleh gunakan ia, sebab saffron ini fungsinya untuk bagi warna pada nasi beriyani tu. Aisyah takde saffron, jadi Aisyah guna pewarna kuning telur)

Teknik Melapis

- Sediakan periuk nasi (guna saiz agak besar- Aisyah guna periuk nasi saiz 7 pot beras)

- tuangkan beras yang 85% masak tadi. Ratakan perlahan-lahan. Tabur dengan 1/2 bahan taburan seperti di atas (e.g. daun ketumbar, gajus, kismis, susu cair etc).

- Kemudian tuangkan lauk daging yang telah di masak tadi.

- Kemudian tuangkan nasi yang sudah 90% masak. Tabur lagi dengan bahan-bahan taburan..

- Masak dalam rice cooker seperti biasa. Bila nasi dah masak, biarkan 'warm' di dalam rice cooker selama lebih kurang 20-30 minit. Sepatutnya pada waktu ini, nasi dah 100% masak.

- Bila nak hidang, gaulkan nasi dan daging (gaul hati-hati) supaya nasi tak patah dan hidangkan dengan raita, salad dan popodum.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Raita

2 jengkal timun (potong dadu)

2 bij tomato (potong dadu)

1 biji bawang besar (potong dadu)

2 pokok daun ketumbar (potong dadu)

10 sudu yogurt perisa asli

1 sudu kecil garam

2 sudu kecil gula

sedikit perasa

Cara-cara

- Gaulkan semua bahan dan hidangkan dengan nasi beriyani.

Rabu, 21 Oktober 2009

NASI LEMAK SAMBAL IKAN BILIS



Nasi lemak ini adalah resepi yang Aisyah dah pernah beri sebelum ini. Kalau dulu, Aisyah gandingkan dengan sambal udang. Kali ini Aisyah nak share nasi lemak dengan sambal ikan bilis.
.

Nasi Lemak
.
Bahan-bahan
.
4 cawan beras (aisyah pakai beras wangi. Kalau yang guna beras basmathi kena adjust air)
1.5 cawan santan pekat
5.5 cawan air
3 biji bawang merah (hiris halus)
3 biji bawang putih (hiris halus)
1 ibujari halia (hiris)
3 helai daun pandan
1 batang serai (diketuk)
garam secukupnya
sedikit minyak masak untuk menumis

(Nota: Kuantiti air tu ikut kebiasaan anda masak nasi ok. Adjust kuantiti air ikut jenis beras anda. Kegagalan memantau kuantiti air boleh menyebabkan nasi lemak terlembik atau terkeras!)


Cara-cara
- Panaskan minyak di kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga agak layu (jangan sampai hitam, asal layu je dah mecukupi, terus matikan api)
- Cuci beras dan campurkan dengan santan, air, serai, daun pandan di dalam periuk rice cooker. Masukkan juga bahan yang telah ditumis tadi, termasuk sekali dengan minyak tumisan bawang itu juga.
- Perasakan garamnya.
- Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah cukup masak, gaul sebatikan nasi tersebut sebab biasanya santan akan naik ke bahagian atas nasi- jadi gaul rata perlahan-lahan.
.
Sambal Ikan bilis
.
50 biji cili kering (gunting pendek, rendam dengan air panas, cuci dan buang biji)
1.5-2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
1/2 ibujari belacan
2 ibujari asam jawa
1 mangkuk sederhana ikan bilis
2 biji bawang besar (hiris kasar)
sedikit kicap manis kipas udang (untuk bagi sambal tu warna hitam skit, baru best)
1-2 sudu sos tiram
1 cawan air
Minyak masak secukupnya
.

Cara-cara
- Blender bawang putih, merah, cili kering dan belacan
- Masuk dalam periuk dan masak atas api hingga airnya kering. Gunakan api sederhana. Kacau sekejap-sekejap. Teknik ini adalah untuk mengelakkan dapur menajdi kotor. Kita masuk minyak setelah air nya mengering. Kalau sambal memercik, tutup periuk dengan penutup.
- bila air dah kering baru masukkan minyak masak. Minyak yang digunakan agak banyak supaya sambal garing dengan sempurna. Masukkan juga ikan bilis.
- Kecilkan api. Biarkan sambal masak dan garing. Ambil masa sikit untuk garingkan sambal. Kacau sekali-sekala dan tunggu hingga sambal naik minyak (warna minyak tu kemerah-merahan) dan hingga ikan bilis masak sempurna.
- masukkan kicap kipas udang dan sos tiram. kacau rata. Kicap tu nak bagi sambal berwarna hitam-hitam sikit baru best.
- bila sambal dah cukup garing, ikan bilis dah cukup cantik dan warna sambal agak merah kehitaman (sebab kicap yang kita masukkan tadi), masukkan pula air asam jawa dan 1 cawan air masak, serta 2 biji bawang besar yang dah di hiris kasar. Sebatikan ia. Tambahkan air sedikit lagi jika perlu. Air jangan terlampau banyak sangat, nanti sambal menjadi cair dan tak power.
- masukkan garam, gula dan perasa. Biarkan sebentar hingga bawang layu. Bila dah siap masak, cedok lebihan minyak pada sambal dan buangkan ia.
.
Note: Aisyah suka sambal yang agak manis sikit, (tapi taklah terlampau manis) so biasanya Aisyah letak gula agak banyak. Jadi ini bergantung la citarasa masing-masing, nak pedas atau yang manis. Adjust ikut citarasa sendiri.
.
Bahan-bahan lain
- telur rebus
- mentimum
- ikan bilis goreng/ kacang tanah goreng (optional)
.


Sabtu, 18 Julai 2009

NASI AMBENG








Nasi Ambeng adalah salah satu menu popular orang Jawa. Biasanya dibuat bila ada kenduri doa selamat. Nasi ini unik sikit cara menghidangnya iaitu mesti dialas dengan daun pisang. Sebenarnya aroma dari daun pisang segar tu menjadikan nasi ini istimewa.
.
Ada beberapa lauk-pauk wajib yang compulsory untuk melayakkannya di namakan nasi ambeng. Contohnya seperti serunding, sambal goreng, mee goreng, sayur kacang goreng dengan tempe dan tauhu, ayam, dan juga ikan masin bulu ayam. Ada juga yang makan dengan rempeyek, dibuat macam ala-ala popodom (kalau kita makan beriyani tu), dan digandingkan juga dengan sayur kerabu.
.
Sebenarnya memasaknya agak rumit sebab banyak lauk pauk yang perlu disediakan. Sesuai dibuat bila ada kenduri kendara, jadi berbaloi jika masak dalam kuantiti yang agak banyak. Seperti di dalam gambar, Nasi Ambeng ini Aisyah gandingkan dengan ayam masak ungkep, serunding, kerabu perut, sambal goreng jawa dan juga mee goreng. Biasanya mee goreng untuk nasi ambeng ini memang kosong begitu (tak diletakkan ayam atau sayuran) kerana lauk pauk nasi ambeng tu pun dah penuh nutrien. Resepi sambal goreng jawa, ayam ungkep, dan juga kerabu perut telah pun Aisyah berikan di dalam website ini. Di sini Aisyah kongsi resepi serunding yang telah Aisyah cuba. Alhmadulillah, rasa serunding ini sedap sangat, betul-betul seperti yang bonda Aisyah masak.
.
Sumber resepi: Pak Uteh http://tempevstapaiubi.blogspot.com/
.
SERUNDING KELAPA
Sebiji kelapa parut - Aisyah gunakan dessicated coconut (kelapa parut kering) jadi tak perlu di sangai terlebih dahulu.
.
Bahan untuk dimesin:
1 jemput jintan manis
1 sudu jintan putih
3 sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sudu besar lada lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup- Aisyah guna serbuk kunyit
2 s/b udang kering
.
Nota: Blender bahan-bahan ini hingga halus.
.
Bahan-bahan lain
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
1 sudu gula merah
Gula dan garam secukup rasa.
.
CARA-CARA
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangai) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.
.
Nota: Kuantiti untuk buat serunding ini adalah seperti kita nak buat kenduri-jadi hasilnya memang banyak. Kalau untuk makan satu keluarga sahaja, Aisyah syorkan agar kita buat dalam 1/4 atau 1/2 dari resepi ini.
.
MEE GORENG JAWA
2 paket Mee kuning
sedikit Taugeh
.
Bahan kisar:
4 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 1/2 biji buah keras - optional
4 s/b kicap mee ( agak2)
2 s/b lada kering
1 s/b lada hitam
1 s/b udang kering l
Sedikit sos dan gula untuk manis
(Nota: lada hitam blend asing sebab takut tak hancur)
.
CARA: 1. Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing. 2. Masukkan mee dan gaul rata. Masukkan taugeh. 3. Gaul sebentar dan angkat.

Ahad, 12 Julai 2009

BUBUR LAMBUK / BUBUR ASYURA



Assalammualaikum wbkt,
Fuh setelah berbulan tak update blog nie, baru la nie aisyah ada kesempatan sikit nak taip resepi yang dah di cuba. Actually blog nie macam diary juga, sebab nanti bila nak masak dah tercari-cari mana la resepi yang hari tu aku buat, dah hilang! Jadi kalau ada blog nie ada lah rujukan untuk diri sendiri sambil letak gambar, bagi hapenning sikit, di samping berkongsi resepi kepada yang berminat.
...
Kali ini aisyah nak share resepi bubur lambuk. Ada orang panggil bubur asyura. Ada yang kata, bubur nie di buat oleh Nabi Nuh sewaktu baginda berada dalam kapal di waktu banjir. Waulahualam. Tapi, ikut ceramah Dr. MAZA yang aisyah pernah dengar, kisah sejarah bubur lambuk nie tidak tepat. Mungkin juga ada logiknya sebabnya tak pernah dengar pula hadis tentang bubur lambuk/ bubur asyura ini. Dan makanan ini terkenal di kalangan orang melayu je, dan tak tahu la sama ada nie satu dogengan orang Melayu ke apa.
.
Tak pe, kita tinggalkan dulu bab tu. Berbalik kita pasal bubur lambuk nie, resepi kali nie diberi oleh Kak Ros Aniza Mohd Shariff, yang memang pandai memasak dan buat kuih-muih. Sedap sangat bubur lambuk nie tau, dan mudah juga membuatnya. Syukur sebab first time buat, terus menjadi. Jadi, bagi yang teringin nak makan bubur lambuk yang enak dan mudah, boleh lah cuba resepi ini, insyaAllah sesuai dengan selera kita. Lebih-lebih lagi kita pun dah hampir ke bulan ramadhan, jadi boleh la di jadikan santapan berbuka puasa!. Bubur lambuk ini biasanya aisyah suka makan dengan sambal tumis ikan bilis, atau dengan sambal udang/sotong.
.
Bahan-Bahan
.
2 cawan beras wangi (aisyah guna cawan buat minum tu sebagai pengukur)
1 batang serai (di ketuk)
1 biji bawang besar (saiz besar penumbuk la lebih kurang)
3 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia
2 sudu makan (gunung) serbuk rempah sup (aisyah guna brand adabi)- di campur dengan sedikit air dan di buat pes
1 sup bunjut
Air secukupnya
1 cawan santan - aisyah tukar dengan 1 cawan fresh milk dan alhamdulillah rasanya sama
Daging secukupnya (rebus terlebih dahulu dan potong kecil)- aisyah letak dalam 1/2 mangkuk daging
Ayam secukupnya (di potong kecil)- aisyah guna 4 ketul potongan ayam.
Sayur campur (carrot, kacang peas, corn)- 1/2 mangkuk saiz sederhana
Minyak secukupnya untuk menumis.
Untuk hiasan- bawang goreng dan daun sup
.
Cara-cara
1. Cuci beras hingga bersih. Gunakan periuk yang besar sebab nanti nasi ini akan mengembang. Rebus beras dengan air yang banyak. Biarkan mengembang dan beras pecah sepenuhnya. Tambahkan air dari masa ke semasa hingga nasi mengembang dan tidak berketul.
.
2. Sementara menunggu beras kembang, kisar bawang putih, bawang besar dan halia. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan rempah sup yang dah di buat pes tadi, dan tumis lagi hingga naik minyak. Ketepikan.
.
3. Bila bubur dah kembang, masukkan bahan yang telah di tumis tadi ke dalam bubur, beserta serai, dan sup bunjut, daging dan ayam yang di hiris kecil. Masak hingga sebati dan ayam masak sepenuhnya.
.
4. Akhir sekali, masukkan santan/ fresh milk dan sayur campur, dan biarkan sebati lebih kurang 10-15 minit. Perasakan ia.
.
5. Hidang panas-panas. Bila dah masak, keluarkan sup bunjut tadi dan buangkan ia, takut sup bunjut terpecah dalam bubur, rosak bubur lambuk tu nanti hehehe. Hidangkan dengan bawang goreng dan daun sup. Yummy!

Selasa, 23 Jun 2009

Selasa, 16 Jun 2009

Sabtu, 14 Februari 2009

NASI BUKHARI













NASI BUKHARI

Nasi bukhari nie asalnya Aisyah pernah makan di UIA Gombak, memang sedap. Jadi pernah la bual-bual dengan one of my best friends, Kak Ros Aniza dan dia bermurah hati nak berkongsi ilmu bab nasi bukhari ini. InsyaAllah resepi ini agak mudah dan hasilnya menggembirakan. Walaupun rasanya takde la 100% serupa dengan nasi bukhari di UIA tu, tapi insyaAllah kita akan rasa berpuas hati dengan masakan kita.

Resepi nasi bukhari ini Aisyah ambik dari belakang paket rempah nasi bukhari (Jenama Faiza)

Bahan-Bahan
Separuh paket (2 sudu besar) rempah nasi bukhari (Aisyah pakai jenama Faiza)
2.5 sudu besar tomato puree
1 biji bawang besar (dihiris halus)
2 biji bawang putih (dihiris halus)
3 sudu minyak sapi
4 cawan beras dicuci bersih (boleh guna beras basmati atau beras apa-apa yang disukai, atau apa-apa beras dalam stok anda pun boleh)
5 cawan air (gunakan cawan sukat beras untuk menyukat air)
½ biji terung (dihiris nipis dan digoreng dengan minyak, dan dituskan)
½ bunga kobis (di hiris dan digoreng dengan minyak dan di tuskan)

(Nota: Aisyah biasa guna beras wangi jadi Aisyah perlukan 5 cawan air untuk masak nasi ini. Terpulang lah beras apa yang anda hendak gunakan, sama ada beras basmati atau apa-apa beras yang anda biasa gunakan, tapi kena pastikan sukatan air tu betul supaya nasi tak lembik sangat ok)



Cara-cara

1. Tumis bawang putih dan merah dengan minyak sapi. Tumis sikit je jangan sampai garing, agak-agak layu je dah mencukupi.
2. Kemudian masukkan tomato puree dan rempah bukhari dan tumis sampai naik minyak (jangan sampai garing tau, agak-agak dah naik minyak je, terus masukkan ke dalam periuk yang berisi dengan beras dan air, proses ini sekejap je dalam 2 minit je)
3. Masukkan garam dan sedikit perasa.
4. Masak nasi dengan menggunakan “rice cooker” seperti biasa
5. Bila nasi dah masak, kacau nasi biar sebati perlahan-lahan
6. Bila nasi dah betul-betul masak, gaulkan nasi dengan kobis bunga dan terung yang telah digoreng tadi sebelum hiding.
7. Hidangkan dengan lauk kesukaan anda. Kalau nak macam “arab” sikit, makan lah dengan yoguart perisa asli. InsyaAllah sedap.

Aisyah biasanya hidangkan nasi bukhari ini dengan ayam goreng atau ayam panggang Jordan, kambing masak mamak (insyaAllah Aisyah akan berkongsi resepinya kemudian) dan juga sedikit mentimum, tomato dan yogurt (perisa asli).

Ahad, 25 Januari 2009

NASI AYAM PENYET PALEMBANG








Ini adalah kali pertama Aisyah cuba masak nasi ayam penyet ini dan alhamdulillah keluarga Aisyah suka sangat dengan keunikan rasanya. Resepi ini sangat popular di Indonesia dan nampaknya sekarang populariti nasi ayam penyet ini dah pun sampai ke KL dan Singapura. Pada pendapat Aisyah, nasi ini unik sedikit berbanding nasi ayam biasa kerana beberapa faktor: (skemanye aku!)
...
1. Kerana ayam itu di penyetkan (iaitu di ketuk sikit sebelum dihidang, jadi senang nak makan)
2. Kerana sambal nasi ayam penyet itu berlainan dengan nasi ayam yang biasa kita makan. Complicated sikit membuatnya, tapi hasilnya memang best. Orang Indonesia panggil sambal nie sebagai "sambal tomat" atau sambal tomato.
3. Dimakan dengan sayur-sayuran/ ulam-ulaman segar seperti kacang botol, ulam raja, mentimun, kobis mentah yang dihiris, selom dan sebagainya.
4. Dimakan dengan tempe dan tauhu goreng sebagai lauk sampingan.
...
Aisyah based on 2 resepi nasi ayam penyet yang boleh kita lawati di kedua-dua website ini iaitu http://resipidiana.blogspot.com/ dan http://aqiern.multiply.com/. Kedua-dua resepi ini ada sedikit perbezaan dari segi ayam penyet dan juga sambal tomato. Jadi sebab Aisyah pun tak tahu mana yang terbest, jadi Aisyah guna kreativiti sendiri untuk mencipta resepi sendiri yang sesuai dengan stock yang ada di dalam peti sejuk sendiri berasaskan kepada kedua-dua resepi ini. Terima kasih banyak kepada penyumbang resepi asal yang telah sudi berkongsi resepi nasi ayam penyet ini. I try to be as accurate as possible in terms of the measurement so I hope this will be very helpful to the reader.
...
Bahan-Bahan Untuk Sup
10 ketul ayam dibersihkan
1 serai (di ketuk)
1.75 liter air
2 ibujari halia (diketuk)
5 biji bawang putih (di ketuk)
Garam secukup rasa
...
Cara-cara
1. Rebus air, serai, halia dan bawang putih hingga hampir mendidih. Masukkan juga sedikit garam dan perasa. Masukkan ayam dan rebus hingga ayam betul-betul masak (kira-kira 15-20 minit). Tapi jangan sampai overcook ayam tu ok.
2. Angkat ayam dan terus rendam dalam air sejuk yang sangat sejuk dan tuskan. Proses ini penting supaya daging ayam tetap cantik.
(Nota: kuah rebusan ayam akan digunakan untuk memasak nasi dan kuah sup waktu menghidang. Hiaskan sup dengan sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup/daun ketumbar).
Kemudian, masak nasi ayam supaya apabila ayam penyet masak, nasi juga sudah dimasak dan boleh sedia dimakan.
...
Bahan-Bahan Untuk Nasi Ayam
4 cawan beras wangi (Cawan yang Aisyah gunakan adalah cawan yang disediakan dalam rice cooker bila kita beli rice cooker tu. 4 cawan beras ini juga bersamaan dengan 1/2 kg beras)
3 helai daun pandan (dicuci dan diikat)
1 serai (diketuk)
4 biji bawang putih (diketuk)
2 sudu makan minyak masak
3 sudu makan marjerin
1/4 serbuk kunyit
1 kiub pati ayam maggi
Air secukupnya (Aisyah guna 6 cawan air rebusan ayam tadi. Aisyah gunakan cawan yang sama untuk sukat beras dan air. Maksudnya, 1 cawan beras =1.5 cawan air)
Garam (jika perlu, sebab sewaktu merebus ayam kita juga telah masukkan garam dalam sup tadi)
...
Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi. Gaul rata-rata dan perasakan garamnya. Masak nasi tersebut.
...
Bahan-Bahan Untuk Ayam Penyet
8-10 sudu makan tepung beras
1 biji telur
1/2 sudu makan jintan manis
1/4 sudu ketumbar
1/4 sudu makan jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari daging
3 biji bawang putih di ketuk
Garam dan sedikit perasa
Air suam secukupnya
2 keping tempe (dipotong ikut suka)
2 keping tauhu (dipotong 4)
...
Cara-cara
1. Ketumbar, jintan manis dan jintan putih di sangai atas kuali hingga panas. Kemudian tumbuk hingga 3/4 halus)
2. Gaul semua bahan dengan air suam. Adunan jangan terlampau cair atau terlampau pekat. Celup ayam ke dalam tepung dan goreng hingga kecoklatan. Bila ayam sudah siap digoreng, goreng pula tauhu (yang telah dipotong 4) dan tempe (yang telah di potong nipis) dengan menggunakan lebihan bancuhan tepung tadi.
2. Ayam tersebut hendaklah di ketuk sedikit sebelum dihidangkan.
...
Bahan-Bahan Untuk Sambal Tomato
8 biji cili padi
3 biji cili besar (di hiris kasar)
1 sudu makan udang kering
1 ibu jari belacan
1/2 biji bawang besar (dihiris kasar)
3 biji bawang putih (dihiris kasar)
2 biji tomato (didadu kasar)
...
Cara-cara
1. Panaskan 6-8 sudu makan minyak masak. Goreng udang kering hingga naik bau, dan angkat.
2. Goreng pula belacan dengan minyak yang sama. Balik-balikkan dan angkat.
3. Goreng cili kecil dan cili besar yang dihiris sebentar, hingga kulitnya agak layu dan angkat.
4. Goreng bawang besar hingga layu, angkat.
5. Goreng tomato yang didadu hingga kulitnya layu dan angkat.
6. Tumbuk udang kering, bawang putih dan bawang besar. Kemudian masukkan cili dan belacan. Akhir sekali masukkan tomato dan tumbuk untuk sebatikannya. Jangan sampai sambal terlalu halus. Masukkan garam dan sedikit perasa.
...
(Nota: Ikut resepi asal dari kedua-dua sumber yang Aisyah gunakan, mereka gunakan ikan bilis yang digoreng hingga rangup dan ditumbuk dengan bahan-bahan lain dalam membuat sambal tomato ini. Tetapi memandangkan Aisyah takde stock ikan bilis, Aisyah guna je udang kering dan Alhamdulillah hasilnya memang best. Semua bahan di atas digoreng dengan minyak yang sama. Memang ambil masa sikit untuk proses ini, tapi sabar ok).
Selamat mencuba!

Jumaat, 16 Januari 2009

NASI LEMAK



Hello nasi lemak...wonder why your name is 'nasi lemak'...hehe are you going to add us more lemak...forget it, once a while who care if you tambah 'lemak'...kah kah kah

Bahan-bahan

Bawang merah 2 biji (hiris)
Bawang putih 2 ulas (hiris)
1/2 ibu jari halia (hiris)
Beras wangi 4 cawan
Santan pekat 1 cawan
Air 6 cawan
1 batang serai (di ketuk) (nie optional)
Sedikit minyak masak
Garam
Daun pandan

Cara-caranya
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia dengan sedikit minyak masak (tumis agak-agak layu je jangan sampai bawang jadi hitam)
2. Campurkan bawang yang dah ditumis tadi (dengan minyak-minyak tumisan tu sekali) dengan beras, daun pandan, santan, perasakan dengan garam. Gaul rata semua bahan dengan beras.
3. Masak dalam rice cooker. Bila dah masak, gaul rata.
4. Hidangkan dengan telur rebus, mentimun dan sambal ikan bilis/udang/sotong, dan juga sedikit ikan bilis goreng.

KOLEKSI RESEPI