Actually resepi bebola roti goreng nie aisyah dah pernah share di sini sebelum ini...dan resepinya boleh di lihat di sini: http://jintan-manis.blogspot.com/2010/12/bebola-roti-goreng.html. Bila beli roti kadang-kadang tak habis, jadi aisyah transform jadi bebola roti goreng ini. Sedap di makan dengan sos cili.
Di dalam blog ini, Aisyah ingin memaparkan resepi-resepi yang telah Aisyah cuba dan menepati citarasa keluarga. Disamping itu, Aisyah juga berminat untuk berkongsi ilmu dari pelbagai buku dan sumber yang pernah Aisyah baca diwaktu santai. Semoga dengan kewujudannya dapat dimanfaatkan oleh semua.
Memaparkan catatan dengan label KUIH MUIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH MUIH. Papar semua catatan
Sabtu, 22 Januari 2011
ROTI JALA & KARI AYAM
Assalammualaikum wbkt...
.
Actually roti jala ini adalah resepi yang takde plan pun tetiba je buat....lawak betul...actually, satu malam tu aisyah ajar anak buat myth...kali nie dia belajar multiplication....jadi kena hafal sifir..then habis semua dalam pukul 12 malam....then lepas tu dia cakap..."mummy, I am hungry, my stomach is rumbling"....peh, pukul 12 malam tu...jadi mama dia punya solution adalah; "would you like to have biscuits with tea, or cereal with milk (we have variety of cereal in this house, you can eat with banana, with fruits, oat etc etc)...She replied: "no mum, i want to have the one i ate during kelas hadis...somekind like yellow noodle and dip with curry"...fuh puas mak dia pikir apa la yang dia nak nie rupanya roti jala yang aisyah bagi dia makan time ada majlis maal hijrah beberapa hari lepas...owh...ok, yes mummy can cook that for you, but not now...because you are going to school tomorrow.....she said: oh no mum i really want to eat that...please mum, please mum please..please please. Then I said: I will cook the curry and you can eat with bread. Then she satisfied.
.
Apa lagi terus masuk dapur...potong ayam kecil-kecil, kupas kentang n bawang, tumbuk segala, bancuh tepung untuk roti jala dan buat kuah kari dulu, at the same time blender bancuhan tepung...tepat jam 1 pagi...siap lah kari ayam & juga beberapa keping roti jala....may daughter punya la suka bila tgk aisyah tengah menjala roti...."mum, i really love you...love you you know"... with lots of kisses and hugs. Dia tak sangka la yang aisyah akan buatkan roti sbb dia expect yang dia akan makan dengan roti putih.....punya lah dia happy senyum sampai ke telinga..malam tu dia tidur dengan nyenyaknya selepas menghabiskan 5-6 gulung roti jala dengan kuah kari... Esok paginya aisyah buat kan lagi roti jala for my husband yang baru balik dari kerja pukul 6 pagi...and keep some for jannah's breakfast..
.
Ok, dah banyak dah berceloteh, jom aisyah kongsi resepinya;
.
Resepi asal adalah mlik kak umi kuantan dari blog: home sweet home, terima kasih atas resepi roti jala ini...mmg sedap dan mudah buat roti jala nie, yang agak time consuming adalah kat bahagian nak menjala tu...lebih elok kalau lubang jala tu besar sikit jadi mudah nak menjala dan cantik hasilnya.
.
Bahan-Bahan (ROTI JALA)
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 telur
secubit garam
sedikit pewarna kuning
.
Cara-cara
- kisar semua bahan dalam blender, perap seketika dalam 1/2 jam dan terus boleh menjala
- panaskan kuali non stick, sapu dengan sedikit minyak...teruskan dengan menjala dan biar hingga tepi-tepi roti dah agak garing dan tanggal dari kuali, dan kemudiannya lipat atau gulung ikut citarasa masing-masing.
.
(Note 1: that night aisyah tak perap pun, tak sempat...lepas blend terus menjala :).
(Note 2: kalau untuk makan 2-3 orang rasanya cukup jika gunakan resepi ini, tapi kalau family agak besar, baik gandakan resepi...takut tak cukup)
.
Resepi kari ayam ini adalah resepi aisyah sendiri, actually nie resepi campak-campak je sbb nak cepat :) hehehehe
.
Bahan Kuah Kari Ayam
1 mangkuk sederhana ayam yang dah di potong kecil
1 mangkuk sederhana kentang
3.5 sudu serbuk kari ayam adabi (bancuh dengan sedikit air)
3 bawang putih
4 bawang merah
1 inci halia
1/2 cawan susu segar
minyak secukupnya
sedikit kayu manis (panjang ibu jari), bunga lawang (1 biji) dan buah pelaga (1 biji)
.
Cara-cara
- tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia
- panaskan minyak
- tumiskan kayu manis, bunga lawag, buah pelaga dan bahan yang di tumbuk hingga garing.
- masukkan serbuk kari ayam, tumis lagi hingga naik minyak
- masukkan kentang dan air dan biarkan seketika. Bila kentang dah 1/2 masak baru masukkan ayam.
- masak hingga ayam dan kentang lembut. Last sekali masukkan susu segar dan perasakan ia.
- letakkan sedikit gula jika suka (sebab ada sesetengah orang yang gemar supaya kuah ini manis sikit).
Ahad, 9 Januari 2011
PUDING KASTAD JAGUNG
Assalammualaikum wbkt,
.
Semalam ada event bersama kaum wanita di rumah seorang jiran Aisyah iaitu Puan Rohaida, jadi Aisyah pun pening juga mulanya nak bawa menu apa...sebabnya Aisyah belum pi shopping barang rumah lagi, sebab biasanya pergi pada hari Ahad di mana suami free dan anak pun tak bersekolah, jadi barang yang ada di rumah sangat lah terhad. Mula-mula fikir nak buat puding karamel, tapi telur dah habis pula...then teringat nak buat serimuka, sebab stok pulut masih ada, tapi teringat lah pula yang kena letak juga telur dalam resepi tu...then fikir2 menu2 lain..kuih dadar, kuih talam, bebola roti, french toast...etc etc dan nampaknya semuanya kena gunakan telur. Hish, nampaknya semua jenis kuih tak menjadi. Aisyah terus tawakkal sahaja, ya Allah mudah-mudahan engkau bantu aku, beri idea pada aku apa kah menu yang aku nak buat ini. Tup-tup ternampak pula sweetcorn dalam tin dan macam ada magic teringat pula masa kemas drawer di dapur dua hari lepas Aisyah masih ada stock tepung kastad yang belum di gunakan. So apa lagi, nie lah projek hari ini iaitu puding kastad jagung. Rasa happy sangat sebab dah dapat solution, alhamdulillah.
.
Actually buat puding ini mudah sangat tau dan bahan-bahannya pun senang. Resepi puding jagung ini adalah milik F&N (myresepi) yang telah di cuba oleh ramai blogger-blogger masakan lain. Semuanya gembira dengan hasil yang di buat. Terima kasih kepada penyumpang resepi asal. Boleh lihat linknya di http://www.myresipi.com/top/detail/138 Puding ini sedap, dan tidak terlalu manis. Sangat sesuai untuk di buat time kenduri kendara atau mium petang. Lebih sedap jika di sejukkan :). Aisyah kongsi resepinya di sini sebagai rujukan kepada mereka yang berminat.
.
Bahan-Bahan
1 cawan tepung kastad (aisyah suggest gunakan brand bird custard)
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1.5 cawan susu cair (bermaksud 1 cawan + 1/2 cawan susu cair)
.
Cara-cara
- Masak 3 cawan air dalam kettle (cerek) hingga mendidih
- gaulkan tepung kastad dengan susu cair di dalam besen. Gaul rata hingga tidak berketul. Gunakan tangan untuk dissolve tepung dengan air hingga sebati dan tiada ketulan. Masukkan gula dan jagung manis dalam besen
- Hidupkan api. Gunakan api sederhana. Masukkan air yang telah mendidih dari cerek tadi (iaitu 3 cawan air tadi) ke dalam periuk dan letakkan periuk atas api.
- Gaul sekali lagi tepung + susu cair tadi (pastikan sebati). Kemudian tuang ke dalam periuk dan sentiasa kacau.
- Kacau kastard hingga jadi likat, berkilat dan macam ada letupan-letupan kecil.
- Tuang ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan ia.
.
(Nota 1: Actually boleh saja gaulkan semua bahan dan masuk terus dalam periuk dan kacau hingga masak, tapi bila gunakan cara ini ianya makan masa yang sangat lama nak tunggu adunan tu mendidih dan manjadi likat. Jadi, ikut petua ibu Aisyah dia biasanya akan gunakan air mendidih, jadi tidak perlukan masa yang lama untuk memasaknya dan hasilnya juga licin dan cantik serta tidak berketul).
(Nota 2: Sekiranya anda nak letakkan puding ini di dalam bekas kaca, elok jika basahkan dulu bekas kaca dengan air masak, supaya mudah memotong nya, jadi bila memotong tu takde lah melekat ke etc yang mungkin boleh mencacatkan rupa bentuk puding ini)
.
(Nota 3: Sekiranya anda berhasrat untuk bawa ke majlis, Aisyah suggestkan agar anda gandakan adunan. Aisyah buat double dari adunan di atas dan dapat 1 loyang sederhana, dan just nice untuk di bawa ke rumah rakan. Kalau buat satu adunan rasanya terlalu sedikit, takut tak cukup ;) hehehe).
Ahad, 2 Januari 2011
KUIH BAKAR PISANG
Assalammualaikum wbkt..
.
Malam tadi, sewaktu berbual dengan rakan-rakan, ada kawan Aisyah yang beritahu bahawa dia ada banyak stock pisang di rumahnya. Jadi dia masak cekodok pisang berulang-ulang kali hingga anak nya dah naik boring dengan resepi yang sama. Jadi hari ini, Aisyah nak share resepi kuih bakar pisang. Actually pisang ini boleh di pelbagaikan menunya. Kita boleh buat pengat pisang, lempeng pisang campur oat, atau buat lepat pisang dan bermacam-macam lagi. Kalau rasanya dah agak boring dgn cekodok pisang (yang agak kurang sihat sbb byk berminyak), apa kata kita cuba pula resepi mudah ini.
.
Sememangnya kuih-kuih bakar adalah sangat mudah di buat dan menjimatkan masa. Bahan-bahannya juga mudah di perolehi. Dapur kita juga tak kotor, dan semua bahan masukd alam blender dan terus bakar dalam oven. Walaupun resepinya mudah dan kosnya murah, insyaAllah rasanya digemari ramai.
.
Resepi ini asalnya dari Cikgu Zana dan telah di cuba oleh ramai orang. Aisyah ada buat modification sikit dan di bawah adalah resepi yang Aisyah guna. Hasilnya memang sedap dan lembut.
.
Bahan-Bahan
6 biji pisang (aisyah guna pisang yang di jual di tesco tu- tak tau apa namanya, tapi mmg bukan pisang emas- but ala-ala pisang montel/ berangan)
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter
sedikit bijan (untuk di taburkan)
.
Cara-cara
- panaskan oven pada suhu 180 darjah
- sapu loyang dengan sedikit minyak masak dan masukkan sebentar dalam oven (utk loyang jadi panas)
- kisar semua bahan dengan blender
- keluarkan loyang dan tuang adunan dalam loyang
- taburkan bijan
- bakar semua selama 1 jam. Kalau nak kerak yang lebih banyak, tambahkan masa membakar ikut citarasa anda.
- biarkan sejuk dahulu sebelum di potong.
.
Nota: Aisyah guna loyang kaca empat segi saiz sederhana dan hasilnya agak rendah. Jika anda suka kuih yang agak tinggi, gunakan loyang agak kecil.
Jumaat, 17 Disember 2010
BEBOLA ROTI GORENG
Assalammualaikum wbkt.
Hari ini Aisyah nak share resepi bebola roti goreng...Aisyah ternampak resepi ini kat blog kak hana (http://hanamemories.blogspot.com/2010/08/roti-bebola-daging.html) dah lama dulu, dan tiba-tiba teringat pula kat dapur ada roti yang dah nak expired....jadi daripada tak termakan, Aisyah pun transform jadi bebola roti goreng ini...Alhamdulillah, takdelah jadi terbuang roti tu....tu lah kan, kadang kala bab masak-memasak nie kena gunakan kreativiti sikit, jadi makanan kita tidak mambazir...contohnya kalau ada biskut balance2 yang anak kita tak termakan tu, kita boleh simpan dan gunakan untuk pekatkan kuah mee bandung....takpun kalau ada lebihan nasi, boleh masukkan dalam cekodok/ jemput-jemput untuk breakfast, jadi nasi tu tidak lah kita buang begitu saja...
Bagi sesiapa yang nak mencuba, bebola roti ini sangat sedap tau...rasanya macam makan chicken ball...betul, tak tipu punya....dan ianya tak serap minyak....Aisyah pun rasa terkejut juga mula-mula tu macam tak percaya je rasanya sedap begini...anyway, terima kasih banyak lah kepada empunya resepi Lizahanum atas perkongsian resepi ini...Aisyah perpanjangkan di sini sebagai rujukan kita semua ok
Bahan-Bahan
Cara-cara
- 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil (saiz 1/2 ibu jari)
- 2 biji telur (saiz besar)
- 3 batang cili merah ~ dihiris
- 1 biji bawang besar ~ didadu halus2
- sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- garam secukup rasa
- perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
- minyak utk menggoreng
- Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
- Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata.
- Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
- Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
- Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.
Sabtu, 20 November 2010
PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT
Assalammualaikum wbkt,
.
Hari ini Aisyah nak share resepi puding karamel lapis coklat...resepinya sama sahaja seperti resepi puding karamel plain yang Aisyah cuba sebelum ini (yang di ambil dari resepi raidah), cuma kali ini Aisyah bahagikan adunan telur dan susu tu kepada dua bahagian, satu bahagian di biarkan plain, dan satu bahagian lagi Aisyah campurkan dengan 1.5 sudu makan serbuk koko dan gaul rata-rata (jangan bagi berketul) dan kemudiannya tapis. Kemudian, sewaktu mengukus, mulakan dengan 1/2 adunan plain (kukus selama kira-kira 8 minit), then tuang pula dengan 1/2 adunan coklat, then teruskan hingga habis....ianya akan dapat 4 lapis seperti di dalam gambar..
.
Puding karamel lapis coklat ini lain sikit dari segi rasa, ada rasa coklat-coklat gitu...sedap...dan nampak lebih anggun dari yang plain...sebab style lapis-lapis gitu...cuma ianya agak remeh sikit sebab kena kukus selapis demi selapis...sekiranya masa mengizinkan dan nakkan dessert yang berlainan sikit dari biasa, pusing karamel lapis coklat ini memang sesuai untuk di cuba...kalau nak tengok resepi puding karamel plain tu boleh tgk di link sini ya:
.
Khamis, 11 November 2010
PUDING KARAMEL
Assalammualaikum wbkt, .
Hari nie Aisyah nak share resepi puding karamel. Alhamdulillah, Aisyah happy sangat tengok puding nie cun je..heheheh. Puding nie sedap tau...rasanya lemak manis berkrim di sukai ramai. Puding nie mmg favourite Aisyah dan suami. Adik beradik Aisyah pun sangat gemarinya. Aisyah selalu buat time bulan Ramadhan sebagai satu juadah berbuka puasa. Teringat dulu masa belajar selalu beli kat bazar ramadhan, waktu tu harganya seringgit (utk sehiris kuih) dan rasanya sekarang tak dapat dengan harga tersebut. Mungkin dah naik 2-3 ringgit kan? Apa-apa pun masak sendiri lebih puas hati, bahan yang digunakan lebih berkualiti dan kuantitinya juga lebih banyak.
.
Aisyah tau tentu ramai yang minat puding ini kan? puding nie senang sangat tau dah hasilnya juga cantik....Actually buat puding nie ada risiko juga, kadang-kadang kuah karamelnya terpahit lah, kadang-kadang terlembik sangat lah, kadanh-kadang macam terkeras pun ada, jadi kali ini Aisyah nak share resepi puding karamel yang just nice je!..insyaAllah anda semua akan puashati dengan hasilnya. Pemilik asal resepi adalah dari blog "resepi raidah" yang telah pun di cuba oleh ramai orang lain dan masing-masing gembira dengan puding karamel yang di hasilkan. Aisyah ada buat sedikit modification (resepi yang Aisyah gunakan adalah seperti di bawah) dan puding itu cantik je ketika di potong serta sesuai je tahap kelembutannya. Jom cuba resepi mudah ini, insyaAllah keluarga anda menyukainya.
.
Bahan-bahan
6 biji telur
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
3/4 tin air (guna tin susu cair tu juga sebagai ukuran)
1 sudu teh esen vanila
.
Bahan gula karamel
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
.
Cara-cara
- Mula-mula panaskan pengukus.
- Kemudian buat gula karamel. Panaskan kuali, dan masukkan 1/2 cawan gula atas kuali. Nanti gula tu akan cair dan berwarna keemasan. Jangan tunggu sampai semua gula hangus, bila separuh dari gula dah nampak cair dan bertukar warna emas, cepat-cepat tuang air (tak payah tunggu semua gula cair sbb nanti gula tu jadi pahit pula). bab nie kena hati-hati sikit sbb bila kita letak air, gula tadi akan memericik macam gunung berapi...jaga-jaga tau takut kena muka..elok juga kalau pakai topi keledar bertutup sewaktu nak buat air gula nie (lawak je!)...kalau boleh gunakan periuk utk buat gula, dan tuang air dengan senduk yang panjang so jauh sikit lah dari muka kihkihkih (eii aisyah serius nie tau). Then kacau rata-rata bagi semua gula cair dan kemudiannya bolehlah tuang ke dalam loyang.
- Kemudian, pukul 6 biji telur dengan garfu hingga agak kembang. jangan lama-lama sangat, Aisyah pukul kira-kira 30 saat-1 minit je. Then masukkan gula, dan kacau lagi rata-rata. Then masukkan susu cair dan air dan juga esen vanila. Tapiskan ia (penting nie untuk tapiskan dan dapatkan hasil yang gebu)dan tuang kedalam loyang yang berisi gula karamel tadi.
- pastikan air di pengukus tu dah mmg panas menggelegak
- masukkan ke dalam pengukus dan kukus 25-30 minit.
- kemudian angkat dan sejukkan. Bila dah betul-betul sejuk ambil pinggan besar/ dulang yang sesuai dan terbalikkan ia.
.
Nota: penutup pengukus itu hendaklah di balut dengan kitchen towel jadi air pengukus tidak masuk ke dalam puding karamel.
CHESTNUT
Assalammualaikum wbkt.
.
Pernah tak tengok buah ini? Orang melayu panggil sebagai buah berangan, mat saleh pula panggil chestnut. Aisyah pun tak pastilah kenapa namanya "buah berangan" dan sapa lah agaknya yang bagi nama macam tu...kesian kan? Tu lah kan, kita nie kalau ada peluang nak beri nama, berilah nama yang baik, sebab itu sangat penting. Panggil kawan pun dengan nama-nama yang baik, dan jangan sekali-kali kita gelarkan orang dengan nama-nama yang tidak elok. Mungkin kita tak sengaja, saja je panggil orang "minah kepoh" ke, "mat cacing" ke etc, tapi itu adalah gelaran-gelaran yang dilarang dalam Islam.
.
Aisyah seronok tengok kawan-kawan beri nama yang baik-baik pada anaknya...ada tu letak nama nabi-nabi seperti Yusuf, Adam, Ismail, atau pun nama-nama yang terkenal di dalam Al-Qur'an seperti Luqman-Al Hakim...takpun ambil nama-nama dari sahabat-sahabat nabi seperi Muaz, Mus'ab, Talhah, Ubaidah, Umar Al-Khattab, Abdul Rahman Auf, Abu Bakar, Hamzah ataupun nama-nama perempuan yang baik seperti Khadijah, Ai'syah, Maryam, Fatimah etc...mudah-mudahan anak yang diberi nama yang baik ini pun akan jadi baik seperti tokoh yang tersebut.
.
Cuba bayangkan kalau kita beri nama yang pelik-pelik sangat, mungkin satu masa nanti anak kita pun akan pertikaikan kepada kita, kenapa tak berikan nama-nama yang baik pada mereka, sebab kadang-kadang ramai yang hanya mementingkan bunyi yang sedap di dengar tapi langsung tiada makna.
.
Kenapa pula kita mesti malu kalau nama anak kita Muhammad, atau Ibrahim, yang bercirikan Islam? Adakan kita rasa nama anak kita macam tak cukup moden jika nak dibandingkan dengan nama glamer-glamer anak orang lain? Jangan ada fikiran begitu. Mengikut statistik di UK dua minggu lepas, nama Muhammad adalah yang paling popular di kalangan bayi yang baru di lahirkan di negara ini. Kadang kala, ada pendapat yang mengatakan nama seperti Ibrahim tu nampak kolot...nama seperti Yusuf tu nampak kampung....padahal tidak kah dia tau bahawa yang empunya nama itu adalah seorang nabi yang bertaraf tinggi di dalam Islam, dan apakah dia merasa "lebih" jika di berikan nama anak dengan rhyme mat saleh, padahal pada Aisyah kalau dah jawa tu, jawa jugak lah...pakai lah nama mat saleh macam mana pun tetap jawa jugak sebab kita nie bukannya lahir sebagai anak mat saleh.....janganlah perasan..kalau dah mmg tak mat saleh tu, pakai lah contact lense warna apa pun, warna lah rambut kasi kaler apa pun...tetap tak nampak macam mat saleh jugak....hahahhaha....(maaf lah kalau ada yang terasa dengan statement ini, tapi janganlah kecil hati ye, sbb Aisyah sendiri pun jawa juga!).
.
Apa hebatnya nak bergaya dan berpakaian macam mat saleh? Apa hebatnya nak nama macam mat saleh? Mat saleh tu pun banyak pakai nama nabi juga....macam David, John, Solomon, Jonah etc..
.
Allah tak lihat rupa kita, Allah tak nilai moden mana nama kita, Allah tak ukur dari segi harta kita, tapi Allah melihat pada hati kita.
.
Tengok macam Bilal, sahabat nabi yang dijanjikan syurga....dia bukan orang kaya...malahan hamba yang berkulit hitam legam...nama pun tak milennium pun, tapi semua orang yang melaungkan azan di panggil bilal, padahal nama sebenar orang yang azan tu adalah ali, ahmad, atan etc etc....tapi tetap juga di panggil bilal masjid...
.
Tengok apa yang Allah sebut dalam Al-Qur'an..."...perempuan hamba yang hitam tetapi beriman lebih baik dari perempuan musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu..."(Al-Baqarah:221).
.
Ok, ok sekarang kita masuk balik cerita buah berangan ini ye...buah ini sangat banyak di jual pada bulan november sebab sekarang mmg musim buah ini. Ada jenis yang manis dan ada juga jenis yang tak manis. Jadi hati-hati sikit waktu membeli. Aisyah makan buah ini masa berjalan ke Istanbul beberapa bulan lepas, banyak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual buah ini sebagai snek. Cuma buah ini kurang popular di Malaysia sebab cara nak mamasaknya agak rumit. Mula-mula, pecahkan sedikit buah tersebut, supaya wap panas tak terkumpul di dalam sewaktu memasak buah ini. Kalau kita tak pecah kan sedikit kulitnya nanti buah ini akan meletup ketika di panggang. Hati-hati sikit sewaktu nak pecahkan kulitnya takut terluka tangan. Aisyah letak pisau atas chestnut tu dan ketuk pisau dengan alu lesung batu. Kulitnya biasanya licin, jadi kalau potong pakai pisau tu takut tergelincir pula pisau dan mmg membahayakan.
.
Selepas itu kita boleh panggang atas api, atau panggang dalam oven (dengan api maximum) kira-kira 40-45 minit. Kacau ianya sekejap-sekejap. Kalau buah ini dah masak, kulitnya akan longkah dari isinya dan sangat senang untuk di kupas. Selain itu isinya akan berwarna putih. Buah ini akan mengeluarkan getah ketika di masak dan getahnya boleh menjadikan periuk kita jadi hitam. jadi seeloknya panggang dalam oven dan gunakan tray kaca yang sesuai, jadi mudah untuk kita nak cuci nanti.
.
Jumaat, 9 Julai 2010
KUIH DADAR/ KUIH GULUNG
Kuih ini adalah kuih yang paling hubby Aisyah suka....salah satunya sebab ianya menggunakan daun pandan...rasanya semua kuih yang menngunakan daun pandan asli mmg dia gemari....cuma kena guna daun pandan yang betul tau, yang perasa-perasa pandan nie tak original, so, biasanya kalau beli daun pandan tu Aisyah beli agak banyak utk buat stok.
.
Aisyah pernah buat kuih nie lama dulu...then tiba-tiba teringin pula nak makan. Kuih ini rasanya sedap sangat, terutama jika baru masak, rasa "warm" dengan kulit dadar tu bercampur dgn isi nya yang manis-manis gula merah berkelapa...fuh mmg mengancam!
.
Anak Aisyah tak gemar inti kelapa gula merah tu, instead dia suka jika di letakkan inti chocolate spread. Rasanya sedap! Tak pun, gantikan dengan homemade kaya (mmg ada kawan Aisyah yang pakar buat home made kaya nie) mmg best. InsyaAllah bila ada kesempatan Aisyah share resepinya ok.
.
Resepi asal kuih dadar ini dari Gert yang lama menetap di US. Resepi ini menghasilkan kira-kira 6 kuih dadar, jadi kalau yang berkeluarga besar, sila tingkatkan kuantiti anda ok, takut tak cukup. One more, gunakan kuali non-stick berkualiti tinggi utk dapatkan kulit dadar yang memuaskan.
.
Untuk Tepung dadar
1 cawan tepung
2 biji telur
1/2 cawan santan (Aisyah ganti dengan susu segar full cream)
1 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu makan minyak masak
3-4 helai daun pandan
.
Cara-cara
- blender daun pandan dengan 1 cawan air (yang ada dalam resepi ini). Tapiskan dan ambil airnya sahaja.
- Blender semua bahan (tepung, telur, air pandan etc etc). Tapiskan.
- Panaskan kuali non stick. Aisyah guna api 4. Jgn guna api terlalu besar ok, dan kalau terlalu kecil pula lambat sgt nak masak, jadi gunakan api yang sesuai (api sedarhana)
- sapukan kuali non stick dengan sedikit minyak.
- ambil 3/4 senduk bancuhan tepung, dan dadarkan dalam kuali (macam kita buat telur dadar tu).
- Biarkan hingga tepi-tepi nya nampak macam dah agak garing sikit. Terus terbalikkan ia. Biarkan selama 20 saat lagi dan angkat.
- isi inti dan boleh di hidang.
.
Untuk inti kelapa
2 cawan dessicated coconut
3/4 cawan air
3/4 cawan gula merah
gula pasir secukupnya (boleh adjust ikut nak manis/ tak manis). kalau rasa gula merah tu dah cukup manis, tak perlu campur gula pasir.
.
Cara-cara
- masak semuanya dalam periuk dengan api sederhana, dan masak hingga air agak mengering dan inti menjadi sebati.
SERAWA DURIAN
Sekarang di Malaysia mmg tengah musim durian dan buah-buahan kan? Wah mmg lah beruntung orang Malaysia, kena banyak syukur sebab di limpahi dengan dusun-dusun yang mempunyai buah-buah yang lazat. Kalau nak pelbagaikan durian ini, selain dari di makan terus, enak juga di makan bersama pulut atau dipanggil serawa durian.
.
Biasanya, serawa durian ini mesti berwarna kecoklatan...rata-rata semua orang buat begitu. Tapi suami Aisyah dia ada taste lain sikit, yang mana dia suka kalau serawa durian tu di letakkan daun pandan, jadi bau pandan bersama dengan durian, dan warnanya yang kehijau-hijauan mmg menjadi pilihannya. So, Aisyah mmg biasanya ikut version yang berdaun pandan ini (nie kira invention baru je!), kerana sesuai dengan selera seisi keluarga.
(sumber asal dari : Almari Resepi)
Untuk Pulut
- masak 2 cawan pulut dengan 2 cawan santan cair, beserta secubit garam di dalam rice cooker hingga masak. Sejukkan ia.
(Nota: Aisyah masak pulut dgn air je, tak campur dgn santan, dan rasanya tak berbeza sgt)
Untuk Kuah Serawa Durian
- 4 ulas isi durian
-2 sudu gula merah
-gula putih secukupnya (ikut kemanisan yang diingini)
-1 cawan santan pekat (Aisyah tukar dengan 3/4 tin susu cair)
-2 cawan air (aisyah masukkan air secukupnya- bab ini ikut lah nak tambah atau nak kurang)
- Aisyah tambah dgn 3 sudu makan quaker oat (di blender kering). Tujuan quaker oat ini adalah utk menghasilkan kuah serawa yang agak pekat. Biasanya kalau di Msia kita mmg boleh gunan kuantiti durian yang byk, dan kuahnya mmg pekat, tapi bila duduk jauh nie durian pun mahal, jadi kena pandai-pandai lah modify utk bagi kuantitinya byk, dan rasanya tetap terpelihara).
- 6 helai daun pandan (di belender dengan 2 cawan air di dalam resepi ini tadi). Tapis dan ambil airnya sahaja.
- sedikit pewarna hijau, jika suka.
.
Cara-cara
- Rebus durian tu dgn 2 cawan air pandan tadi hingga durian menjadi kembang. Kemudian masukkan susu cair, pekat, quaker oat, gula merah & gula putih. Kacau sehingga sebati dan pekat. Adjust air ikut kepekatan yang diingini. Begitu juga dgn gula, adjust kuantiti gula hingga menepati citarasa anda.
.
AIR KACANG SOYA
Assalammualaikum wbkt,
.
.Aisyah memang minat air kacang soya nie tau, tapi taknak yang kat dalam kotak tu, tak fresh....Aisyah suka yang original tanpa bahan pengawet. Masa belajar dulu time bulan puasa hari-hari beli di bazar ramadhan dengan sorang akak tu (dia pakai purdah) dan anaknya budak lagi dalam umur 10 tahun membantunya menjual air soya nie...fuh mmg fresh, pekat dan sedap!
.
Aisyah dah pernah buat lama dulu kira-kira 3 tahun lepas buat air soya nie...tu yang bila jalan-jalan di Tesco ada nampak kacang soya terus teringat nak buat air soya sendiri (huh, ingatkan macam sempat je nak buat) hahahha...Last-last terperap lah kacang soya nie buat 2-3 minggu, kira projek terbengkalai lah nie...then, one day teringat yang ada beli kacang soya...apa lagi, malam-malam buta (pukul 12 tgh malam buat air kacang soya)! hahahahhaha...tapi Aisyah memang biasa masak malam-malam nie, pernah tu mmg pecah rekod masak mee kari pukul 12.45-1.00 malam...hubby dan anak yang dah tido kat tingkat atas pun siap bangun semula, "mama masak apa bau sedap sangat nie?", then dgn diaorang sekali terus makan malam-malam buta tu...hehehehe...
.
.
Resepi ini menghasilkan air soya yang agak banyak....kira-kira 2 periuk saiz sederhana....kalau keluarga dalam 5-8 orang mungkin sesuai untuk resepi ini. Tapi kalau cuma 2 orang sahaja, baik gunakan 1/2 resepi sahaja rasanya sudah mencukupi.
.
Bahan-bahan
500gram kacang soya (direndam dalam air selama sekurang-kurangnya 6 jam, di ramas utk buang kulitnya dan toskan)
Air secukupnya
Gula secukupnya
Daun pandan 3 helai
.Kain kasa diperlukan utk menapis air kacang soya ini. Kalau takde kain kasa, dinasihatkan gunakan je tudung bawal anda yang masih baru tapi tak pernah pakai/ tak minat nak pakai ok. hahahahha
.(Nota: jangan guna tudung ariani ke, tudung jelita ke, tudung sri munawwarah ke, tudung thai silk yang awning-awning tu ke, hah kalau luntur colour tudung tu habis air soya jadi warna-warni - Aisyah tak bertanggungjawab ok, hehehehehhe). Seelok-eloknya test dulu sama ada luntur atau tidak warna tudung tu. Tapi Aisyah dah try guna tudung bawal yang baru berwarna merah pekat lagi, tapi syukur takde luntur langsung (terpaksa sacrifice sehelai tudung)!
.Cara-cara
.- Kisar 1 cawan kacang soya dengan 2.5 cawan air masak hingga betul-betul lumat. Tapiskan ia dengan kain kasa, dan buangkan hampas soya.
.(Nota: Aisyah guna 2.5 cawan air, so nice je rasanya. Terpulanglah, kalau nak yang agak cair sikit, boleh blend dgn 3 cawan air - anyway, boleh adjust ikut citarasa masing-masing nak pekat mana air soya tu).
.- Ulangi proses yang sama hingga kacang soya habis.
.- Masak atas api kecil hingga mendidih dan hendaklah di kacau sentiasa. Masukkan juga daun pandan yang dah di ikat
.- Letakkan gulanya ikut citarasa.
.(Nota: hari tu Aisyah dah ngantuk so Aisyah masak pakai api maximum, then kacau sentiasa. Alhamdulillah ok, experimen menjadi, dan takde la rosak ke apa susu tu).
.Anyway, bila air soya tu dah masak, baunya menjadi harum dan takde rasa getah susu soya tu. (faham tak nie? ha tak kisah lah). Dan apabila di minum, takde rasa kelat-kelat ke etc. Kalau ada rasa kelat-kelat tu maksudnya tak cukup rebus la air soya tu. Rebus hingga berasap-asap gitu. Then, adjust kepekatan air soya ikut citarasa anda.
.Ada yang suka campurkan dengan susu manis atau susu cair sewaktu merebus air kacang soya ini untuk dapatkan rasa yang lebih lazat. So, terpulanglah ikut suka hati masing-masing. Cuma Aisyah lebih gemar yang original baru kaw kaw! hik hik hik hik...
..Selamat Mencuba!
Khamis, 10 Jun 2010
KUIH BAKAR LOBAK MERAH / BINGKA LOBAK MERAH
.
Aisyah memang penngemar kuih-kuih bakar nie tau. Masalahnya kuih bakar banyak menggunakan santan, jadi terpaksa buat kuih nie, jarang-jarang. Tapi insyaAllah hari ini Aisyah nak share kuih bakar yang sedap tapi sihat. Sapa yang dah pernah rasa sure setuju bahawa kuih nie memang lemak berkrim, di sukai ramai. cara membuatnya juga mudah.
.
Aisyah berterimakasih kepada Hajah Masnooraini yang berjiran dengan Aisyah, kerana sudi berkongsi resepi ini dengan kita semua. Aisyah perpanjangkan di blog ini sebagai rujukan kepada sesiapa yang berminat. Hajah Mas nie dari Brunei, mmg jauh resepi nie ikut sekali dia merantau ke negara orang. Apa-apa pun, jom kita tengok resepinya. bahan-bahan ini menghasilkan 2 loyang kuih bakar (saiz agak besar). bagi yang berkeluarga kecil, rasanya cukup jika buat 1/2 adunan sahaja. Tapi kalau dah terbuat banyak tu, boleh je hantar ke rumah No. 38! heheheheh!
.
Bahan:
1 kg carrot-di potong saiz ibujari, dan direbus untuk melembutkannya.
1 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1/2 tin susu manis - aisyah tak letak pun susu manis sebab takde dalam stock
250 gm mentega
1 cwn susu cair - Aisyah guna susu segar full cream
5 biji telor
sedikit garam & pewarna kuning
.
Cara-cara
- Blend semua bahan hingga sebati. Panaskan oven pada suhu 180 darjah.
- Lengser loyang dengan 2-3 sudu minyak. Masukkan loyang dalam oven utk 2-3 minit.
- Kemudian keluarkan dan tuang dengan adunan yang dah di blender.
- Taburkan dengan bijan, dan bakar hingga masak
.
Nota: Kalau buat 1 adunan kuih ini, Aisyah rasa kena blend 2 kali sebab saiz blender tu tak muat kut. Ataupun, blend dulu carrot dengan susu, dan kemudian gaulkan nya rata-rata dengan bahan-bahan lain. Bila dah masak, kuih ini memang nampak macam agak lembik, tapi jangan panic, tu la rahsianya agar kekal lembut dan gebu. Biarkan sahaja hingga betul-betul sejuk, baru lah boleh di potong. Lagi moist jika di biarkan semalaman (jadi kuih akan jadi betul-betul sejuk dan cantik di potong).
Ahad, 7 Mac 2010
PISANG GORENG BERBIJAN
.
Ikut dari petua kak D yang diperolehi dari penjual gorang pisang, beberapa ketul kiub ais dimasukkan ke dalam bancuhan tepung tersebut. Tapi, Aisyah tak letak pun sebab takde ais kiub. hehehe. Anyway, insyaAllah itu bukan hal besar, insyaAllah hasilnya tetap memuaskan. Aisyah pernah bertanya dengan seorang kakak penjual goreng pisang di taman perumahan Aisyah, dia beritahu yang kalau nak pisang goreng kita cantik dan rata tepungnya, blender tepung bancuhan tersebut supaya tak berketul, insyaAllah waktu kita goreng tu rata je menyaluti pisang goreng kita.
.
Kalau gunakan pisang yang masak, rasa pisang itu dah cukup manis dan tak perlu di cecah dengan apa-apa. Orang kata 'enak walau di makan begitu saja'. Tapi kalau gunakan pisang yang agak muda, orang Johor biasanya cicah dengan sambal kicap yang mudah sangat membuatnya. Apa-apa pun, ianya terserah pada citarasa masing-masing. Tepung bancuhan ini juga sesuai untuk menggoreg sukun, keledek, cempedak dan lain-lain lagi. Jom kita tengok resepinya ok:
.
PISANG GORENG STYLE JINTAN MANIS
.
Bahan-Bahan
75gram tepung naik sendiri
60gm tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
2 sudu makan gula (rata) - optional
1/2 sudu makan minyak masak - optional
1/2 sudu makan bijan - optional
Air secukupnya
.
Cara-cara
- Gaulkan semua bahan (kecuali bijan), dan kacau rata hingga sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan terlalu cair atau terlampau pekat. Asal boleh menyalut belakang sudu, so insyaAllah ok lah tu. Gaul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan bijan dan gaul rata. Siap untuk digunakan.
- Akhir sekali masukkan bijan dan gaul rata. Siap untuk digunakan.
(Nota: Goreng ikut selera anda, kalau nak yang crunchy goreng agak lama sikit hingga agak kecoklatan).
Sabtu, 13 Februari 2010
VADAI
Assalammualaikum wbkt,
.
Hari ini Aisyah nak share resepi vadai, sejenis kuih yang popular di kalangan masyarakat India.. Actually dah lama beli kacang dal nie sebab masa tu teringin nak buat kuih dalca roti canai. Tapi memandangkan takde kesempatan nak menguli roti canai (dan tak tau la bila boleh jadi sempat) hehehhe, jadi sebelum kacang dal nie expired maka Aisyah transform kacang dal tu menjadi kuih ini. Best makan kuih savoury ini terutama di waktu petang atau untuk breakfast. Terutama sebab kat dalam kuih nie ada jintan manis (tu mmg rempah favourite Aisyah tu, sebab tu nama blog nie jintan manis) heheheh...lagi la menambahkan selera apabila memakannya. Resepi asal dari Kak Rinn Chan, terima kasih atas resepi yang best ini, insyaAllah kalau first time cuba pun akan menjadi.
.
Bahan-Bahan
250 gram kacang dal (di rendam dalam air selama sekurang-kurangnya 4 jam, kemudian toskan ia)
2 tangkai cili kering - dihiris halus
1 tangkai daun kari - dihiris halus
1/2 labu bawang besar- cincang halus
1 camca teh jintan manis (biji)
1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa) - Aisyah letak dalam 1 sudu teh garam
.
Cara-cara
- Kisar kacang dal dengan blender. Tak kisah lah kalau ada yang tak hancur sepenuhnya.
- Campur dengan semua bahan. Rasakan garamnya.
- Leperkan dengan tangan dan goreng hingga kecoklatan.
.
(Nota: Aisyah rendam cuma 2.5 jam je sebab nak cepat. Dan Aisyah blender 2/3 dari kacang dal dengan 1/2 cawan air untuk bagi lebih halus sikit, kemudian Aisyah tapis dan buang airnya. Manakala 1/3 kacang dal lagi Aisyah blender kering (tanpa air) dan agak kasar teksturnya. Kemudian, Aisyah campurkan kesemua kacang dal itu, dan gaul dengan bahan-bahan lain. Aisyah juga masukkan sedikit perasa).
Jumaat, 12 Februari 2010
BASBOOSA
Assalammualaikum wbkt,
.
Ok kali ini kita cuba resepi padang pasir pulak, tukar selera dengan manisan dari negara arab. Basboosa ini adalah salah satu kuih yang popular di sana. Rasanya enak, lemak manis dan macam kuih talam bentuknya, dan membuatnya pun mudah. Resepi ini Aisyah dapat dari kawan Aisyah, Rania, seorang wanita dari Mesir yang pandai membuat kuih ini. Kuih ini juga sesuai untuk kenduri kendara, mana lah tau nak tukar selera dan juga cepat di sediakan. Resepi asal menggunakan kuantiti gula yang agak banyak. Jadi Aisyah modify dan kurangkan ikut citarasa Aisyah agar kuih tidak terlalu manis. Di bawah adalah resepi yang Aisyah gunakan setelah Aisyah kurangkan kuantiti gulanya ok.
.
Bahan A (untuk syrup gula)
1 cawan gula
1 cawan gula
1.5 cawan air
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil esen vanilla
.
Cara-cara
- rebus air, gula dan esen vanilla hingga mendidih dan gula menjadi larut. Ketepikan dan biarkan hingga betul-betul sejuk.
(Nota: kita kena buat syrup gula nie dahulu dan sejukkan ia sebelum di gunakan).
.
Bahan B
2.25 cawan semolina (tepung suji)- tak kira lah sama ada jenis fine (tekstur halus)atau coarse (tekstur kasar)
1 cawan marjerin (di cairkan atas api)
1 cawan yogurt perisa asli
1 cawan kelapa parut kering
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan gula
Sedikit kekacang (tak kisah lah sama ada nak guna kacang pistachios cincang/ badam cincang/ kepingan badam/ kacang tanah cincang) untuk hiasan.
.
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius
- Gaul semua bahan hingga sebati, kecuali kacang.
- Sapukan marjerin di atas loyang kuih
- Ratakan kuih di dalam loyang dan padatkan ia.
- Bakar dalam oven selama kira-kira 35-45 minit. Tapi kalau nak bahagian atas dan bawah kuih agak keperangan, tambah masa membakar.
- Keluarkan adunan dari oven dan terus siram dengan syrup gula yang di buat awal tadi. Kita memang akan nampak yang syrup gula tu bertakung atas adunan. Takpe, jangan risau, biarkan je selama kira-kira 30 minit dan kita akan lihat kuih tu akan absorb semua syrup itu.
- Taburkan dengan kacang yang telah dicincang kasar di atas kuih. Potong ikut bentuk yang di sukai.
(Nota: Aisyah hias dengan letakkan kacang tanah di setiap potongan kuih seperti dalam gambar)
Khamis, 31 Disember 2009
PAU DAGING
Assalammualaikum wbkt.
.Alhamdulillah...hari ini Aisyah happy sangat sebab Aisyah dapat buat kuih pau dengan jayanya...actually, nie la kali pertama Aisyah buat kuih pau sepanjang hidup, dan tak sangka ianya nice sangat, dan gebu tau. Aisyah teringin sangat nak makan kuih-muih macam karipap, pau goreng dan juga donat, tapi semuanya jenis goreng-goreng, tu yang takut sikit tu. Jadi, kali ini Aisyah nak try pau yang jenis kukus dan tak berminyak.
.
Terima kasih sangat kepada 'Keluarga Nuragha' yang telah menyumbangkan resepi ini. Nama asalnya adalah Bakpao daging. Orang di Indonesia atau orang cina memanggilnya sebagai Bakpao, tetapi orang Malaysia memanggilnya sebagai pau sahaja. Apa jua nama yang di panggil, kuih nya sama sahaja. Intinya Aisyah letak kari daging dan kentang juga sambal tumis ikan bilis yang ada dalam freezer Aisyah. Tentang inti nie, terpulang lah kepada citarasa masing-masing, sama ada nak letak inti kelapa gula merah, atau kacang merah, atau inti kari ayam atau serikaya.
.
Mula-mula tu, Aisyah takut juga nak buat kuih nie sebab takut tak reti nak balut adunan dengan inti. Tapi, Alhamdulillah, Aisyah dapati ianya sungguh mudah. Ambil adunan sebesar bola ping pong, kemudian leperkan ia dengan kayu bulat (macam nak buat karipap tu), kemudian isikan intinya sesudu, dan tutup pau dengan mencantumkan tepi-tepi kuih tu. Kemudian, bahagian yang kita cantumkan tu lekatkan dengan kertas minyak (supaya ianya tak melekat di pengukus) dan bahagian yang licin di letakkan di bahagian atas kuih pau. Amacam? boleh faham tak explanation Aisyah? Anyway, jangan takut nak cuba, sebab cara nak balut inti nie jauh lagi senang dari nak kelim kuih karipap. My daughter pun excited sangat tolong buat kuih ini. Adunan ini menghasilkan kira-kira 25 biji kuih pau saiz sederhana.
.
Bahan-Bahan
250gm tepung gandum
150gm tepung naik sendiri
11 gram yis (aisyah gunakan 1 sudu makan rata yis)
150gm gula pasir (Aisyah kurangkan gula nie)
150-180 ml air suam (Gunakan 150 ml air untuk bancuh dengan yis, kalau adunan tak sebati/ tak lekat baru tambah air sedikit demi sedikit)
50 gm mentega putih (shortening)- (Aisyah gunakan 1 sudu makan rata marjerin)
(Nota: Air tu mesti lah setakat boleh mengadun semua tepung. Kalau dengan gunakan air 160ml dah boleh melekatkan semua tepung, maka jgn tambah air lagi. Kalau terlebih air ianya akan jadi sticky dan susah untuk dicanai)
(
Cara-cara
- Tapiskan tepung gandum dengan tepung naik sendiri supaya tak berketul. Kemudian campurkan ia. Gaul rata.
- campur gula pasir, air suam dan yis di dalam mangkuk berasingan dan biarkan kira-kira 15-20 minit. Letakkan di tempat yang suam. (Nota: gunakan air suam yang agak panas, jangan gunakan air panas menggelegak/ terlampau panas. Letakkan yis tadi di tempat yang warm, supaya yis dapat bertindakbalas).
- Tuangkan adunan yis tadi ke dalam tepung, dan gaul rata hingga sebati. Terus mengadun dan menguli hingga doh menjadi licin. Ianya ambil masa kira-kira 10 minit. (Jangan tambah air lagi).
- Bulatkan adunan dan tutup dengan cling film/ plastik dan biarkan adunan di tempat warm selama 1 jam.
- Kemudian, uli adunan beserta 1 sudu mentega, dan uli rata-rata hingga adunan licin kira-kira 10 minit. Ambil secubit (saiz bola pingpong) dan leperkan, serta di letakkan inti kesukaan. Letakkan kertas minyak di bawah kuih supaya tak melekat di pengukus. Jangan kukus terlalu banyak dalam satu masa. Aisyah kukus kira-kira 5-6 biji dalam satu masa sebab kuih pau itu akan membesar sewaktu di kukus dan supaya cantik masaknya.
- Panaskan air pengukus hingga menggelegak. Jangan guna api besar - gunakan api sederhana. Balut tutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitik di atas kuih pau. Kukus kuih pau selama 10 minit. Pastikan jangan terlebih masa mengukus.
Aisyah tak berkesempatan sekarang ini, insyaAllah di lain masa Aisyah akan kongsi resepi inti karipap/ inti pau yang Aisyah biasa buat.
Ahad, 27 Disember 2009
YOGURT FRITTERS
Assalammualaikum wbkt,
.Aisyah pernah makan cucur yogurt ini di majlis Ladies Night yang diadakan baru-baru ini. Ianya di buat oleh seorang wanita Iran yang Aisyah tak ketahui namanya. Apa-apa pun, yogurt fritters ini rasanya sedap tau, lembut (teksturnya lebih lembut dari donat) dan tiada rasa masam- walaupun yogurt digunakan dalam resepi ini. Sesuai untuk juadah minum petang bagi mempelbagaikan variasi hidangan di meja.
.
Terima kasih kepada wanita misteri dari Iran yang Aisyah tak ketahui namanya kerana telah sudi berkongsi resepi ini.
.
Bahan-Bahan
1 gelas tepung naik sendiri
1/2 gelas yogurt (perisa asli)
2 biji telur
Minyak masa secukupnya untuk menggoreng
.
Cara-Cara
- Pukul telur dengan garfu hingga kembang. Gaulkan dengan semua bahan.
- goreng dengan minyak penuh hingga kekuningan
- angkat dan gaulkan dengan air gula yang dimasak hingga pekat/ gula caster/ gula aising
Isnin, 2 November 2009
RICH CHOCOLATE PUDDING
.
Resepi asal dari junjs11@ Myresepi. Thanks sister for sharing with us this perfect pudding recipe.
.
Bahan-bahan
Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4.25 cawan air
4 sudu besar tepung jagung (tapis dulu)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket agar-agar serbuk (anggaran 10-11 gm)
Cara-cara
- Gaulkan semua bahan hingga sebati (kecuali butter). Ini adalah untuk memastikan tepung jagung tak berketul.
- Masak atas api hingga mendidih. Sentiasa kacau supaya tak berkerak.
- Akhir sekali masukkan butter
- Angkat dan masukkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk di dalam fridge.
.
Nota: Ini ada tips bagaimana nak keluarkan puding dari mould/ loyang dengan mudah. Basahkan loyang/ mould dengan air paip sebelum kita tuangkan puding. InsyaAllah, mudah nanti bila nak keluarkan dari loyang dan puding dapat di bentuk dengan cantik.
Selasa, 20 Oktober 2009
PUDING ROTI MARBLE
Aisyah sebenarnya suka sangat mencuba resepi puding sebab suka rasanya yang sedap dan colourful. Ada beberapa puding yang Aisyah dah pernah cuba termasuklah Puding rainbow blackmore (yang sungguh bersari tak terkata, lemak manis berkrim disukai ramai, dan sangat colourful dan sesuai untuk hantaran perkahwinan), rich chocloate pudding (yang penuh rasa coklat, pasti memikat selera) dan juga puding mangga (yang menggunakan mangga harumanis yang sungguh harum dan manis) hahahhah...mmmmm...mmg sedap. InsyaAllah bila ada kesempatan Aisyah akan berkongsi resepinya nanti.
.
Kali ini Aisyah nak share dulu resepi puding marble yang tak kurang sedapnya. Bagi sesiapa yang tak pernah buat puding, cuba lah resepi mudah ini insyaAllah tak mengecewakan. Resepi asal dari Hana 6877 dari Myresepi. Terima kasih pada Hana 6877 yang sudi berkongsi ilmu dengan kita semua. Resepi ini ada keunikannya sebab dicampurkan dengan roti, dan menjadikan puding ini lebih creamy dan kental.
.
Kalau ikut resepi asal, roti yang digunakan adalah roti putih. Tapi sebab Aisyah takde roti putih, so Aisyah guna je cheese bun sebab tu je yang ada dalam stock. Lagipun Aisyah takut roti tu expired pula sebab tak termakan, so Aisyah guna je untuk resepi ini. Alhamdulillah family Aisyah suka sangat dengan rasanya yang lemak manis tu. Pada Aisyah tak kisah kut, letak roti apa-apa pun (mungkin jika ada apa-apa roti di rumah kita yang tak termakan tu, nak di buang sayang pula, jadi boleh utilizekan untuk buat puding ini).
.
Bahan-bahan
4 keping roti putih
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
170ml susu cair
8gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
2 sudu besar marjerin
3.5 cawan air = 230ml
2 sudu besar serbuk koko
.
Cara-cara
- Rebus 3 cawan air dengan serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih di dalam periuk.
- Blend roti, telur, susu pekat, susu cair, dan 0.5 cawan air. Masukkan ke dalam periuk. Kecilkan api, dan kacau supaya tak berkerak.
- Masuk marjerin ke dalam periuk. Kacau lagi hingga nampak tiny bubble.
- Bahagikan kepada 2 adunan. 1 adunan dicampur dengan serbuk koko dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan 1 senduk adunan kuning dan 1 senduk adunan warna coklat berselang seli hingga habis ke dalam loyang. Ambil sudu dan gunakan pemegang sudu untuk buat marble. Buat 3-4 kali pusingan.
- Masuk dalam peti sejuk untuk 3 jam. Sedia untuk di makan.
Ahad, 23 Ogos 2009
CENDOL PULUT
Resepi cendol yang Aisyah petik dari sumber dari sitimariam@myreseoi.com
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur (Aisyah tak letak air kapur sebab tiada dalam simpanan)
sedikit pewarna hijau (option)
.
Cara-cara
-masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
-kacau selalu supaya tidak hangit.
-sediakan bekas yang berisi air sejuk
-masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
-kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
-simpan sekali dengan airnya di dalam peti sejuk.
Cara-cara
-masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
-kacau selalu supaya tidak hangit.
-sediakan bekas yang berisi air sejuk
-masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
-kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
-simpan sekali dengan airnya di dalam peti sejuk.
.
Nota: pada Aisyah elok cendol itu disimpan semalaman agar ianya lebih kental dan sesuai dimakan keesokan harinya. Jika terus di makan ianya agak rapuh.
.
Hidangkan dengan pulut, kacang merah yang telah direbus dan juga jagung manis yang telah direbus.
.
Untuk pulut, masak 1 cawan pulut dengan 1 cawan air di dalam rice cooker hingga masak. Rebus kacang merah hingga empuk (ambil masa agak lama). Boleh juga beli kacang merah yang ready made (ada di jual di pasaraya).
.
.
Untuk kuah cendol, aisyah gunakan susu segar yang dicampurkan dengan sedikit air. Boleh juga gunakan santan yang disampurkan dengan air bagi sesiapa yang minat menggunakan santan. Untuk air gula merah pula, masakkan 2 sudu gula merah dengan 4 sudu gula pasir dengan 1 cawan air hingga sebati. Sejukkan ia sebelum digunakan.
.
Satukan semua bahan dan hidangkan sejuk.
Langgan:
Catatan (Atom)