Assalammualaikum wbkt,
Tajuk akhbar utama media pada hari ini, semakin hari semakin sukar kita fahami. Aisyah terkesima dengan berita-berita yang menggemparkan, yang menyayat hati dan tidak kurang juga yang merisaukan kita.
SOMALIA
Dari kisah kebuluran di Somalia, afrika, euthophia dan kawasan seangkatan dengannya, di mana mereka mengalami kemarau yang sangat teruk dalam tempoh 60 tahun, dan habis tanaman mereka semuanya mati, serta haiwan ternakan mereka semuanya juga mati kering dan mereka tidak lagi mempunyai bekalan makanan, dan di landa krisis kebuluran yang amat dahsyat.
Bila terkenangkan nasib mereka, bila lihat apa yang mereka alami, terpaksa berjalan kali sangat jauh untuk duduk di khemah2 penempatan, terasa sangat yang diri ini sungguh beruntung berjuta-juta kali ganda, jika hendak di bandingkan dengan mereka yang berada di dalam keadaan tersebut. Mayat bergelimpangan, kebanyakkan mereka adalah Islam, warak, menutup aurat, aisyah kagum dengan kecekalan mereka dan ketabahan mereka, serta kesabaran mereka apabila di timpa ujian.
Sememangnya ini adalah sebahagian ujian dari Allah untuk mereka, dan sekiranya mereka bersabar, insyaAllah, ganjaran yang hebat menanti buat mereka.
Hakikatnya, bukan mereka sahaja yang di uji...kita yang duduk di negara yang senang ini [air senang dapat, takde kemarau, buka fridge semua makanan ada, etc etc], hakikatnya kita juga sedang di uji. Ujian kita [mungkin bukan lah dalam bentuk kebuluran], tapi ujian kita adalah dalam bentuk nikmat...dan nikmat yang Allah beri boleh menjadikan kita insan yang bersyukur atau boleh juga menjadikan kita orang yang kufur.
Yang lebih menakutkan, RAMAI orang PASS ujian miskin, ujian kebuluran, ujian kesusahan, tapi SANGAT sedikit orang yang PASS ujian nikmat..
Kita jangan ingat bahwa orang somalia tu sahaja yang sedang di uji, hakikatnya kita nie lagi lah sedang di uji, dan ujian kita sangat berat sbb ramai orang GAGAL ujian ini..
Bila kita dalam kesusahan, kita sentiasa ingat Allah, kita sentiasa doa pada Allah dan dalam kesusahan tiada lain yang kita dapat buat selain dari bersabar..
Bila kita rasa serba cukup, kita kurang ingat Allah, kita jadi leka dan kalu solat pun kurang khusyuk dan hakikatnya kita jadi orang yang kurang bersyukur kepada Allah...dan bila kita dah sampai satu tahap [yang kurangnya kita bersyukur] , maka kita akan banyak buat komplen & banyak membazir & merendah-rendahkan orang lain...
Seperti mana ikrar iblis:
Iblis berkata: oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan Mu yang lurus. kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur (Al-Aaraf-ayat 16-17).
Hakikatnya kita nie mmg sedang di kerumuni oleh iblis...iblis datang dari segenap arah untuk melalaikan kita, dari kiri kanan depan belakang, nauzubillah, dengan misinya supaya kita jadi orang yang tidak bersyukur [cuma kita je yang tak nampak]. nauzubillah. Tak salah menjadi orang yang hidup senang. In fact, Nabi sulaiman tu pun hidup senang dan mewah, tapi Nabi Sulaiman sangat mensyukuri nikmat Allah dan ada banyak doa Nabi Sulaiman yang berkaitan dengan kesyukuran beliau atas nikmat yang Allah beri. Dahsyat sungguh tipudaya iblis ini, mudah-mudahan Allah lindungi kita dari tipudaya iblis/ ikrar iblis ini, dan kita berdoa semoga Allah menjadikan kita hamba yang bersyukur.
p/s: baru berjumpa dengan rakan baik yang dah selesai VIVA. Aisyah sangat kagum dengan sikap rendah diri yang beliau miliki. Semoga beliau sentiasa di bawah rahmat Allah dan di beri ilmu pengetahuan yang luas serta dapat menyumbang masyarakat insyaAllah :-). Mudah-mudahan kejayaan menanti beliau di dunia dan akhirat insyaAllah. :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan