Jumaat, 26 November 2010

KAMBING PANGGANG






Assalammualaikum wbkt..
.
Resepi kambing panggang ini sangat jarang di masak oleh orang Msia, tapi masyarakat barat lebih kerap masak makanan ini...cuma kalau orang barat mereka cuma perap dengan rosemary, olive oil dan juga garlic...tapi sebab kita nie lidah Malaysia, jadi nak kena guna style Malaysia juga, baru terasa rempahnya dan dapat balancekan rasa kambing tersebut...jadi tidak lah begitu muak..

Aisyah padankan lauk ini dengan nasi hujan panas...actually resepi nasi hujan panas nie sama je dengan resepi nasi minyak menawan (ada kat list nasi tu) cuma kali ini Aisyah letak warna hijau dan merah..juga dengan acar mentimun+lobak...
.
Aisyah perap dengan resepi sate ayam, cuma kali ini Aisyah tambahkan dengan 3 sudu makan olive oil, 1/2 cawan susu cair dan blender dengan semua bahan-bahan lain hingga jadi betul-betul halus dan hancur...ketumbar dan jintan tu perlu di sangai dahulu ya untuk dapatkan rasa yang lebih enak...
.
PEHA KAMBING PANGGANG
1/2 peha kambing
200 gram gula pasir
100 gram gula merah
2 sudu kecil garam
3.5 sudu makan serbuk ketumbar - di sangai
3.5 sudu kecil serbuk jintan manis - di sangai
1/2-1 sudu makan serbuk lada sulah
3 sudu makan minyak zaitun
1/2 cawan susu cair.
7 ulas bawang putih
1.5 ibujari halia
5 batang serai- hiris nipis
2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit perasa
.
Cara-cara
- Bersihkan peha kambing
- blender semua bahan di atas hingga betul-betul hancur. Ketepikan 2 jam (saja nak bagi rempah nie sebati)
- Perap peha kambing dengan rempah ini selama 6-7 jam (semalaman) dalam baking tray
- Panaskan oven pada suhu maksimum. Cover kambing dengan aluminium foil dan kemudiannya bakar selama 1 jam setengah.
- Keluarkan dan check sama ada dah masak atau belum. Cucuk dengan garfu/ belah sikit daginng dengan pisau...kalau cucuk dengan garfu dan keluar clear water tu maksudnya daging dah masak...kalau keluar clear water+ darah tu maksudnya kena masak lagi dan check dari masa ke semasa...Timing memanggang kambing ini tak sama, kerana beberapa faktor (e.g jenis oven, saiz kambing etc).
- hasilnya adalah kambing panggang yang juicy tapi lembut.
- hiaskan dengan daun bawang dan cherry tomato
.
Nota: Aisyah panggang selama 2 jam dan kemudiannya buka aluminium foil dan teruskan panggang lebih kurang 5 minit

AYAM GORENG RANGUP





Assalammualaikum wbkt...
.
Hari ini Aisyah takde nak citer-citer apa lah ...sbb Aisyah selesema.. :(
.
Tapi kan, ayam goreng nie mudah tau tapi sedap...dan bahan-bahannya pun senang je....ada sorang kawan aisyah suggest makan kat Dixie Chicken....tapi bila Aisyah try buat ikut resepi ini, Aisyah rasa rupa dan rasanya lagi best dari Dixie Chicken...tak perlu buttermilk pun, cuma gunakan apa bahan yang biasa ada di dapur anda...Aisyah ambil dari blog kak hana (hanamemories) dan kemudian buat sikit modification....tak ingat pula sapa penyumbang resepi utama...anyway, terima kasih daun keladi..lain kali boleh cuba lagi..ini adalah version yang Aisyah dah ubah..
.
Bahan-bahan
8 ketul ayam (Aisyah guna baby chicken yang di belah 4)
garam secukupnya
4 ketul bawang putih
1 sudu makan serbuk kari
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1-2 sudu kecil serbuk kari daging adabi
1/2 sudu kecil serbuk paprika
2 sudu makan tepung goreng ayam adabi
1 biji telur
sedikit mixed herbs (dried oregano, thymes etc)
minyak secukupnya
garam
.
Cara-cara
- tumbuk bawang putih hingga halus dan campur garam dan 1 sudu makan serbuk kari. Gaulkan kat ayam.
- gaulkan bersama tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, 1-2 sudu kecil serbuk kari daging, serbuk paprika, mixed herbs, garam dan perasa. Gaul semuanya rata-rata.
- Pukul telur, celup ayam pada adunan tepung rata-rata, sampai berbedak-bedak gitu...kemudian celup kat telur yang dah di pukul tadi, kemudian golekkan semula ke adunan tepung tadi...maksudnya (tepung, then telur, then tepung)....golek ayam tu sampai bersalut tebal gitu dengan tepung sebab nak bagi nanti tepung tu crunchy dan tebal baru best...
- kemudian goreng dalam minyak penuh, kasi ayam tu tenggelam tau dan goreng dgn api sederhana...jangan guna api kuat nanti takut ayam tu hangus di luar tapi masih tak masak di dalamnya..
.

Isnin, 22 November 2010

ACAR NANAS


Assalammualaikum wbkt...
.
Aisyah nak share resepi acar nanas yang Aisyah buat tempohari....best nye makan acar nanas nie dengan nasi minyak/ beriyani...rasanya manis-manis masam, jadi ianya menyeimbangkan rasa dalam makanan kita.ada juga yang padankan dengan nasi dagang..pada hari raya yang lepas, rakan Aisyah (Hajah Mas) dia buat acar buah dan kuah pecal yang sedap sangat....sampai termimpi-mimpi jadinya ;)...tapi sebab keluarga Aisyah tak ramai, jadi kurang sikit motivasi nak memasaknya...tapi part kuah pecal tu insyaAllah berminat juga nak mencuba resepi orang brunei nie..
.
Acar ini simple je..cepat mudah dan sedap di makan heheheh
.
Bahan-bahan
2 tin nanas dalam tin (potong kecil) - air dalam tin tu jangan di buang
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
sedikit halia
1 biji bunga lawang
1/2 batang kayu manis
sedikit serbuk kunyit- kalau ada kunyit segar lagi best tau
sedikit biji sawi
gula (3-4 sudu)...nak kasi manis manis sikit
hiaskan dengan cili merah besar (optional)
.
Cara-cara
- kisar bawang putih, bawang besar, halia, dan tumis dengan bunga lawang + kayu manis hingga naik minyak.
- masukkan nanas dan airnya sekali (part air nie ikut suka lah ye nak letak banyak mana). Cuma jgn letak terlalu banyak sbb biasanya acar nie tak berkuah sgt...ala-ala je airnya
- masak sebentar untuk bagi nanas lembut...dan masukkan semua bahan lain...
- rasakan garam dan gulanya..

Nota: Ada resepi yang gemar letakkan udang masin blend dalam acar nanas ini, jadi kalau anda berminat boleh lah mencuba blendkan 1 sudu udang kering dan campurkan dalam acar ini sewaktu memasak.

Sabtu, 20 November 2010

AYAM PANGGANG SATE



Assalammualaikum wbkt
.
Masa hari raya aidil adha yang lepas, Aisyah ada masak ayam panggang style sate nie...Actually rempah-rempah dia sama je macam masak sate goreng (dari resepi Bro Rozzan- shared recipes), tapi kali ini resepi yang sama diaplikasikan kepada ayam yang tak di potong....disebabkan ayam ini di panggang, jadi Aisyah ada campurkan dengan sedikit minyak masak ke dalam adunan rempah (nak bagi ayam tu berkilat and cun sikit) so kita bgi dia glittering sikit so nampak lebih menyelerakan...sorry lah gambar tak berapa cantik sebab masa Aisyah snap gambar nie, ayam nie baru keluar dari oven jadi masih berasap-asap lagi, kemudian pula terus nak siap-siap ke majlis, jadi tak sempat nak ambil gambar banyak....enak di gandingkan dengan nasi impit, atau nasi minyak....resepi seperti ini mmg lebih mudah tau, dan hasilnya adalah ayam yang juicy dan spicy....Seperti biasa, Aisyah bakar pada suhu maximum (220 degree) dengan bertutup aluminium foil selama 45-50 minit- kemudian remove aluminium foil dan teruskan membakar lagi selama kira-kira 15-20 minit mengikut tahap kegaringan yang di sukai...resepi asal sate goreng Aisyah lampirkan di link bawah ini ya...hati-hati sedikit dengan kuantiti ketumbar jintan tu ya...kalau anda masak dalam kuantiti sedikit, jangan di letak terlampau banyak...nanti boleh terpahit..
.

PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT



Assalammualaikum wbkt,
.
Hari ini Aisyah nak share resepi puding karamel lapis coklat...resepinya sama sahaja seperti resepi puding karamel plain yang Aisyah cuba sebelum ini (yang di ambil dari resepi raidah), cuma kali ini Aisyah bahagikan adunan telur dan susu tu kepada dua bahagian, satu bahagian di biarkan plain, dan satu bahagian lagi Aisyah campurkan dengan 1.5 sudu makan serbuk koko dan gaul rata-rata (jangan bagi berketul) dan kemudiannya tapis. Kemudian, sewaktu mengukus, mulakan dengan 1/2 adunan plain (kukus selama kira-kira 8 minit), then tuang pula dengan 1/2 adunan coklat, then teruskan hingga habis....ianya akan dapat 4 lapis seperti di dalam gambar..
.
Puding karamel lapis coklat ini lain sikit dari segi rasa, ada rasa coklat-coklat gitu...sedap...dan nampak lebih anggun dari yang plain...sebab style lapis-lapis gitu...cuma ianya agak remeh sikit sebab kena kukus selapis demi selapis...sekiranya masa mengizinkan dan nakkan dessert yang berlainan sikit dari biasa, pusing karamel lapis coklat ini memang sesuai untuk di cuba...kalau nak tengok resepi puding karamel plain tu boleh tgk di link sini ya:
.


Isnin, 15 November 2010

TAKBIR RAYA


Assalammualaikum wbkt..
.
Masih lagi dengan mood raya!
.
Jom kita hayati maksud takbir raya yang kita alunkan....Aisyah share di sini translationnya...dari pada mendengar lagu raya, lebih baik jika kita alunkan takbir ini yang membesarkan Allah, serta memahami maksudnya;

.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan kepunyaan Allah segala pujian
.
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang
Tiada tuhan melainkan Allah
Dan kami tidak menyembah melainkan kepada Allah sahaja
Dengan mengamalkan agama dengan ikhlas, walaupun orang-orang kafir itu benci
.
Tiada tuhan melainkan Allah
Dia menepati janjiNya
Dan menolong hambanya
Dan telah memusnahkan musuhnya dengan sendirinya
.
Tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan kepunyaan Allah segala pujian
.

Rasa touching sangat bila lihat translation dari takbir raya ini. Terutamanya pda bahagian "Dengan mengamalkan agama dengan ikhlas, walaupun orang-orang kafir itu benci". Aisyah teringat pula kenangan di panggil sebagai " a lady with stupid veil", di tenung sinis dan di tertawakan oleh keluarga kaya yang berkereta mewah di bandar, dan di ejek oleh sekumpulan teenagers sewaktu Aisyah berjalan kaki, hanya kerana Aisyah memakai tudung!. Allah Maha Kuasa. " Dan menolong hambanya, Dan telah memusnahkan musuhnya dengan sendirinya" seperti dalam perang Al-Ahzab!
.
...dan orang-orang kafir itu mentertawakan orang-orang beriman sewaktu di dunia, dan di hari akhirat, orang-orang beriman akan mentertawakan mereka, sedang orang-orang beriman itu mereka duduk di singgahsana yang tinggi dengan di hidangkan minuman yang lazat..
.

NASI MINYAK MENAWAN




Assalammualaikum wbkt
.
Salam Aidil Adha untuk semua pemabaca. Semoga Allah menerima doa kita, memberkati hidup kita dan memperbaiki amalan kita. Kepada Allah tempat kita bertaubat, kepada Allah kita bertawakkal dan kepada Allah kita akan kembali. Mudah-mudahan kita akan menemui tuhan kita dalam sebaik-baik keadaan dan semoga Allah redha dengan kita dan juga amalan yang kita laksanakan. Semoga dengan hari yang mulia ini, kita akan berubah menjadi insan yang lebih baik, di jauhkan dari sifat-sifat mazmumah, dan semoga kita di jauhkan dari godaan syaitan dalam mana kita menempuh ujian hidup ini.
.
Hari ini adalah bersamaan dengan 10 Dzulhijjah, yang mana merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam. Bulan Dzulhijjah ini adalah bulan terakhir dalam Islam, di mana terdapatnya hari arafah yang merupakan hari kemuncak ibadah haji. Hari Arafah adalah hari yang sangat di galakkan untuk berpuasa dan banyak fadhilat-fadhilat dari hadis-hadis sahih yang kuat yang menggalakkan kita berbuat kebaikan dan berpuasa pada hari arafah ini. Dan selepas bulan Dzulhijjah, kita akan bertemu dengan bulan muharam. Bulan muharam ini adalah bulan pertama dalam kalender Islam. Di dalamnya terdapat hari Asyura yang mana hari Asyura ini sangat di galakkan untuk berpuasa dan bersedekah. Syukur, Alhamdulillah....kita sebagai orang Islam di beri banyak peluang bonus mega sale oleh Allah taala untuk beribadat dan memohon keampunan...puasa hari arafah menghapuskan dosa tahun lalu dan dosa tahun yang akan datang...manakala puasa hari asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun yang lalu...selain dari berpuasa pada hari asyura iaitu pada 10 Muharam, umat Islam juga di galakkan untuk berpuasa pada 9 Muharam yang juga di sebut sebagai hari tasu'a. Walaupun ganjaran dari puasa hari asyura ini ini adalah sedikit kurang dari berpuasa hari arafah, namun ianya adalah suatu amalan yang tak sepatutnya kita lepaskan.
.
Mungkin kita yang lemah ini tak mampu nak berpuasa sekerap mungkin, tapi dengan mengambil kesempatan pada hari-hari istimewa begini, kita mengharapkan agar Allah memberi kekuatan kepada kita untuk kita memperbaiki amalan kita dari masa ke semasa ke tahap yang lebih baik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, sangat prihatin kepada kita hambanya yang sangat lemah dalam beribadat. Dia memberi peluang kepada kita untuk menambahkan amalan kita, memberi ruang kepada kita untuk melipatgandakan pahala kita, dan memberikan kita kegembiraan selepasnya. Apakan tidak, selepas kita berpuasa seharian, kita akan merasa gembira tatkala ingin berbuka puasa, kita gembira dengan hari Aidil Adha, kita gembira dengan datangnya Aidil Fitri. Inilah antara sebahagian kecil dari jutaan nikmat yang di berikan oleh Allah taala kepada kita orang Islam.
.
Bagi yang menerima kunjungan tetamu di aidil adha ini, apa kata kita masak nasi minyak yang menawan ini. Alhamdulillah, aisyah dan family gembira dengan nasi minyak yang cun ini...heheheh. ...tapi seperti biasa, Aisyah ada buat sedikit modification. Di bawah ini adalah resepi yang Aisyah dah modified. Aisyah padankan dengan ayam masak merah, dalca daging dan juga acar nanas.
.
Aisyah copy dari blog kak Umi Kuantan dan resepi asalnya adalah dari Kak wan. Terima kasih kepada empunya resepi, dan Aisyah perpanjangkan di sini sebagai perkongsian ilmu dengan pembaca lain. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
.
NASI MINYAK
Sumber: Kak Wan (Citarasawan)
.
Bahan:-
  • 5.5 cawan beras basmati- ukuran cawan rice cooker
  • 2sb. butter + 4 sb. minyak masak
  • 6 cawan air rebusan daging (guna cawan sukat beras untuk ukur air)
  • 2 cawan susu fresh (guna cawan sukat beras untuk ukur susu)
  • 2 kiub pati ayam
  • garam secukupnya
  • sedikit pewarna kuning telur - di bancuh dengan sedikit air
  • Nota: untuk beras basmati, ukuran 1 cawan beras = 1.4 cawan air
.
Bahan Penumis:

  • 5 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
.
Bahan dikisar:

  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 cm halia
.
Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga terbit bau. Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
  2. Masukkan semua bahan dalam rice cooker (kecuali pewarna kuning). Masak hingga nasi masak.
  3. Bila nasi dah masak, buat beberapa lubang pada nasi dan tuang air pewarna kuning telur tadi.
  4. Biarkan sebentar, supaya nasi cukup tanak, dan kemudiannya kirai-kirai nasi dengan garfu.
  5. Garnish dengan bawang goreng, kacang gajus, kismis dan juga daun bawang.

Ahad, 14 November 2010

LASAGNE





Assalammualaikum wbkt,
.
InsyaAllah hari nie Aisyah nak share resepi Lasagne. Lasagne nie tak berapa sesuai makan selalu sebab cheesy sangat tau, namun sekali-sekala tukar selera best juga. Cara memasaknya juga tidak lah sukar, cuma mungkin di Malaysia cuma kedai tertentu je mungkin ada jual Lasagne sheet. Kalau ada sesiapa yang teringin, dan tak jumpa dengan lasagne sheet ini boleh je tukarkan lasagne sheet tu dengan macheroni (rebus dahulu macheroni ini) dan buat layer sperti buat lasagne.
.
Hari ini 8 DzulHijjah tau, dan insyaAllah esok adalah 9 DzulHijjah. Lusa pula umat Islam akan menyambut hari raya Aidil-Adha. Hari 9 Dzul-Hijjah ini sangat di galakkan untuk beribadah, berpuasa dan banyakkan berdoa, semoga Allah ampunkan segala dosa kita dan diberikan tempat yang baik di dunia dan akhirat. Petang tadi bincang-bincang dengan kawan-kawan dalam slot tafsir Qur'an, takut pula bila cerita pasal alam kubur dan saat kematian. Tu lah kan, kita nie mana lah tau bila kita akan mati. Sedangkan bila kita kat dalam bilik yang gelap pun rasa takut, apatah lagi di dalam kubur yang kecil dan gelap dan duduk sorang-sorang tu. Kubur itu adalah salah satu dari taman-taman syurga dan salah satu dari liang-liang neraka. Dahsyat kan?
.
Kemudian masuk lah pula cerita pasal saat kematian yang mana malaikat itu menjalankan tugasnya mencabut nyawa dengan keadaan manusia yang pelbagai. Ada yang di cabut nyawa hamba Allah dengan lembut dan juga ada yang di rentap dengan sangat keras. Ada tu rakan Aisyah yang beritahu - bahawa ada hamba Allah yang meninggal dunia waktu sedang bersujud di dalam solat. Masya Allah, mudah sungguh kematian dia kan? Mudah-mudahan Allah matikan kita dalam keaddan yang baik dan masukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang soleh.
.
Marilah kita sama-sama berdoa, di hari mulia 9 Dzul Hijjah ini, semoga Allah memberi kemudahan kepada urusan hidup kita di dunia, di alam kubur dan juga di akhirat. Kadan-kadang kita asyik sibuk sahaja doa tentang urusan dunia kita, dan kurang berdoa tentang urusan akhirat kita, padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal abadi. Doakan lah juga sema umat Islam yang lain, semoga Allah memberi kekuatan kepada orang Islam untuk menegakkan kalimah Allah dan supaya kalimah Allah menjadi tinggi. Sesungguhnya apabila seorang hamba Allah berdoa untuk saudaranya, maka malaikat akan mengaminkan doanya dan berdoa untuk kebaikkannya juga.
.
Ok kita tengok resepinya ok.
.
Bahan-Bahan Sos Merah
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
500 gm daging kisar
1 botol sos spegheti (ada banyak di jual, jenama prego pun boleh, takpun buat je sendiri seperti kita buat sos spegheti tu)
3 biji cendawan butang (optional)
sedikit dried herbs (mixed oregano with rosemary, thyme etc)
1/2 cawan air
sedikit minyak zaitun
sedikit serbuk lada hitam
.
Cara-cara
- panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih
- masukkan daging dan masak hingga air daging agak kering
- masukkan semua bahan lain, dan didihkan ia.
- perasakan garamnya, ketepikan
.
Bahan-Bahan sos putih (sos bechamel)
50 gm butter
50 gm tepung gandum
500 ml susu segar
4 sudu makan parmesan cheese (lagi best kalau guna matured parmesan cheese)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
.
Cara-cara
- masuk semua bahan dalam periuk dan masak atas api kecil hingga semuanya sebati dan likat. ketepikan

.
Bahan-Bahan lain
15 keping lasagne sheet (Aisyah guna jenis yang tak perlu pre-cook)
1 biji mozarella ball - mozarella cheese yang ball shape tu
grated parmesan cheese secukupnya- lagi banyak lagi best!
.
Cara-cara
- panaskan oven pada suhu 200 darjah
- alirkan lasagne sheet dengan air dan susun dalam baking tray (5 sheet untuk satu lapisan)
- ratakan 1/3 dari sos merah dan 1/3 dari sos putih
- ulang proses yang sama hingga habis (semuanya akan ada 3 lapisan lasagne sheet)
- Di lapisan paling atas sekali taburkan dengan mozarella ball yang di hiris dan juga grated parmesan cheese. Sprinkle dengan dried herbs.
- tutup baking tray dengan aluminium foil dan bakar selama 45 minit.
- buka aluminium foil dan teruskan membakar lagi selama 15 minit untuk mendapatkan kegaringan yang di sukai.
.
Tunggu sejuk sikit baru cantik di potong.
Hidangkan dengan salad (chopped coriander, salad, tomatoes and cucumber).

Khamis, 11 November 2010

PUDING KARAMEL



Assalammualaikum wbkt, .

Hari nie Aisyah nak share resepi puding karamel. Alhamdulillah, Aisyah happy sangat tengok puding nie cun je..heheheh. Puding nie sedap tau...rasanya lemak manis berkrim di sukai ramai. Puding nie mmg favourite Aisyah dan suami. Adik beradik Aisyah pun sangat gemarinya. Aisyah selalu buat time bulan Ramadhan sebagai satu juadah berbuka puasa. Teringat dulu masa belajar selalu beli kat bazar ramadhan, waktu tu harganya seringgit (utk sehiris kuih) dan rasanya sekarang tak dapat dengan harga tersebut. Mungkin dah naik 2-3 ringgit kan? Apa-apa pun masak sendiri lebih puas hati, bahan yang digunakan lebih berkualiti dan kuantitinya juga lebih banyak.
.
Aisyah tau tentu ramai yang minat puding ini kan? puding nie senang sangat tau dah hasilnya juga cantik....Actually buat puding nie ada risiko juga, kadang-kadang kuah karamelnya terpahit lah, kadang-kadang terlembik sangat lah, kadanh-kadang macam terkeras pun ada, jadi kali ini Aisyah nak share resepi puding karamel yang just nice je!..insyaAllah anda semua akan puashati dengan hasilnya. Pemilik asal resepi adalah dari blog "resepi raidah" yang telah pun di cuba oleh ramai orang lain dan masing-masing gembira dengan puding karamel yang di hasilkan. Aisyah ada buat sedikit modification (resepi yang Aisyah gunakan adalah seperti di bawah) dan puding itu cantik je ketika di potong serta sesuai je tahap kelembutannya. Jom cuba resepi mudah ini, insyaAllah keluarga anda menyukainya.
.
Bahan-bahan
6 biji telur
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
3/4 tin air (guna tin susu cair tu juga sebagai ukuran)
1 sudu teh esen vanila
.
Bahan gula karamel
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
.
Cara-cara
- Mula-mula panaskan pengukus.
- Kemudian buat gula karamel. Panaskan kuali, dan masukkan 1/2 cawan gula atas kuali. Nanti gula tu akan cair dan berwarna keemasan. Jangan tunggu sampai semua gula hangus, bila separuh dari gula dah nampak cair dan bertukar warna emas, cepat-cepat tuang air (tak payah tunggu semua gula cair sbb nanti gula tu jadi pahit pula). bab nie kena hati-hati sikit sbb bila kita letak air, gula tadi akan memericik macam gunung berapi...jaga-jaga tau takut kena muka..elok juga kalau pakai topi keledar bertutup sewaktu nak buat air gula nie (lawak je!)...kalau boleh gunakan periuk utk buat gula, dan tuang air dengan senduk yang panjang so jauh sikit lah dari muka kihkihkih (eii aisyah serius nie tau). Then kacau rata-rata bagi semua gula cair dan kemudiannya bolehlah tuang ke dalam loyang.
- Kemudian, pukul 6 biji telur dengan garfu hingga agak kembang. jangan lama-lama sangat, Aisyah pukul kira-kira 30 saat-1 minit je. Then masukkan gula, dan kacau lagi rata-rata. Then masukkan susu cair dan air dan juga esen vanila. Tapiskan ia (penting nie untuk tapiskan dan dapatkan hasil yang gebu)dan tuang kedalam loyang yang berisi gula karamel tadi.
- pastikan air di pengukus tu dah mmg panas menggelegak
- masukkan ke dalam pengukus dan kukus 25-30 minit.
- kemudian angkat dan sejukkan. Bila dah betul-betul sejuk ambil pinggan besar/ dulang yang sesuai dan terbalikkan ia.
.
Nota: penutup pengukus itu hendaklah di balut dengan kitchen towel jadi air pengukus tidak masuk ke dalam puding karamel.

CHESTNUT





Assalammualaikum wbkt.
.
Pernah tak tengok buah ini? Orang melayu panggil sebagai buah berangan, mat saleh pula panggil chestnut. Aisyah pun tak pastilah kenapa namanya "buah berangan" dan sapa lah agaknya yang bagi nama macam tu...kesian kan? Tu lah kan, kita nie kalau ada peluang nak beri nama, berilah nama yang baik, sebab itu sangat penting. Panggil kawan pun dengan nama-nama yang baik, dan jangan sekali-kali kita gelarkan orang dengan nama-nama yang tidak elok. Mungkin kita tak sengaja, saja je panggil orang "minah kepoh" ke, "mat cacing" ke etc, tapi itu adalah gelaran-gelaran yang dilarang dalam Islam.
.
Aisyah seronok tengok kawan-kawan beri nama yang baik-baik pada anaknya...ada tu letak nama nabi-nabi seperti Yusuf, Adam, Ismail, atau pun nama-nama yang terkenal di dalam Al-Qur'an seperti Luqman-Al Hakim...takpun ambil nama-nama dari sahabat-sahabat nabi seperi Muaz, Mus'ab, Talhah, Ubaidah, Umar Al-Khattab, Abdul Rahman Auf, Abu Bakar, Hamzah ataupun nama-nama perempuan yang baik seperti Khadijah, Ai'syah, Maryam, Fatimah etc...mudah-mudahan anak yang diberi nama yang baik ini pun akan jadi baik seperti tokoh yang tersebut.
.
Cuba bayangkan kalau kita beri nama yang pelik-pelik sangat, mungkin satu masa nanti anak kita pun akan pertikaikan kepada kita, kenapa tak berikan nama-nama yang baik pada mereka, sebab kadang-kadang ramai yang hanya mementingkan bunyi yang sedap di dengar tapi langsung tiada makna.
.
Kenapa pula kita mesti malu kalau nama anak kita Muhammad, atau Ibrahim, yang bercirikan Islam? Adakan kita rasa nama anak kita macam tak cukup moden jika nak dibandingkan dengan nama glamer-glamer anak orang lain? Jangan ada fikiran begitu. Mengikut statistik di UK dua minggu lepas, nama Muhammad adalah yang paling popular di kalangan bayi yang baru di lahirkan di negara ini. Kadang kala, ada pendapat yang mengatakan nama seperti Ibrahim tu nampak kolot...nama seperti Yusuf tu nampak kampung....padahal tidak kah dia tau bahawa yang empunya nama itu adalah seorang nabi yang bertaraf tinggi di dalam Islam, dan apakah dia merasa "lebih" jika di berikan nama anak dengan rhyme mat saleh, padahal pada Aisyah kalau dah jawa tu, jawa jugak lah...pakai lah nama mat saleh macam mana pun tetap jawa jugak sebab kita nie bukannya lahir sebagai anak mat saleh.....janganlah perasan..kalau dah mmg tak mat saleh tu, pakai lah contact lense warna apa pun, warna lah rambut kasi kaler apa pun...tetap tak nampak macam mat saleh jugak....hahahhaha....(maaf lah kalau ada yang terasa dengan statement ini, tapi janganlah kecil hati ye, sbb Aisyah sendiri pun jawa juga!).
.
Apa hebatnya nak bergaya dan berpakaian macam mat saleh? Apa hebatnya nak nama macam mat saleh? Mat saleh tu pun banyak pakai nama nabi juga....macam David, John, Solomon, Jonah etc..
.
Allah tak lihat rupa kita, Allah tak nilai moden mana nama kita, Allah tak ukur dari segi harta kita, tapi Allah melihat pada hati kita.
.
Tengok macam Bilal, sahabat nabi yang dijanjikan syurga....dia bukan orang kaya...malahan hamba yang berkulit hitam legam...nama pun tak milennium pun, tapi semua orang yang melaungkan azan di panggil bilal, padahal nama sebenar orang yang azan tu adalah ali, ahmad, atan etc etc....tapi tetap juga di panggil bilal masjid...
.
Tengok apa yang Allah sebut dalam Al-Qur'an..."...perempuan hamba yang hitam tetapi beriman lebih baik dari perempuan musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu..."(Al-Baqarah:221).
.
Ok, ok sekarang kita masuk balik cerita buah berangan ini ye...buah ini sangat banyak di jual pada bulan november sebab sekarang mmg musim buah ini. Ada jenis yang manis dan ada juga jenis yang tak manis. Jadi hati-hati sikit waktu membeli. Aisyah makan buah ini masa berjalan ke Istanbul beberapa bulan lepas, banyak gerai-gerai di tepi jalan yang menjual buah ini sebagai snek. Cuma buah ini kurang popular di Malaysia sebab cara nak mamasaknya agak rumit. Mula-mula, pecahkan sedikit buah tersebut, supaya wap panas tak terkumpul di dalam sewaktu memasak buah ini. Kalau kita tak pecah kan sedikit kulitnya nanti buah ini akan meletup ketika di panggang. Hati-hati sikit sewaktu nak pecahkan kulitnya takut terluka tangan. Aisyah letak pisau atas chestnut tu dan ketuk pisau dengan alu lesung batu. Kulitnya biasanya licin, jadi kalau potong pakai pisau tu takut tergelincir pula pisau dan mmg membahayakan.
.
Selepas itu kita boleh panggang atas api, atau panggang dalam oven (dengan api maximum) kira-kira 40-45 minit. Kacau ianya sekejap-sekejap. Kalau buah ini dah masak, kulitnya akan longkah dari isinya dan sangat senang untuk di kupas. Selain itu isinya akan berwarna putih. Buah ini akan mengeluarkan getah ketika di masak dan getahnya boleh menjadikan periuk kita jadi hitam. jadi seeloknya panggang dalam oven dan gunakan tray kaca yang sesuai, jadi mudah untuk kita nak cuci nanti.
.

Jumaat, 5 November 2010

THE 10 COMMANDMENTS IN THE BIBLE

Assalammualaikum wbkt,

I would like to share with you the 10 commandments that stated in the bible (both old testament & new testament). Notice that the commandments never taught the followers to associate God, the Lord with His creatures. By God will, The truth will prevail.



The 10 Commandments - God's Revelation in the Old Testament
The 10 Commandments are found in the Bible's Old Testament at Exodus, Chapter 20. They were given directly by God to the people of Israel at Mount Sinai after He had delivered them from slavery in Egypt:

"And God spoke all these words, saying: 'I am the LORD your God

ONE: 'You shall have no other gods before Me.'

TWO: 'You shall not make for yourself a carved image--any likeness of anything that is in heaven above, or that is in the earth beneath, or that is in the water under the earth.'

THREE: 'You shall not take the name of the LORD your God in vain.'

FOUR: 'Remember the Sabbath day, to keep it holy.'

FIVE: 'Honor your father and your mother.'

SIX: 'You shall not murder.'

SEVEN: 'You shall not commit adultery.'

EIGHT: 'You shall not steal.'

NINE: 'You shall not bear false witness against your neighbor.'

TEN: 'You shall not covet your neighbor's house; you shall not covet your neighbor's wife, nor his male servant, nor his female servant, nor his ox, nor his donkey, nor anything that is your neighbor's.'

The 10 Commandments - Christ's Summation in the New Testament
About 1,400 years later, the 10 Commandments were summed up in the New Testament at Matthew 22, when Jesus was confronted by the religious "experts" of the day:

"Teacher, which is the greatest commandment in the Law?" Jesus replied: " 'Love the Lord your God with all your heart and with all your soul and with all your mind.' This is the first and greatest commandment. And the second is like it: 'Love your neighbor as yourself.' All the Law and the Prophets hang on these two commandments" (Matthew 22:36-40).

A reflective reading of Christ's teaching reveals that the first four commandments given to the children of Israel are contained in the statement: "Love the Lord your God with all your heart and with all your soul and with all your mind." It continues that the last six commandments are enclosed in the statement: "Love your neighbor as yourself."

Rabu, 3 November 2010

AYAM PANGGANG STYLE JORDAN




Assalammualaikum wbkt
.
Hari ini Aisyah nak share resepi ayam panggang style Jordan. Actually family Aisyah sangat lah gemar makan ayam panggang. Kadang-kadang Aisyah guna sos perapan Nandos yang pelbagai tu dan ada di jual di pasaraya...ada yang jenis sticky & sweet, tak pun yang hot style atau macam-macam lagi...sekiranya takde stock marinde Nandos, Aisyah akan gunakan apa-apa sahaja bahan yang ada di rumah ikut kreativiti sendiri (serbuk jintan manis, serbuk cili, serbuk garlic, serbuk ketumbar etc etc) ikut citarasa sendiri dan kadang kala Aisyah letak kan madu untuk mendapatkan rasa sedikit manis.
.
Ayam panggang ini sesuai untuk makan dengan nasi putih, dengan garlic bread, ataupun dengan nasi minyak, beriyani dan sebagainya. Kalau nak makan dengan garlic bread pun sedap, dan cara membuat garlic bread pun mudah sahaja. Beli roti baguette (roti perancis yang dah sedia di jual tu) dan sapu dengan garlic butter. Biasanya garlic butter nie Aisyah buat sendiri je dengan cara melumatkan 3-4 biji garlic dan campurkan dengan butter, sedikit dried parsley dan sedikit sahaja garam. Kemudian sapukan pada roti dan bakar dalam oven hingga butter cair dan roti agak garing. Garlic bread ini juga sedap di makan dengan mushroom soup. Resepi mushrom soup nie nanti insyaAllah di lain masa Aisyah kongsi resepinya. Mmg best makan mushroom soup yang buat sendiri daripada yang di beli dalam tin/ yang di jual di pizza hut tu, sbb bila buat sendiri kita gunakan mushroom yang segar dan rasanya lebih sedap.
.
Ok, kita balik semual kepada cerita ayam panggang nie. Ayam panggang style Jordan nie mudah sangat dan ianya sangat sedap..hehehe nie kes barang di rumah pun dah habis dan belum pi shopping lagi, jadi gunakan je apa yang ada di dapur. Resepi ini asalnya dari jiran belakang rumah Aisyah, iaitu kak Ros Aniza (dia nie masak apa pun mmg sedap tau!) yang mana mendapat resepi ini sewaktu beliau belajar di Jordan dulu. Aisyah lawankan ayam panggang ini dengan nasi minyak sempoi ...hahahah...nie mmg nak cepat, 15 minit semua kerja settle!
.
Sesuai juga jika gunakan baby chicken atau pun ayam yang agak besar.
.
Bahan-bahan (A)
1 ekor ayam (dibersihkan)
3-4 sudu makan tomato puree
1/2 sudu kecil lada hitam - di tumbuk halus
3 sudu makan gula
1 sudu makan madu
sedikit garam dan serbuk perasa
.
bahan-bahan tambahan
sesudu butter
1 biji bawang besar - di potong baji
2 biji lobak merah - di potong 4
1 biji kentang- di potong 4
.
Cara-caranya
- Panaskan oven pada suhu maksimum (220 darjah)
- gaul ayam dengan semua bahan A
- lengserkan butter di dalam dulang pembakar (roasting tray)
- letakkan ayam di dalam dulang pembakar, dan susun bawang besar, lobak merah dan kentang disekeliling ayam.
- cover roasting tray dengan aluminium foil
- bakar selama 45-50 minit
- keluarkan ayam dari oven dan buka aluminium foil. Sudukan air kuah ayam di dalam tray pembakar dan siram rata-rata atas ayam.
- masukkan semula ayam ke dalam oven (tanpa aluminium foil) dan teruskan membakar selama 15-20 minit (mengikut kegaringan yang di sukai).
.
Jangan lupa, sediakan salad (campuran iceberg lettuce, tomato dan cucumber) untuk juadah sampingan anda dengan ayam panggang ini. InsyaAllah keluarga pasti tertawan.
.
Ok selamat mencuba!
.
Nota: Tempoh membakar ayam ikut saiz ayam tersebut. Bisanya Aisyah bakar ayam kira-kira 1 jam-1 jam 10 minit. Kalau guna baby chicken, Aisyah guna dalam 55 minit- 1 jam je. Tapi jika guna ayam yang lebih besar, biasanya Aisyah tambahkan lagi 5-10 minit. Sekiranya tak pasti samaada ayam dah masak betul atau tidak, boleh cucuk dengan garfu di bahagian peha ayam, dan jika keluar 'clear water' insyaAllah ayam itu sudah masak. Untuk mendapatkan ayam yang masak hingga ke tulang tetapi masih moist dan juicy, cover ayam dengan aluminium foil kira-kira 3/4 dari masa pembakaran. dan baki 1/4 masa lagii kita bakar tanpa foil, jadi ayam itu sedikit kering dan cantik, tapi dagingnya tetap moist dan juicy. Air ayam yang keluar itu di siramkan ke atas ayam untuk memastikan daging ayam tidak kering dan keras.

Isnin, 1 November 2010

HOT PLATE NOODLE




Assalammualaikum wbkt,
.
Hari ini Aisyah nak share resepi hot plate noodle. Makanan nie sangat digemari oleh adik beradik Aisyah, tapi kena jaga-jaga tau...kebanyakkan hot plate noodle ini di masak oleh orang bukan Islam, kerana ianya adalah jenis masakan cina. Jadi bagi sesiapa yang rasanya nak cuba sendiri sebenarnya tidak lah susah memasaknya. Cuma kita perlu ada hot plate (seperti mana yang Aisyah gunakan dalam gambar tu).
.
Sebenarnya hot plate ini ada di jual. Fungsi hot plate ini adalah untuk mamastikan makanan tetap panas berasap-asap walaupun makanan dah terhidang di meja makan. Sebenarnya kalau makanan ini di hidang atas pinggan biasa pun boleh sahaja. Tapi kalau nak rasa keistimewaannya dengan asap-asap tuh dan kepanasan yang mantap, serta aromanya yang di letakkan sedikit minyak bijan mmg memancing selera. Lagipun makanan ini tak pedas dan kanak-kanak pun suka.
.
Beberapa minggu lepas, hubby Aisyah ada beli 3 hot plate nie. Tu yang rasa seronok sangat nak mencuba. Kebetulan waktu jalan-jalan di Tesco ada cendawan shitake segar yang di jual dengan harga murah. Jadi Aisyah pun apa lagi, rembat lah satu pek. Hot plate noodle nie akan jadi lagi asli jika guna cendawan shitake. Mmg la cendawan apa-apa pun boleh je digunakan (jangan cendawan beracun sudah la!), tapi kurang la sikit originalnya. Biasanya orang cina menggunakan daging itik dalam resepi ini. Ish mana nak cari daging itik kat tempat sejuk-sejuk macam nie? Takpe, ada daging ayam pun boleh juga hehehhe.
.
Resepi asalnya adalah dari Myresepi oleh Lilydvalley tapi Aisyah ada ubah sikit-sikit, saja ikut citarasa sendiri. Bagi yang tidak jumpa cendawan shitake yang segar, boleh juga gunakan cendawan shitake yang dried, cuma baunya agak kuat, jadi kena rendam dengan air panas lama sikit ye..
.
Bahan-Bahan (utk 3 orang makan)
Mee secukupnya (bab mee nie Aisyah rasa ikut lah apa yang nak digunakan. Biasanya orang cina gunakan Yee Mee, tapi sebab Aisyah ragu-ragu dengan status halalnya, jadi Aisyah guna je mee kering (ala-ala maggi tu), tapi kalau nak guna spaghetti pun boleh, atau mee kuning ke, ikut suka lah. Kalau guna mee maggi tu, tak perlu direndam dengan air panas.
5 ulas bawang putih (di cincang halus)
5 biji cendawan shitake segar (di potong 2)
daging ayam secukupnya (di potong kecil) - nie ikut suka lah nak letak banyak mana ye!
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis (Aisyah guna jenama ABC)
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia di hiris nipis
sedikit serbuk lada putih
sedikit minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung ( di bancuh dengan sedikit air)
Air secukupnya ( dalam 2-3 cawan air sahaja)
sedikit minyak untuk menumis
1 pokok sayur pak choi

.
Cara-cara membuat kuah hot plate noodle
- tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
- masukkan ayam dan gaulkan sebentar dengan halia & bawang putih tadi
- masukkan air, dan semua bahan-bahan lain (kecuali mee dan pak choi)
- biarkan mendidih dan rasakan ia. Adjust kepekatannya ikut citarasa sendiri.
.
Cara menghidang
- Panaskan hot plate atas api hinga berasap-asap
- pecah-pecah kan mee maggi/ mee kuning/ spageheti yang dah di celur
- letakkan sedikit sayur pakchoi segar yang telah di hiris
- tuangkan kuah hot plate tadi ke atasnya dan terus hidangkan
.
Sedap makan dengan cili jeruk!


KOLEKSI RESEPI