Aisyah nak share satu resepi tortilla wrap yang simple dan sedap...dapat disiapkan dalam masa yang singkat sahaja...sesuai sangat untuk breakfast atau bekal anak ke sekolah....Resepi ini dari salah seorang jiran Aisyah, Dr. Wan Kamariah Baba, terima kasih kepada beliau yang sudi berkongsi resepi ini. Aisyah ada buat modification sikit dengan meletakkan bawang sewaktu menggoreng scrambble egg.
...
Bahan-Bahan
8 keping tortilla wrap (ready made)
4 biji telur
1/2 biji bawang besar
sedikit garam dan perasa
serbuk lada putih secukupnya
sedikit mayonaise
sedikit sos tomato/ cili
4 keping cheddar cheese/sedikit mozarella cheese diparut halus atau di potong halus
sedikit minyak untuk menumis
...
Cara-cara
1. panaskan minyak. Tumis bawang besar sebentar hingga layu
2. Masukkan telur, serbuk lada putih dan garam serta perasa. Buat scrambble egg/ hancurkan ia. Gaul sebati dengan bawang. Angkat bila telur sudah masak.
3. Sapu sos tomato/sos cili di atas tortilla. Sapu juga mayonaise selepas itu. Letakkan telur dan cheese. Gulung dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan