Ahad, 22 Mac 2009

MEE HONGKONG




Salah satu resepi mee yang mudah dan cepat. Sesuai kalau orang dah nak datang rumah, tapi kat rumah takde makanan apa-apa, jadi sekejap ke bersilat di dapur makanan dah pun siap!

...


Bahan-Bahan

3 biji bawang putih (di pecahkan)

1 kuib pati ayam maggi

2 sudu tepung jagung di bancuh dengan sedikit air (untuk memekatkan kuah)- kalau kurang pekat, tambah lagi sedikit demi sedikit.

sotong saiz besar/ udang secukupnya/ ayam/ kupang (apa-apa sahaja yang disukai atau yang ada dalam simpanan)

Sayur-sayuran (brocolli, cauliflower, sayur sawi, carrot - dipotong kecil)

Mee kuning secukupnya

Sedikit sos tiram

Air secukupnya

2-3 biji telur

...


Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan air secukupnya.

2. Masukkan kuib pati ayam maggi. Masukkan sos tiram, dan juga sotong/udang/ayam. Masak hingga seafood masak.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kalau kepekatan masih belum mencapai tahap yang diingini, tembahkan lagi sedikit demi sedikit. Api jangan terlampau besar supaya kuah dapat mereneh dan menjadi pekat

4. Perasakan kuahnya. Pecahkan telur, dan gaul telur denga kuah. Akhir sekali masukkan sayuran dan terus matikan api supaya sayur tetap crunchy.

Tiada ulasan:

KOLEKSI RESEPI